X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!

4 min bacaan
Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!

Setiap ibu mengandung akan mengalami simptom kehamilan trimester pertama yang berbeza-beza. Justeru, ketahui perkara penting ini agar janin kekal sihat!

Perjalanan sepanjang kehamilan merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh mana-mana ibu. Meskipun sudah pernah mengalaminya sebelum ini, namun setiap pembawakan anak adalah berbeza-beza. Ada yang berdepan alahan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang simptom kehamilan trimester pertama.

Sesetengah ibu mengakui bahawa mengandung anak pertama lebih sukar berbanding kedua kerana waktu inilah anda perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu tentang kehamilan serta mempelajari perkara-perkara baru. 

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Simptom kehamilan trimester pertama: Minggu 1 hingga 12

tanda kehamilan trimester pertama

credit to sources

Setiap detik perubahan yang berlaku ketika kehamilan memberikan petunjuk sejauh mana perkembangan kandungan anda, meskipun ada waktunya ia membuatkan ibu berasa kurang selesa seperti kejang bawah perut, mabuk hamil, perubahan selera makan dan emosi tidak menentu.

Justeru, perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah mencatat tanda-tanda kehamilan minggu ke minggu agar ibu dapat membuat jangkaan untuk trimester yang seterusnya.

#1. Minggu 1 hingga 4

Bagi mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang tepat pada waktu ini mungkin sedikit sukar memandangkan perut masih belum membesar sebaik sahaja munculnya simptom kehamilan trimester pertama.

Biasanya, permulaan kehamilan dikira dari hari pertama tempoh haid terakhir dan kemudiannya berterusan selama kira-kira 40 minggu. Bukan itu sahaja, proses persenyawaan mula berlaku sekitar 2 minggu dari tempoh terakhir anda datang bulan. 

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan ringan dan rasa kekejangan bahagian bawah perut. Ia adalah perkara normal. Ketika ini juga kandungan anda hanyalah sel-sel yang berkembang pada kadar yang sangat cepat.

Lapisan luar akan membentuk plasenta, manakala lapisan dalam menjadi embrio. Sekumpulan sel-sel ini akan melekat dengan sendiri ke lapisan rahim.

Perkara yang perlu ibu lakukan: Menjaga pemakanan yang sihat dan betul. Jangan makan terlalu banyak atau berlapar. Amalkan makanan seimbang kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan sebagainya. 

Selain itu, anda juga hendaklah mengelakkan dari pengambilan kafein secara berlebihan, makanan terlalu manis, masam dan berhenti merokok segera sekiranya anda merokok.

#2. Minggu 5 hingga 8

hamil trimester pertama

credit to sources

Tanda-tanda awal kehamilan pada peringkat ini ialah rasa sakit pada payudara, kerap kencing, mual dan mabuk hamil. Manakala, embrio akan mula membentuk organ-organ, otot, tulang, otak, jantung dan tiub neural (tidak lama lagi saraf tunjang). 

Perkara yang ibu perlu lakukan: Mengadakan temu janji dengan pakar setelah mendapati anda mengandung. Bagi mengurangkan rasa loya, anda juga boleh mengambil snek ringan yang berkhasiat dan elak dari menahan lapar. Anda juga dinasihatkan melakukan senaman ringan yang melibatkan pergerakan berimpak rendah bagi menyokong kehamilan.

#3. Minggu 9 hingga 12

Menjelang akhir trimester pertama, ibu mungkin menyedari payudara dan perut lebih besar sedikit. Anda tidak akan bertambah gemuk, namun janin akan semakin membesar secara perlahan-lahan. 

Jangan berasa risau sekiranya orang sekeliling tidak sedar bahawa anda sedang mengandung. Baby bump biasanya akan jelas kesihatan ketika usia kandungan 5 bulan ke atas. 

Selain itu, anda mungkin masih berasa sedikit muram. Namun tanda-tanda ini akan beransur-ansur hilang sebaik sahaja mencapai 12 minggu. Seterusnya janin akan membentuk gigi dan kuku kaki. Anggota badannya sedikit memanjang dan mempunyai pergerakan meskipun anda tidak merasakannya.

tanda awal kehamilan

credit to sources

Perkara yang perlu anda lakukan: Kalsium dalam tubuh akan mengalami pengurangan semasa mengandung. Justeru, ibu digalakkan mengambil susu setiap hari bagi mendapatkan sumber kalsium. Teruskan bersenam secara ringan, anda juga boleh berenang sebagai alternatif yang berimpak rendah.

Kesimpulannya, trimester pertama kehamilan adalah fasa yang amat penting bagi perkembangan janin. Tubuh ibu juga akan mengalami banyak perubahan. Rasa penat adalah perkara lazim yang sering dialami sepanjang kehamilan. 

Jadi, anda hendaklah menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Amalkan pemakanan yang sihat, dapatkan rehat yang cukup setiap hari dan tidak melakukan aktiviti fizikal terlalu berat.

Sekiranya anda mendapati darah keluar dengan banyak dari vagina, kekejangan perut, sakit kepala dan demam yang teruk, segeralah ke klinik atau hospital yang berdekatan. Tanda tersebut berkemungkinan besar menunjukkan masalah pada kehamilan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sumber: Startwell 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!
Kongsikan:
  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Sedang Berbadan Dua!

    Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Sedang Berbadan Dua!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Sedang Berbadan Dua!

    Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Sedang Berbadan Dua!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.