Berpeluh semasa tidur adalah perkara biasa bagi kebanyakan anak kecil. Namun jika berlaku terlalu kerap, ia mungkin boleh merisaukan ibu ayah. Lebih-lebih lagi anda yang mengatakan kuat berpeluh tanda penyakit.
Kebanyakan kanak-kanak bawah dua tahun pasti akan menyusu badan atau botol. Ketika mereka tidur, anda mungkin menyedari keluar titik peluh dari badan si manja terutamanya bahagian kepala.
Benarkah kuat berpeluh tanda penyakit pada anak kecil?
Maksud berpeluh adalah cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia termasuklah manusia.
Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu badan melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Biasanya peluh berlebihan dan banyak akan terhasil dalam persekitaran yang bersuhu panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga.
Walaupun keadaan ini kelihatan normal untuk kebanyakan bayi, namun ibu bapa perlu juga peka pada beberapa tanda-tanda yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan.
Apatah lagi jika bayi tidur dalam keadaan bilik sejuk. Pastinya kita rasa pelik dia berpeluh secara tiba-tiba kan?
Ada beberapa sebab kenapa bayi berpeluh ketika tidur iaitu:
1. Sistem saraf belum matang
Salah satu fungi sistem saraf adalah untuk mengawal suhu badan. Untuk bayi yang baru lahir, sistem saraf mereka mungkin belum terbentuk sepenuhnya.
Oleh itu, bayi baru lahir tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa sehingga mengeluarkan peluh berlebihan.
2. Bayi berpeluh apabila tidur nyenyak
Bayi baru lahir mungkin akan peluh berlebihan semasa fasa tidur nyenyak dalam kitaran tidur.
Oleh sebab bayi baru lahir menghabiskan kebanyakan masa dengan tidur, mereka lebih cenderung untuk kuat berpeluh pada waktu malam berbanding kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Bedung yang terlalu tebal
Apabila kain bedung yang terlalu tebal atau terlalu banyak lapisan digunakan, suhu badan bayi akan naik juga. Selimut dan comforter yang tebal tidak digalakkan kerana risiko SIDs.
4. Menangis
Menangis boleh menjadi aktiviti berat dan memerlukan banyak tenaga. Sekiranya bayi menangis dengan kuat untuk waktu yang lama, wajahnya boleh menjadi merah dan mengeluarkan peluh berlebihan.
Namun ibu ayah jangan risau ia bersifat sementara dan akan hilang setelah bayi kembali tenang.
5. Masalah demam, selesema atau jangkitan
Sekiranya anak kecil anda kuat berpeluh dengan banyak, ada berlakunya jangkitan penyakit.
Salah satunya adalah demam. Justeru anda perlulah membawa si manja mendapatkan rawatan doktor di klinik berhampiran.
6. Pakaian terlalu tebal
Sesetengah ibu akan memakaikan bayi dengan pakaian tebal ataupun selimut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan si manja berasa sejuk.
Namun sekiranya bayi anda memiliki berat badan berlebihan, mereka akan rasa tidak selesa dan kuat berpeluh.
Bila ibu ayah perlu bimbang?
1. Masalah jantung kongenital
Jika anak kuat berpeluh semasa aktiviti biasa seperti menyusu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kuat berpeluh tanda penyakit jantung kongenital.
Ini berlaku akibat perkembangan jantung janin yang tidak normal. Bayi dengan penyakit jantung cenderung kuat berpeluh kerana jantung mereka perlu berkerja lebih keras untuk mengepam darah dengan efektif.
2. Hiperhidrosis
Jika dalam bilik yang sejuk bayi anda masih berpeluh, dia mungkin menghadapi masalah penyakit hyperhidrosis.
Ini bermakna tubuh si manja akan menjadi kuat berpeluh daripada biasa untuk mengekalkan suhu badan mereka yang normal.
Biasanya penyakit hyperhidrosis ini turut membuatkan bahagian tangan dan kaki si manja menjadi basah disebabkan kuat berpeluh. Ia boleh dirawat apabila mereka lebih dewasa.
3. Apnea tidur
Apnea tidur juga boleh menyebabkan si kecil banyak berpeluh pada waktu malam.
Bayi dengan apnea tidur akan berhenti bernafas selama 2o saat, kesannya badan si manja terpaksa berusaha lebih untuk bernafas. Keadaan ini biasanya berlaku pada kebanyakan bayi pramatang.
4. Masalah kesihatan lain
Kuat berpeluh atau peluh berlebihan juga boleh disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf, masalah pernafasan, kelenjar tiroid yang terlalu aktif, ataupun gangguan genetik.
Ia jarang berlaku dan anda harus berunding dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan.
Punca tangan berpeluh
Hiperhidrosis adalah peluh berlebihan yang boleh menjejaskan seluruh badan, tetapi sering berlaku di tangan atau kaki.
Punca tangan berpeluh pada kanak-kanak berkait rapat dengan penyakit hyperhidrosis. Ia adalah perkara biasa apabila anak kecil rasacemas atau demam.
Walau bagaimanapun, jika peluh terlalu banyak kronik, ibu ayah hendaklah segera merujuk doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sebab kepala bayi panas
Adalah perkara biasa untuk mendapati kepala bayi panas biarpun mereka tidak demam. Keadaan ini tidak berbahaya dan mungkin berlaku disebabkan oleh suhu bilik yang tinggi, pakaian tebal menangis atau aktiviti fizikal yang lain.
Jika kepala bayi panas, ibu ayah hendaklah periksa suhu badannya dengan termometer.
Manakala apabila anak demam, dahi, belakang atau perut mereka mungkin terasa panas. Untuk bacaan tepat suhu bayi anda, anda harus menggunakan termometer.
Jika bayi mempunyai suhu yang tinggi, ibu ayah hendaklah pastikan si manja dalam keadaan selesa. Beri susu atau air mencukupi bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi.
Cara mengatasi bayi kuat berpeluh
1. Elakkan overheating
Jika bilik anda terlalu panas, ini boleh menyebabkan bayi anda berpeluh.
Laraskan suhu bilik sehingga ia menjadi selesa. Biasanya, jika anda rasa panas, bayi anda mungkin akan rasa panas juga.
Pastikan tiada selimut atau kain dalam katil bayi agar dia boleh tidur dengan selesa dan selamat.
Ibu bapa perlu ambil perhatian yang overheating boleh menyebabkan SIDs. Overheating juga boleh menyebabkan bayi tidur terlalu lama hingga susah untuk bangun.
2. Pastikan bayi anda terhidrasi
Penghidratan adalah kunci. Memastikan anak mendapat cecair yang mencukupi dapat mengelakkan mereka daripada dehidrasi apabila badan menghasilkan peluh berlebihan.
3. Tenangkan bayi
Jika bayi menangis kuat pada waktu malam yang membuatkannya cenderung untuk kuat berpeluh, ibu ayah perlulah menenangkannya.
Pertimbangkan untuk melaraskan rutin waktu malam anda dan cara untuk mengoptimumkan persekitaran tidur untuk membantu mereka berehat dan tidur lena pada waktu malam.
4. Elakkan pakaian yang berlapis-lapis
Anda tidak sepatutnya menambah apa-apa peralatan tempat tidur seperti selimut atau patung lembut. Dalam suhu bilik yang biasa, anak kecil anda boleh tidur lena meskipun hanya memakai lampin sahaja.
Walau bagaimanapun, jika mereka mendambakan keselesaan sesuatu yang lebih ketat, pertimbangkan untuk membeli bedung dan pakaian tidur yang diperbuat daripada bahan yang lebih ringan dan selesa.
Bagi ibu ayah baharu, menguruskan bayi buat kali pertama sememangnya memerlukan banyak ilmu dan tips. Pastikan anda sentiasa merujuk beberapa artikel kami yang lain untuk panduan lengkap mengenai sebarang permasalahan si kecil.
Semoga ia bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bayi meninggal selepas terjatuh dari buaian
Baca juga: Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta
Baca juga: 100 Nama Bermula Huruf T Untuk Anak Lelaki Dengan Maksud Islamik & Gagah Perkasa
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!