TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

4 min bacaan
Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

Amalan bulan puasa paling utama adalah menjaga tingkah laku, percakapan serta menunaikan solat lima waktu. Namun ada juga beberapa amalan sunnah yang lain!

Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa buat seluruh umat Islam. Kehadirannya hanya setahun sekali dan sentiasa dinantikan kerana penuh keberkatan. Namun tahukah anda apakah amalan bulan puasa yang memberikan banyak ganjaran pahala?

Sebenarnya berpuasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Pada tempoh inilah memberi peluang untuk anda bertaubat serta berebut untuk mengejarkan ibadah.

Amalan puasa yang penuh ganjaran di bulan Ramadhan

amalan bulan ramadhan

credit to sources

#1. Amalan puasa dengan bangun sahur

Meskipun agak kurang berselera untuk sahur pada awal pagi, ramai sebenarnya tidak sedar bahawa puasa seharian mereka tidak akan lengkap. Hal ini kerana ia amat digalakkan dan sunnah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud ”Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi S.A.W yang bermaksud, ”Semua sahur adalah berkat. Sebab itu, jangan kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya memberikan selawat untuk orang-orang yang bersahur.” (Hadis riwayat Ahmad).

#2. Perbanyakkan sedekah dan memberi makan orang berbuka

Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan. Baginda menjadi semakin pemurah ketika berada di bulan Ramadhan. (HR. Al-Bukhari No. 4711 dan Muslim No.2307).

”Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

#3. Mengerjakan solat tarawih

amalan amalan di bulan ramadhan

credit to sources

Solat tarawih adalah salah satu amalan bulan puasa. Ia dilakukan bermula selepas solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat Islam akan sekalikan bersama solat sunat ratibah Isya’ dan solat witir.

”Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” – Hadis Riwayat Muslim: 759

#4. Menyegerakan waktu berbuka

Ia adalah amalan bulan puasa yang amat mudah untuk dilakukan. Sentiasa segerakan waktu berbuka walaupun anda sibuk menghidang juadah buat keluarga atau masih bekerja.

Seperti sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:

”Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum menunaikan solat Maghrib. Jika tiada kurma muda, Baginda akan berbuka dengan beberapa biji kurma matang iaitu tamr atau kurma kering. Jika tiada juga, maka Baginda akan berbuka dahulu dengan beberapa teguk air.

#5. Mengejar malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Allah telah menjanjikan terdapat 1 malam yang begitu bermakna kerana pada malam tersebutlah Allah menurunkan al-quran.

amalan sunnah ramadhan

credit to sources

Malam itu adalah malam penuh dengan keberkatan seperti firman Allah:

”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.”- Surah ad-Dukhon, ayat 3

”Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardhukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatulqadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”- Sabda Rasulullah S.A.W

Justeru, anda disarankan untuk melipat gandakan amal ibadah 1/3 malam dengan berzikir, membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya kerana amalan tersebut akan dilipatgandakan ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan.

Kesimpulannya, tidak susah untuk mendapat ganjaran pahala dan keberkatan melalui beberapa amalan bulan puasa. Ibu ayah yang memiliki anak kecil juga disarankan untuk mengajar mereka tentang kelebihan bulan Ramadhan dan contoh amalan-amalan yang baik.

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Amalkan sekecil-kecil sunnah kerana ia tetap akan mendapat kebaikan di sisi Allah seperti sabda Baginda:

”Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku,”

Sumber: Tripfez

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham