X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung

4 min bacaan
Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung

Tanda-tanda awal mengandung sering menjadi persoalan dan membuatkan ramai wanita keliru. Meskipun tidak datang haid, ia bukan bermakna anda kini sudah hamil

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hubungan. Tanda-tanda awal mengandung anak pertama sukar untuk dikenal pasti kerana ramai wanita keliru dengan perubahan yang dialami.

Meskipun tidak datang haid, ia tidak bermakna bahawa anda mengandung. Ini kerana tabiat hidup seharian boleh mengubah tahap hormon dalam badan dan menganggu kitaran haid.

Tanda-tanda awal mengandung yang biasa dialami oleh kebanyakan bakal ibu

tanda awal mengandung

foto: freepik

Berbeza dengan wanita zaman dahulu, mereka tidak mengetahui dirinya hamil tanpa berjumpa dengan doktor kerana alat ujian kehamilan wujud pada tahun 1976. 

Sekiranya anda menyedari bahawa tidak datang haid dan keputusan ujian hamil adalah negatif, keadaan ini boleh terjadi kerana tahap hormon kehamilan (human chorionic gonadotropin, hCG) pada tahap awal masih belum cukup tinggi.

Menurut Dr Sri Viknarajan, proses kehamilan berlaku apabila sel sperma daripada suami dan telur yang dikeluarkan daripada ovari isteri semasa ovulasi mengalami persenyawaan. 

Telur yang telah disenyawakan akan bergerak ke dalam rahim iaitu di mana implantasi berlaku. Sekiranya implantasi ini berjaya, maka ia akan menyebabkan kehamilan.

Secara umumnya, tempoh kehamilan berlaku selama 40 minggu. Wanita yang dikenalpasti hamil pada peringkat awal dan melalui proses penjagaan pranatal dengan lengkap cenderung menjalani tempoh kehamilan terancang dan melahirkan bayi sihat.

Justeru adalah penting untuk anda mengetahui tanda-tanda awal mengandung agar proses berjalan lebih sempurna:

  • Kerap berasa letih
  • Mengalami sembelit
  • Mual
  • Pendarahan ringan atau implantasi
  • Perubahan emosi
  • Tidak datang haid
  • Payudara sakit
  • Muntah-muntah atau morning sickness
  • Sembelit
  • Sakit kepala dan belakang
  • Kerap membuang air kencing
  • Sukar tidur
  • Pedih ulu hati
  • Mengidam pelbagai makanan
  • Kekejangan

Setiap wanita akan mengalami tanda-tanda awal mengandung yang berlainan. MisalnyaKe anda mengalami alahan atau morning sickness agak teruk ketika hamil anak pertama, tetapi tidak mengalami sebarang alahan sewaktu hamil anak kedua.

Cara untuk mengesahkan kehamilan

Kehamilan dapat dikenal pasti dengan mengukur tahap hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dalam badan. Ia dihasilkan semasa implantasi, tahap peningkatan hormon adalah tinggi selepas anda terlepas haid.

Terdapat dua cara bagi mengesahkan anda mengandung, iaitu:

#1. Melalui ujian air kencing

tanda awal hamil

foto: freepik

Hormon hCG dikesan melalui ujian air kencing atau darah. Ia mungkin disediakan di klinik, tetapi adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah. Semasa melakukan ujian ini di rumah, pastikan anda atau pasangan membaca arahan dengan teliti.

Ulangi ujian tersebut selepas beberapa hari sekiranya anda memperoleh keputusan negatif.

#2. Ujian darah

Hormon hCG juga boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Ia boleh diklakukan sebaik sahaja 6 hari selepas ovulasi.

Perkara yang perlu diingati sewaktu hamil

Ibu hamil boleh menjalani kehidupan seperti biasa semasa mengandung. Namun ada beberapa perkara penting perlu dipertimbangkan semasa bayi anda sedang membesar dalam rahim. Antaranya:

tanda mengandung

foto: freepik

  1. Pengambilan vitamin pranatal membekalkan asid folik dan nutrien lain diperlukan oleh bayi untuk perkembangan otak yang sihat.
  2. Aktiviti tertentu berbentuk fizikal dan lasak adalah tidak selamat untuk anda.
  3. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dihindari bagi mengelakkan berlakunya keguguran.
  4. Ubat-ubatan atau dadah yang tidak diluluskan secara khusus selamat untuk wanita hamil perlu dielakkan.
  5. Elakkan pengambilan minuman beralkohol atau produk tembakau.

Dalam hal ini, anda memiliki peluang yang tinggi untuk mengandung jika melakukan hubungan seks dengan suami tanpa menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kebanyakan wanita pada usia awal 30 tahun atau lebih muda memiliki peluang tinggi untuk mengandung normal. Manakala wanita berusia 35 tahun amat berisiko mengalami masalah kesihatan sewaktu kehamilan seperti:

  • Penyakit kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit buah pinggang
  • Jangkitan
  • Kanser

Kesimpulannya, adalah lebih baik untuk anda sentiasa merujuk pakar di klinik atau hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pengesahan kehamilan. Sekiranya mengetahuinya lebih awal, anda akan lebih berhati-hati dalam aktiviti seharian dan perlu mendapatkan rehat yang banyak.

Sumber: Doctoroncall

Kredit foto: freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung
Kongsikan:
  • Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

    Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

  • Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

    Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

  • Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

    Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

    Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

  • Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

    Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

  • Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

    Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.