X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan ilmu keibubapaan – Patut kongsi ke tak parenting tips?

4 min bacaan
Kepentingan ilmu keibubapaan – Patut kongsi ke tak parenting tips?

Kepentingan ilmu keibubapaan tidak dapat disangkal. Namun, berapa banyak yang boleh dikongsi? Apa yang patut dicerita dan apa yang tidak perlu dihebahkan?

Hari demi hari, semakin banyak tip dan petua mendidik anak dan menguruskan rumah tangga yang kami kongsikan di theAsianparent Malaysia. Kepentingan ilmu keibubapaan sememangnya tidak dapat disangkal atau diragui.

Sehinggalah, kami terbaca satu perkongsian menarik dari Dr. Zainur Rashid Zainuddin di laman FBnya. Ia membuatkan kami terfikir sejenak tentang kepentingan ilmu keibubapaan dan mengapa kami perlu terus berkongsi tentangnya dengan ibu bapa di luar sana.

Dalam kita asyik berkongsi pengalaman dan petua keibubapaan, ada beberapa perkara yang perlu ditapis dan tidak perlu dihebahkan kepada umum. Apakah perkara tersebut?

Jom kita baca perkongsian Dr. Zainur Rashid.

kepentingan ibu bapa - perkongsian dr zainur rashid

Kredit: FB Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Kepentingan ilmu keibubapaan dan pantang larang dalam berkongsi petua atau cerita

Beberapa hari yang lalu, saya bertemu dengan sepasang suami isteri hebat yang berjaya dalam kerjaya, rumah tangga dan amal kemasyarakatan.

Mereka juga mempunyai anak-anak yang baik dan berjaya semuanya.

Meskipun saya anggap mereka sebagai pasangan mithali, saya tertanya-tanya dalam hati kenapa mereka begitu berat atau ‘reluctant’ untuk berkongsi kepada orang ramai tentang “rahsia mereka” seperti menceritakan kejayaan pendidikan anak-anak.

Mungkin ia kerana mereka khuatir sesuatu yang sebaliknya boleh berlaku di kalangan anak-anak mereka.

Manakala, sepasang ibu bapa muda yang lain menceritakan betapa mereka sering dihantui kemurungan kerana anak-anak mereka yang masih kecil tidak berjaya memenuhi ‘expectation’ mereka.

Apatah lagi mereka adalah pasangan muda yang dikenali dengan kemampuan yang terserlah dalam perkongsian keibubapaan / ‘parenting tips’ sama ada di media sosial mahu pun dalam wacana keibubapaan dan kekeluargaan.

kepentingan ilmu keibubapaan - fb post dr zainur rashid

Kredit: FB Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Saya tidak mempunyai jawapan yang ideal mengenai persoalan ini, melain sekadar ingin memberikan beberapa pandangan.

  • Perkongsian keibubapaan adalah satu amalan yang baik kerana ia boleh membantu ramai ibu bapa di luar sana yang ingin mencari contoh ibu bapa yang berjaya.
  • Perkongsian sebegini boleh membantu mereka menyelesaikan permasalahan keibubapaan yang mereka hadapi.
  • Suntikan motivasi yang diberikan boleh menaikkan semangat mereka yang ‘down’ kerana letih dengan pelbagai masalah anak-anak yang tidak kunjung reda.
  • Perkongsian sebegini adalah amalan baik yang berpahala dan menjadi pemberat mizan buat mereka kelak.
  • Perkongsian secara ‘live’ dengan berinteraksi bersama ibu bapa mithali adalah jauh lebih berkesan daripada membaca ratusan buku-buku parenting kerana kita belajar daripada contoh hidup di depan mata.

Pesanan orang lama tentang perkongsian parenting tips

Cuma ada beberapa pesanan orang lama dalam perkongsian sebegini.

  • Elakkan daripada memuji anak-anak sendiri secara berlebihan kerana kita belum pasti dengan kejayaan anak-anak kita yang masih kecil.
  • Anak-anak yang kerap dipuji berlebihan boleh ‘perasan’ dengan kelebihan yang sebenarnya ‘biasa saja’ jika dibandingkan dengan anak-anak hebat di luar sana yang tidak pernah dibicarakan.
  • Biar apa yang dikongsikan di media sosial berpadanan di alam nyata. Takut ada yang terkejut apabila melihat realiti sebenar jauh berbeza daripada apa yang diwarwarkan.

Sesungguhnya, sebaik-baik amalan adalah yang pertengahan dan berpasak dalam rangka mencari keredaanNya serta dijauhi anasir halus yang meresap ke lubuk hati.

Semoga Allah mengurniakan kita keluarga mithali yang berkemenjadian pada setiap sosok tubuhnya.

Kita doakan agar Allah mengurniakan keindahan dalaman yang melebihi keindahan luaran yang diperhatikan kenalan dan orang ramai.

Semoga Allah selamatkan perjalanan keluarga kami dan memberkati teman kenalan semua.

Wallahu’alam.

 ***
kepentingan ilmu keibubapaan petua tips

Kredit: PsychAlive.com

Jadi ibu ayah sekalian, teruskan berkongsi cerita, petua dan pengalaman anda sebagai seorang ibu atau ayah dengan orang lain.

Namun, berpada-padalah dalam bercerita atau menulis pengalaman. Takut-takut, kita terlebih memuji keluarga sendiri ketika kita berkongsi petua.

Kami juga akan melakukan yang sama; terus berkongsi tip tentang kepentingan ilmu keibubapaan, kesihatan, dan petua menjaga anak kecil sehinggalah anak remaja.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Malah, kisah serta panduan rumah tangga dan ilmu seks dalam perkahwinan juga akan turut disentuh.

Teruskan membaca, mencari ilmu, beramal dan berkongsi artikel kami jika anda merasakannya bermanfaat, ya?

 

 

 

 

Sumber: Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Teknik Keibubapaan Yang Menarik Untuk Ibu Ayah Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kepentingan ilmu keibubapaan – Patut kongsi ke tak parenting tips?
Kongsikan:
  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham