X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan

4 min bacaan
Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan

Doa untuk bayi baru lahir perlu diamalkan setiap hari bagi mengelakkan si manja terkena gangguan makhluk halus dan dirinya sentiasa tenang

Lahirnya seorang bayi merupakan satu momen yang menggembirakan dan ditunggu-tunggu ibu bapa. Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, setiap ada bayi yang baru lahir, akan dijenguk oleh keluarga dan rakan-rakan rapat. Jadi elok jika anda dan keluarga bacakan doa untuk bayi baru lahir sebelum memegangnya.

Ibu bapa sentiasa perlu dalam keadaan berjaga-jaga, bayi yang baru lahir ini cukup fragile, dan seeloknya dipelihara dengan baik dengan bacaan doa-doa yang mampu beri perlindungan. Baik dari anasir yang tidak diingini juga dari syaitan.

Senarai doa untuk bayi baru lahir bagi anda yang datang melawat

senarai doa untuk bayi

credit to sources

Jadi doa untuk bayi baru lahir ini bukan saja khusus untuk ibu bapa baharu, malah juga berguna buat tetamu yang ingin hadir menjenguk si kecil. Doa-doa ini juga menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah, juga berfungsi untuk mempererat tali silaturrahim antarsesama Muslim.

#1. Doa menjenguk bayi yang baru lahir

Doa ini dikutip daripada karya Syekh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi, Al-Adzkar al-Muntakhabah min Kalaami Sayyid al-Abrar, (Surabaya: Kharisma, 1998), hal. 302:

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ وَبَلَغَ أَشُدَّهُ وَرُزِقْتَ بِرَّهُ 

Bârakallâhu laka fil mauhûbi laka wasyakarta al-wâhiba wa balagha asyuddahu wa ruziqta birrahu “Keberkahan bagimu atas apa yang telah dianugerahkan padamu. Kau bersyukur pada Sang Pemberi, telah sampai pada kesenangan dari-Nya, dan (semoga) diberikan rizki atas kebaikan-Nya” 

#2. Doa untuk yang melawat

Bagi anda yang ingin melawat bayi baru lahir disarankan membaca doa berikut ini:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَكَ

Bârakallâhu laka wa bâraka ‘alaika wa jazâkallâhu khairan wa razaqakallâhu mitslahu au ajzalallâhu tsawâbaka “Semoga engkau diberkahi Allah, semoga keberkahan Allah tercurah atas dirimu, semoga Allah membalas kebaikan bagimu, semoga Allah memberikan rizqi yang sama padamu atau Allah menyegerakan pahala bagimu”. 

Antara doa bayi baru lahir yang elok diamalkan

doa untuk bayi baru lahir

#1: Doa bayi menangis malam

Ada banyak sebab yang membuatkan bayi menangis di waktu malam. Berkemungkinan si kecil itu sedang lapar, sakit atau gangguan dari makhluk halus seperti jin dan syaitan.

Mulanya, anda mestilah tahu sebab utama bayi menangis. Jika disebabkan ganggun benda halus boleh baca surah Al-Quran seperti:

Surah Al-Fatihah (baca berulang kali) 

Ayat Al-Kursi 

Surah Al-Ikhlas 

Surah Al-Falaq 

Surah Al-Nas 

Kemudian baca doa bayi menangis malam berikut sebanyak tiga kali:

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Doa bayi menangis malam dan ayat Al-Quran di atas boleh dibacakan pada air dan sapu di wajah anak. Ia sama seperti apa yang dilakukan Rasulullah ketika merawat Thabit bin Qais. 

Ia dapat menghilangkan rasa sakit atau gangguan tertentu pada anak. 

#2: Doa bayi menangis malam kerana tantrum 

Cara untuk tenangkan anak tantrum yang selalu menangis, anda boleh baca doa bayi menangis malam ini.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Sebaiknya, ia dibacakan ketika anak sedang dalam keadaan tantrum dan seusai baca, tiupkan pada ubun-ubun anak. 

Doa bayi menangis ini diambil dari karya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya. 

 بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya “Dengan menyebut asma Allah, Dzat yang dengan asma-Nya, tidak akan boleh membahayakan apapun yang ada di bumi dan langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#3: Doa bayi baru lahir supaya mudah tidur 

doa untuk bayi baru lahir

Ada juga bayi menangis kerana susah untuk tidur terutama bila si kecil yang masih dalam tempoh berpantang. Walau bagaimanapun ibu jangan stres dan tertekan ya, anda boleh amalkan baca doa ini iaitu:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nu Online

Kredit foto: BroOhsem, google Images

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan
Kongsikan:
  • Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

    Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

  • 3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah

    3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

    Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

  • 3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah

    3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.