X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

4 min bacaan
Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

Bila ada spotting, confuse pula sama ada nak teruskan solat atau tidak. Ini penjelasannya.

Di awal kehamilan, ada sesetengah wanita akan keluar darah coklat ketika hamil atau dikenali sebagai spotting. Bagi wanita beragama Islam, pasti tertanya adakah ibadah masih sah sekiranya terjadi spotting ketika solat?

Secara umumnya, darah haid dianggap sebagai najis dan wanita Islam tidak dibenarkan menunaikan solat kerana dianggap berada dalam keadaan ‘kotor’.

Jadi mereka dikecualikan dari menunaikan ibadah sepanjang tempoh haid dan hanya boleh menyambung semula hanya selepas mandi wajib setelah haid kering sepenuhnya.

spotting ketika hamil

Spotting Ketika Solat: Bolehkah Solat Diteruskan Dengan Pendarahan Ketika Hamil?

Spotting atau sedikit pendarahan semasa hamil biasanya berlaku pada awal kehamilan yang juga menandakan berlakunya penempelan atau implantation. Ia biasanya sekali sahaja atau boleh berlarutan beberapa hari semasa hamil, tetapi ada juga yang keliru pendarahan tersebut dengan haid.

Jika ia berlaku semasa solat, pastinya wanita boleh jadi keliru sama ada solat boleh diteruskan atau tidak, apatah lagi sekiranya ia berlaku lebih dari sehari. Adakah perlu mandi wajib atau menunggu pendarahan berhenti terlebih dahulu?

pendarahan ketika hamil

Berikut penerangan dari Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,

Permasalahan di atas berkait dengan masalah; apakah wanita yang mengandung ada kemungkinan didatangi haid atau tidak? Berlaku khilaf di kalangan ulamak;

1. Jumhur (kebanyakan) ulamak berpandangan; perempuan mengandung tidak boleh didatangi haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengandung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah istihadhah. Oleh itu, ia hendaklah mengerjakan solat sebagaimana biasa.

2. Namun menurut mazhab Syafi’ie (dan juga Maliki); perempuan mengandung boleh didatangi haid dengan syarat darah yang datang itu menepati hari-hari kebiasaan haidnya dan terdapat tanda darah haid padanya.

Jika datangnya bukan pada hari-hari kebiasaan haid dan tidak nampak tanda-tanda darah haid padanya, maka ia bukan haid, akan tetapi darah istihadhah (atau fasad).

Berdasarkan pandangan kedua ini, jika seorang wanita yang sedang mengandung melihat darah keluar dari farajnya dan darah itu ada tanda-tanda haid (seperti warnanya hitam atau merah kehitaman sebagaiman warna darah haid dan tempoh keluarnya tidak kurang 24 jam) dan hari keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haid (sebelum ia hamil), wajiblah ia berhenti dari mengerjakan solat kerana darah yang keluar itu dikira darah haid.

Pandangan yang menepati ilmu kedoktoran hari ini ialah pandangan yang pertama. Kerana itu ia ditarjih oleh ramai ulamak-ulamak semasa hari ini antaranya Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh at-Toharah. Berdasarkan tarjih ini, darah yang keluar dari puan bukanlah darah haid dan puan hendaklah menunaika solat sebagaimana biasa. Mengenai cara bersuci, hendaklah dilihat;

1. Jika darah itu keluar tidak berterusan (yakni pada ketika-ketika tertentu sahaja), puan hendaklah menunggu ketika darah berhenti, kemudian bersuci dengan membersihkan faraj terlebih dahulu, kemudian mengambil wudhuk dan menunaikan solat.

2. Jika darah keluar berterusan, puan hendaklah melaksanakan kaedah bersuci sebagaimana berikut;
a) Hendaklah puan menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu. 
b) Mulai dengan membasuh faraj dengan sempurna
c) Setelah itu hendaklah puan membalut faraj dengan kain, tuala wanita atau sebagainya (untuk membendung darah dari mengalir keluar ketika solat).
d) Kemudian hendaklah puan segera mengambil wudhuk.
e) Ketika mengambil wudhuk hendaklah puan berniat bersuci untuk membolehkan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang disyaratkan wudhuk. Contohnya; meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk puan berniat untuk mengangkat hadas kerana hadas puan tidak akan terangkat selama darah terus mengalir keluar dari faraj kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.

solat ketika hamil
f) Setelah selesai wudhuk hendaklah puan segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.
g) Jika semasa solat itu darah masih keluar, tidak perlulah puan berhenti dari solat, sebaliknya teruskan solat kerana ia dimaafkan disebabkan keuzuran yang puan alami.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/347 dan 2/385.
2. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi, 1/133.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ilmudanulamak

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-implantasi-berhasil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham