X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perkara Tentang Kepala Bayi Baru Lahir Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

5 min bacaan
Perkara Tentang Kepala Bayi Baru Lahir Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

Kepala bayi baru lahir biasanya mempunyai bentuk pelik dan bukan bulat seperti anda bayangkan. Ketahui lebih lanjut tentang apa yang normal dan tak normal.

Kepala bayi adalah figura pertama yang anda akan nampak selepas lahirnya seorang bayi. Selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya muncul juga cahaya mata tersayang ini. Anda mungkin ada gambaran tentang bagaimana rupa anak nanti dan ada juga kemungkinan anda terkejut apabila anak lahir, mereka tak seperti yang anda bayangkan!

Kulit mengelupas, jerawat dan bentuk kepala yang aneh adalah beberapa ciri-ciri pelik yang banyak bayi baru lahir akan perolehi. Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini akan kekal selama beberapa hari atau mungkin beberapa minggu sahaja (tapi dah tentu di mata anda dia masih comel!)

Artikel ini adalah tentang kepala bayi baru lahir yang mungkin tak akan bulat seperti biasa. 

Kepala bayi baru lahir normal: Kepala kon, kepala rata, dan banyak lagi

kepala bayi

Asalkan anda tahu apa yang normal dan tak normal tentang kepala anak anda, tak ada apa yang perlu anda risaukan. Ini antara perkara tentang kepala bayi yang setiap ibu ayah wajib tahu:

#1. Tempat yang lembut

Ada dua tempat lembut (ubun) atau fontanelles pada kepala bayi anda, satu di depan dan satu di belakang. Tempat lembut pada kepala bayi ini memainkan peranan yang penting: Ia membantu tempurung anak bertukar bentuk untuk keluar dari laluan kelahiran dan memberi ruang untuk otak mereka berkembang dan membesar selepas lahir.

Menurut pakar, tempat lembut pada depan kepala anak boleh jadi sebesar dua inci dan mula tertutup apabila mereka berusia 6 bulan dan tutup sepenuhnya apabila dia berumur 18 bulan. Tempat lembut di belakang kepala pula lebih sukar untuk dilihat, ia berukuran setengah inci dan biasanya berbentuk segi tiga.

Tempat lembut ini juga dilindungi oleh membran yang tebal untuk melindungi otak bayi anda. Sebab itu anda atau penjaga tak boleh menggoncang bayi atau biarkan kanak-kanak lain menyentuh dan menekan tempat lembut ini berulang kali.

#2. Bentuk dan saiz

  • Kepala kon

Semasa bersalin, tekanan dari laluan kelahiran anda biasanya menyebabkan tengkorak bayi bergerak dan bertindih bagi memudahkan mereka keluar. Dengan semua tekanan pada tengkorak ini, anda jangan terkejut apabila melihat anak anda mempunyai kepala berbentuk kon.

Perkara ini lebih cenderung terjadi jika proses bersalin anda lama atau anda terpaksa menggunakan vakum. Bentuk kepala kon anak anda ini adalah normal, dalam masa beberapa hari, kepala mereka akan menjadi lebih bulat.

  • Saiz

Perkara lain yang mungkin anda perasan adalah saiz kepalanya yang lebih besar dari badan mereka. Ini juga adalah normal, lama kelamaan saiznya akan sama dengan badannya.

  • Kepala rata

Kerana kepala anak anda masih lembut, membaringkan anak anda pada posisi yang sama boleh menolak kepalanya untuk menukar bentuk dan menyebabkan kepala rata.

Perkara ini dikenali sebagai plagiocephaly, keadaan ini tak memberi kesan pada pembesaran otak tapi jika tak dirawat, ia mungkin akan memberi kesan pada muka dan kepala untuk tumbuh tak rata.

Kepala bayi tidak normal, tetapi tak bahaya

Bergantung kepada ukuran tengkorak kepala bayi, terdapat beberapa keadaan abnormal tetapi tidak merbahaya iaitu:

  • Plagiocephaly: Permukaan kepala bayi leper atau mendatar pada sebelah bahagian kiri atau kanan, menjadikannya tidak simetri apabila dilihat dari depan.
  • Brachycephaly: Kepala bayi leper di bahagian belakang, menjadikan bentuk kepala nampak besar apabila dilihat dari depan.

kepala bayi

Tip: Membetulkan kepala bayi yang tak rata

Kepala bayi yang tak rata bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan. Ini kerana dalam masa beberapa minggu atau bulan, bahagian rata ini akan membulat.

Di bawah merupakan beberapa tip untuk membetulkan kepala rata yang ibu ayah boleh lakukan di rumah. Tapi perlu diingat jangan sewenang-wenangnya memegang kepala bayi dengan kasar ya ibu ayah.

Kalah nak menukar posisi kepala mereka ketika tidur lakukan perlahan-lahan. Ini kerana ia masih lagi 'fragile'. Kita tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi hanya sekadar ibu ayah suka-suka nak memperbetulkan sesuatu yang masih lagi tidak terbentuk sepenuhnya. 

  • Tummy time: Pastikan bayi mendapat tummy time yang mencukupi setiap hari. Ini dapat menguatkan otot leher dan menggalakkan mereka untuk mengawal kepala mereka.
  • Dukung bayi anda selalu: Pegang dan dukung bayi anda selalu apabila mereka terjaga akan mengurangkan tekanan kepala mereka dari tempat mereka baring.
  • Tukar posisi: Adalah penting untuk anda meletakkan bayi anda dalam keadaan terlentang semasa tidur, cuba untuk menukar posisi kepala bayi anda semasa mereka tidur.
  • Berinteraksi: Jika bayi anda bangun, letakkan diri anda ke bahagian berlawanan kepala rata mereka dan cuba untuk buat bunyi bercakap atau menyanyi untuk menggalakkan mereka dari melihat anda. 
kepala bayi

Kadang-kadang, pakar akan mencadangkan anda untuk rujuk dengan pakar pembedahan plastik jika kepala rata anak anda tak berubah ketika mereka berusia empat ke lapan bulan. Rawatan biasanya akan menyediakan topi keledar yang dibentuk khas untuk memberi tekanan pada tempat rata.

Untuk hasil yang terbaik, bayi anda perlu memakai topi keledar ini selama 23 jam sehari sepanjang tempoh rawatan. Topi keledar ini akan diselaraskan selalu untuk memberi laluan kepada perkembangan kepalanya.

Rambut bayi

Semasa lahir, anak anda mungkin akan botak, rambut sikit atau kepala penuh dengan rambut lebat. Rambut mereka biasanya gugur pada beberapa minggu pertama dan tumbuh dengan tekstur dan warna yang lain.

Jika bayi anda kekal di posisi baring yang sama selalu, anda mungkin akan perasan tempat yang rambut mereka tak tumbuh (cukur bantal). Ubah posisi kepala dapat mengelakkan perkara ini.

Bila anda perlu risau?

Biasanya ciri-ciri pelik yang berkaitan dengan kepala bayi anda ini akan hilang dengan sendiri atau mungkin dengan bantuan anda. Tapi kadang-kadang anda akan mula perasan tanda-tanda yang menunjukkan masalah yang serius.

Ubun bayi iaitu empat lembut pada depan kepala yang tenggelam adalah tanda dehidrasi, tempat lembut yang membonjol menunjukkan tekanan pada otak, menurut pakar. Jika anda nampak tanda-tanda ini, hubungi doktor anda dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Perkara Tentang Kepala Bayi Baru Lahir Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!
Kongsikan:
  • Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

    Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

  • Oleh sebab vakum ketika bersalin, kepala anak saya berparut teruk! Ikuti perkongsian ibu ini...

    Oleh sebab vakum ketika bersalin, kepala anak saya berparut teruk! Ikuti perkongsian ibu ini...

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

    Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

  • Oleh sebab vakum ketika bersalin, kepala anak saya berparut teruk! Ikuti perkongsian ibu ini...

    Oleh sebab vakum ketika bersalin, kepala anak saya berparut teruk! Ikuti perkongsian ibu ini...

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.