X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Folic Acid Untuk Apa? Ketahui Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan

4 min bacaan
Folic Acid Untuk Apa? Ketahui Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan

Folic acid untuk apa? Ia adalah vitamin untuk ibu hamil (wajib!), wanita yang merancang kehamilan dan orang yang mengalami anemia.

Anda tahu tak kebaikan dan fungsi folic acid untuk apa terutama bagi wanita hamil dan anda yang cuba untuk mengandung? Ia juga dikenali sebagai vitamin B9 iaitu nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tubuh, terutamanya semasa kehamilan. 

Isi Kandungan

  • Folic Acid Untuk Apa?
  • Siapa Yang Perlu Makan Folic Acid?
  • Berapa Kali Sehari Makan Asid Folic?
  • Makanan Yang Mengandungi Asid Folik

Folic Acid Untuk Apa?

Asid folik ini dikenali sebagai folat iaitu vitamin B. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin.

Ia memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Antara fungsi folic acid ialah:

  • Menguatkan tulang bayi
  • Pembentukan janin yang sempurna
  • Menguatkan rahim wanita
  • Mengelak kecacatan pada bayi
  • Perkembangan bayi yang sihat

Tak kurang juga yang mengatakan asid folic boleh dimulakan sebelum kehamilan lagi, kerana ia sangat baik untuk hormon wanita, malah doktor juga menyarankan agar anda mengambilnya tiga bulan sebelum merancang untuk miliki zuriat.

Siapa Yang Perlu Makan Folic Acid?

Folic asid ni bukan hanya penting untuk wanita hamil, tapi sebenarnya ia berguna untuk ramai orang! Jom kita lihat siapa yang perlu makan folic asid supaya sihat dan bertenaga!

1.Ibu Hamil (Wajib!)

Kalau ada bakal ibu di rumah, ini untuk anda! Folic asid sangat penting bagi ibu hamil, sebab ia membantu dalam pembentukan otak dan saraf tunjang bayi.

Kalau nak kurangkan risiko kecacatan tiub neural, pastikan ibu ambil folic asid sejak sebelum mengandung, dan sepanjang trimester pertama. Biasanya, doktor akan syorkan 400-800 mikrogram sehari.

2. Wanita Yang Merancang Kehamilan

Kalau ada pasangan yang merancang untuk mempunyai anak, folic asid adalah langkah pertama yang perlu diambil.

Sebaiknya mula ambil suplemen folic asid sebulan sebelum cuba mengandung, supaya tubuh bersedia menyokong perkembangan bayi dari awal.

3.Orang Yang Mengalami Anemia

Folic asid sangat membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat. Jadi, kalau ada yang selalu rasa letih, pucat, atau sesak nafas, mungkin anda kekurangan folic asid.

Makan folic asid boleh bantu tingkatkan tenaga dan elakkan anemia.

4.Golongan Dewasa Yang Mahu Jaga Kesihatan Jantung

Folic asid membantu menurunkan tahap homosistein, sejenis bahan yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Jadi, kalau anda nak pastikan jantung sihat, makan folic asid adalah pilihan yang bijak!

5.Orang Yang Mahu Menjaga Fungsi Otak

Folic asid juga dikaitkan dengan peningkatan fungsi otak dan daya ingatan.

Kalau anda nak kekal tajam dan fokus (terutamanya bila usia semakin meningkat!), folic asid boleh bantu melawan masalah seperti gangguan kognitif.

6.Mereka Yang Mengalami Stres atau Depresi

Folic asid turut membantu dalam penghasilan serotonin (hormon gembira!).

Jadi, jika anda selalu rasa tertekan atau stress, folic asid boleh jadi penyelamat untuk meningkatkan mood dan emosi.

7.Kanak-Kanak yang Sedang Membesar

Folic asid juga penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ia membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Pastikan anak-anak mendapat folic asid melalui makanan atau suplemen yang sesuai.

Berapa Kali Sehari Makan Asid Folic?

Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita dalam merancang untuk hamil atau berada pada awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari.

Manakala, jumlah asid folik yang dicadangkan mengikut usia kehamilan ialah:

400mcg: Perancangan untuk hamil
400mcg: Tiga bulan pertama kehamilan
600mcg: Enam bulan hingga sembilan bulan kehamilan
500mcg: Semasa menyusu badan

Makanan Yang Mengandungi Asid Folik

  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Pisang
  • Kacang bendi
  • Bayam
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Tembikai
  • Cendawan 
  • Daging
  • Selada
  • Bijirin
  • Roti yang diperkaya
  • Tepung
  • Pasta
  • Nasi

medlineplus

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Laici Untuk Ibu Hamil, Ia Mencegah Risiko Bayi Lahir Cacat & Kaya Asid Folik

Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!

Baca juga: JANGAN Skip Makan Asid Folik Ketika Mengandung, Ini Antara 7 Jenama Yang Bagus!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Folic Acid Untuk Apa? Ketahui Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham