TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!

4 min bacaan
Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!

Kehadiran cahaya mata dalam hidup berumah tangga memberikan pelbagai pengalaman baru kepada ibu ayah termasuklah cara mandi bayi baru lahir dengan betul

Ibu ayah pertama kali pastinya akan berasa kekok untuk menguruskan bayi yang masih kecil. Mana tidaknya, anda perlu pegang si manja lebih berhati-hati kerana tulangnya masih lembut. Selain mengetahui tips tidurkan bayi, ibu juga perlu tahu cara mandi bayi baru lahir yang betul dan selamat.

Meskipun bagi sesetengah ibu mengatakan aktiviti ini mudah untuk dilakukan, namun ia adalah cabaran besar bagi mereka yang menguruskan anak pertama. Waktu inilah peranan suami amat diperlukan.

Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!

Panduan mengenai cara mandi bayi yang betul

cara mandi bayi baru lahir

credit to sources

#1. Sediakan kelengkapan mandian

Perkara paling utama adalah ibu ayah hendaklah memastikan kelengkapan mandian bayi diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Antara item penting ialah:

  • Besen mandi dengan saiz yang sesuai
  • Sabun
  • Syampu
  • Pengalas besen
  • Bakul barang mandian 
  • Tuala bersih
  • Termometer suhu (untuk memastikan air tidak terlalu panas)

Barang mandian bayi yang lengkap dapat memudahkan untuk lebih fokus terhadap bayi. Jika ada item tertinggal, ini boleh menyebabkan anda terpaksa bangun dan meningkatkan risiko kemalangan di bilik air.

Nota: Ketika mandi, elakkan bahagian tali pusat dari terkena air. Anda juga tidak digalakkan untuk merendam si manja terlalu lama sekiranya tali pusat ini masih belum kering. Jangan letakkan apa-apa, cukup sekadar membersihkannya menggunakan kain lembut dan bersih.

#2. Keadaan dalam bilik mandi

Penggunaan jubin akan membuatkannya sedikit licin apabila terkena air atau tertumpah sabun. Adalah lebih baik anda meminta pasangan untuk memasang pelapik yang kalis licin agar tidak terjatuh sewaktu membawa bayi.

Pastikan juga menyediakan bangku kecil bagi memudahkan anda duduk dengan selesa dan sebuah tong sampah bagi menyimpan lampin yang sudah digunakan. Sebenarnya adalah lebih mudah anda memandikan bayi baru lahir di sinki dapur atau atas meja.

#3. Suhu air yang bersesuaian

suhu air mandian bayi

credit to sources

Isikan air ke dalam sebuah besen dengan dalamnya kira-kira 3 inci. Kemudian gunakan siku untuk merasai kepanasan. Ibu boleh menggunakan alat termometer, suhu yang dicadangkan ialah 37 darjah celsius bagi menghangatkan badan bayi.

Walau bagaimanapun jangan mandikan bayi anda dengan paip air yang mengalir. Tindakan ini boleh mendatangkan bahaya kerana dikhuatiri risiko bayi lemas atau tergelincir.

Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran bayi, sebenarnya adalah memadai jika ibu membersihkan si manja menggunakan tuala basah sahaja.

#4. Mula dari bahagian atas

Cara mandi bayi yang seterusnya adalah bermula dari kepala ke bawah, depan dan belakang. Jika ibu mendapati bayi mula kesejukan, usah berlengah untuk mandi terlalu lama.

Bagi aspek penggunaan sabun pula, jangan terlalu kerap kerana kulit bayi masih lembut dan sensitif terhadap bahan kimia. Untuk bersihkan bahagian muka, ibu boleh gunakan jari ataupun kain lembut yang basah.

Jika kotoran pada hidung dan mata masih melekat, lakukan beberapa kali menggunakan air supaya ia mudah dibersihkan. Jangan lupa bersihkan pada luar telinga dan bahagian belakangnya bagi menghilangkan semua kotoran. Ingat, hanya di luar sahaja. Bahagian dalam tidak perlu kerana boleh merosakkan gegendang telinga.

#5. Beri sokongan pada bahagian leher bayi

cara memandikan bayi

credit to sources

Ketika waktu mandi, ibu atau ayah perlulah mengangkat bayi dengan berhati-hati menggunakan sebelah tangan bagi menyokong leher, manakala sebelah lagi memegang pinggulnya.

Setelah selesai, segera lap dan balut bayi menggunakan tuala kering. Jika anda melihat barang mandian bersepah di lantai, biarkan sahaja dulu. Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengemasnya kerana ibu perlu memakaikan bayi dengan lampin, minyak urut bayi dan pakaian agar si manja tidak terkencing kerana kesejukan.

Waktu dan kekerapan memandikan bayi

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Bayi baru lahir tidak perlu mandi kerap seperti orang dewasa agar kelembapan kulit si manja dapat dijaga. Pakar menyarankan anda memandikan bayi sekurang-kurangnya 2 kali sahaja dalam seminggu. Jangan memandikannya sebaik sahaja selesai minum susu kerana bayi boleh termuntah. 

Bagi memudahkan bayi tidur nyenyak, ibu boleh mandikan si manja 1 jam sebelum tidur dan lebih kurang 1 jam selepas menyusu.

Kesimpulannya, setiap ibu ayah yang baru kena rajin belajar dan menggali ilmu dalam teknik pengurusan bayi baru lahir. Ia mungkin memerlukan sedikit masa untuk anda membiasakan diri, lama-kelamaan pasti akan menjadi lebih mudah.

Sumber: Pantang plus

Kredit foto: Johnson baby id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham