X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Baring Terlentang Adalah Posisi Bayi Tidur Paling Baik, Elak Lemas & Mati Mengejut!

8 min bacaan
Baring Terlentang Adalah Posisi Bayi Tidur Paling Baik, Elak Lemas & Mati Mengejut!

Pelbagai posisi bayi tidur yang biasa ibu ayah praktik. Namun posisi paling baik adalah secara terlentang.

Secara umumnya, anak yang masih kecil akan menghabiskan banyak masa dengan ‘rehat’ pada waktu siang ataupun malam. Bagi ibu ayah baru, anda mungkin berdepan kesukaran untuk memahami tabiat tidur si manja dengan posisi bayi tidur yang selamat.

Memandangkan bayi baru lahir tidak dapat membezakan antara dua waktu, tempoh tidur dalam puratanya ialah 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Jadi posisi tidur apakah yang paling selamat untuk bayi?

Isi Kandungan

  • Posisi Bayi Tidur Penting Elak Lemas 
  • Tidur Terlentang Paling Selamat
  • Tips Keselamatan Bayi Tidur
  • Tips Ekstra Bayi Tidur Selamat
  • Tips Bayi Tidur Nyenyak

Posisi Bayi Tidur Penting Elak Lemas posisi bayi tidur, bayi tidur mengiring, posisi tidur bayi yang betul, baby tidur

Menurut portal Myhealth, tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi baru lahir. Biasanya si manja akan mula mengenali waktu malam ketika mereka memasuki usia 3 bulan. Hampir 90 peratus bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.

Kadang kala bayi akan menangis sekiranya dia terganggu dengan bunyi bising, rasa lapar, tidak selesa atau lampin basah. Justeru ibu ayah usahlah panik dan pastikan anda periksa perkara ini terlebih dahulu.

American Academy of Peadiatrics mencadangkan posisi tidur bayi yang betul dan paling sihat adalah tidur terlentang, bukan meniarap atau mengiring.

Hal ini kerana kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah mengalami pengurangan sehingga 50 peratus setelah posisi ini dicadangkan pada tahun 1992.

Walau bagaimanapun, posisi tidur terlentang ini dikecualikan pada bayi yang cacat bahagian kepala atau memiliki lidah besar sehingga menghalang proses pernafasan.

Mungkin sesetengah ibu hanya menurut kata orang tua-tua yang berpendapat tidur meniarap (sleep on her front) adalah lebih bagus. Sebenarnya tidak salah untuk anda mengetahui petua orang lama, namun ilmu berkenaan hendaklah disokong dengan pembacaan, kelas ataupun pendapat pakar kesihatan.

Baby tidur meniarap adalah posisi yang salah dan tidak boleh sama sekali terutamanya untuk bayi berusia bawah 5 bulan. Ia boleh mendatangkan banyak kesan buruk, salah satunya adalah tersembam (tertutup muka sendiri) sehingga tidak boleh bernafas.

Bukan itu sahaja, tulang si manja masih belum benar-benar kuat. Ketika tersembam, agak sukar untuk mereka mengangkat semula kedudukan kepala dan bernafas. Si kecil juga tidak boleh meminta tolong kerana belum pandai bercakap. Ia amat bahaya dan sangat berisiko jika ibu membiarkan bayi anda tidur meniarap.

Manakala bagi ibu yang tidak tahu, anda mungkin terfikir bahawa bayi tidur mengiring adalah selamat. Namun sebenarnya ia juga kurang digalakkan kerana bayi boleh tergolek tanpa anda sedar. Sekiranya ibu mendapati si manja tertidur dengan keadaan ini, cepat-cepatlah mengalihkannya semula kepada posisi terlentang. 

Tidur Terlentang Paling Selamat

Kedudukan bayi tidur yang paling disyorkan ialah tidur terlentang (sleep on her back). Cara tidur sebegini terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko kematian mengejut dalam kalangan bayi baru lahir atau berusia bawah 5 bulan.

Apabila bayi anda sudah memasuki usia 3 bulan ke atas, waktu ini tangan dan kaki mereka sudah kuat. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang jenis bantal ringan atau kecil di sekitar mereka.

Kadang-kadang tanpa sengaja mereka akan menendang-nendang dan mengangkat tangan, sehingga membuatkan bantal berkenaan tertutup bahagian muka. Ini sangat bahaya dan boleh terjadi ketika anda sedang ‘khusyuk’ mandi atau melakukan tugas di rumah. 

Bagi bayi yang berusia 5 hingga 6 bulan (sudah pandai berguling), pada waktu ini risiko SIDS sudah berkurang. Justeru, berikanlah sedikit kebebasan kepada bayi untuk tidur dalam posisi yang mereka selesa. Tetapi jika pada waktu malam apabila ibu ayah terjaga, nampak sahaja si manja anda tidur meniarap, gulingkannya secara perlahan bagi memastikan dia tidur dalam posisi terlentang.

Tips Keselamatan Bayi Tidur

Untuk ibu dan ayah yang baru, anda pasti khuatir mengenai keselamatan si kecil anda itu termasuklah ketika dia sedang tidur. Apakah tips tidur yang paling selamat untuk anak anda itu? Perlukah si manja berkongsi katil dengan anda supaya anda berasa lebih selamat? Atau adakah sebaliknya?

Jangan risau, menjaga keselamatan bayi ketika tidur tidak sukar, jika anda tahu caranya. Ini perkara-perkara penting yang anda perlu tahu demi keselamatan bayi anda ketika tidur.

#1. Boleh kongsi bilik, tapi bukan kongsi katil

Sesetengah ibu ayah mungkin merasakan bahawa berkongsi katil dengan bayi baru lahir adalah langkah paling selamat untuk mereka. Namun, sebenarnya tidak ya. 

Sudah tentu, membiarkan si manja anda berada di dalam bilik yang sama dengan anda untuk enam bulan pertama boleh mengurangkan risiko SIDS atau kematian bayi secara mengejut sehingga 50 peratus, namun bukan bermakna berkongsi katil dengan anda adalah perkara yang selamat. 

American Academy of Peadiatrics berpandangan anda harus mengelakkan daripada membiarkan bayi anda tidur di atas katil anda kerana bantal dan selimut pada katil anda boleh mendatangkan bahaya kepada bayi. Selain itu, terdapat juga risiko di mana bayi anda boleh terjatuh dari katil anda atau seseorang secara tidak sengaja berguling di atasnya tanpa sedar. 

Jadi sebaiknya, biarkan si kecil anda tidur di dalam baby cot atau buaiannya sendiri.

#2. Biarkan bayi tidur dalam buaian atau baby cot (katil bayi) 

posisi bayi tidur, bayi tidur mengiring, posisi tidur bayi yang betul, baby tidur

Bayi anda digalakkan untuk tidur di dalam katil bayi atau buaian mereka sendiri sebagai langkah keselamatan terbaik. Bagaimanapun, pastikan produk itu telah memenuhi garis panduan CPSC yang terkini.

Sebaliknya, bayi anda tidak boleh dibiarkan tidur di tempat lain seperti sofa, kerusi, kerusi malas, kerusi bayi dan pelbagai lagi kerana ia boleh menjejaskan keselamatan mereka serta meningkatkan risiko lemas dan SIDS, walaupun jika si kecil tidur dalam pelukan anda. 

#3. Jangan gunakan selimut

Bayi anda mungkin berasa kesejukan ketika tidur, namun tidak bermakna anda perlu menggunakan selimut untuk mengurangkan kesejukannya. 

Penggunaan selimut untuk bayi berisiko menyebabkan SIDS dan boleh membuatkan bayi anda lemas. Langkah terbaik, anda gunakan stokin tangan dan kaki pada bayi, dan bedung bayi anda menggunakan cara yang betul. Selain itu, gunakan juga pakaian yang sesuai dengan suhu bilik anda dan elakkan terlalu tebal atau terlalu nipis. 

#4. Jangan sarungkan topi

posisi bayi tidur, bayi tidur mengiring, posisi tidur bayi yang betul, baby tidur

Segelintir ibu ayah gemar untuk memakaikan topi kepada bayi supaya anaknya itu terasa hangat ketika sedang tidur. Namun, sebenarnya salah.

Menutup kepala anak anda dengan topi ketika tidur boleh meningkatkan risiko kematian mengejut akibat kepanasan ketika tidur. Si manja anda hanya digalakkan memakai topi ketika di luar rumah bagi melindungi kepalanya dari sinar ultraviolet (UV). 

Pastikan kepala bayi anda dibiarkan terbuka ketika tidur. Selain topi, elak meletakkan bantal, selimut atau sebarang patung di sekitarnya. 

#5. Jauhkan daripada barangan elektrik

Pastikan katil bayi anda jauh daripada sebarang barangan elektrik ya. Ia bagi mengelakkan bayi anda bermain-main dengan wayar elektrik yang berdekatan.

Jika boleh, biarkan katil bayi anda itu kosong tanpa sebarang peralatan keras, patung dan lain-lain yang boleh membahayakan keselamatannya. Jika boleh juga, biarkan katil bayi anda itu berada berdekatan dengan katil anda. Selain memudahkan anda untuk menyusu, anda juga boleh memantaunya dengan lebih dekat.  

Tips Ekstra Bayi Tidur Selamat

  • Pakaikan pakaian yang selesa, elak terlalu tebal atau terlalu nipis.
  • Jangan letak terlalu banyak mainan atau apa-apa sahaja di dalam katil bayi bagi mengelakkan si manja terganggu dengan pelbagai rangsangan.
  • Jangan tutup kepala bayi menggunakan kain atau selimut.
  • Gunakan cadar yang sesuai, tidak terlalu longgar yang boleh menutup bahagian muka si manja.
  • Lakukan urutan bayi bagi membolehkannya lena dengan mudah.

Tips Bayi Tidur Nyenyak

Bayi kerap jaga khususnya pada waktu malam sememangnya boleh membuatkan ibu ayah keletihan. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi membantu bayi anda tidur dengan lebih nyenyak:

  • bedung bayi anda bagi mengelakkan dia mudah terkejut dan tidurnya terganggu.
  • susukan bayi dengan tenang, bukan kelam kabut sambil menepuknya secara perlahan-lahan.
  • sendawakan bayi dengan betul selepas menyusu sebelum menidurkannya. 
  • pastikan suasana tenang dan tidak terlalu bising. Untuk waktu malam, pastikan lampu bilik malap supaya anak anda boleh tidur dengan lena.
  • pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Pakaian pada bayi juga janganlah dibiarkan terlalu nipis atau tebal.

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  1. What to Expect (June 21, 2022). Safe Sleep Tips for Babies. www.whattoexpect.com/first-year/sleep-solutions/newborn-baby-safe-sleep-practices/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab Mengapa Ibu Baru Wajib Ada Sleep Tracker, Elak Anda Berjaga Malam & Dapat Rehat Lebih

Baca juga: 4 Kesilapan Ibu Buat Jadi Punca Bayi Susah Tidur Malam, #3 Paling Kena Elakkan Dari Terbiasa!

Baca juga: Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Baring Terlentang Adalah Posisi Bayi Tidur Paling Baik, Elak Lemas & Mati Mengejut!
Kongsikan:
  • Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

    Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

  • Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert

    Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

    Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

  • Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert

    Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.