TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta

16 Feb, 2023
Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta

Bayi meninggal tertindih ketika menyusu bersama ibu di dalam kereta telah mencetuskan hiba di hati ramai. Ia sesuatu yang tidak disangka

Menguruskan anak yang masih kecil sememangnya membuatkan ramai ibu penat dan tidak cukup rehat. Seperti kisah yang tular dalam media sosial hari ini, seorang bayi meninggal tertindih ketika ibu menyusunya di dalam kereta.

Pastinya tiada siapa yang ingin kehilangan anak tercinta dalam keadaan sedemikian. Ibu yang hanya terlelap seketika tidak menyedari akan hal tersebut sehinggalah dikejutkan oleh suaminya.

Bayi meninggal tertindih ketika menyusu

bayi meninggal tertindih ketika menyusu

Menurut laporan media Kumparan, seorang bayi berusia dua bulan di Makassar, Sulawesi Selatan, menemui ajal apabila mangsa dipercayai tertindih oleh ibunya sewaktu menyusu badan.

Difahamkan ketika kejadian, dua beranak berkenaan berada dalam kereta. Si ibu, Dewi Sartika berusia 36 tahun sedang tidur di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Dia mengakui berasa sungguh terkejut apabila mendapati bayinya pucat selepas bangun dari tidur.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polrestabes Makassar, AKP Lando KS berkata, berdasarkan pengakuan ibu mangsa, kereta dinaikai mereka sedang diparkir, tingkap tertutup dan penghawa dingin dihidupkan.

Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi online sedang berehat di gerai berhampiran sambil menunggu tempahan dari pelanggan masuk.

”Lebih kurang pukul 9 pagi, saya sedang menyusukan bayi dalam kereta dalam keadaan baring secara mengiring dan bayi menghadap kepada saya.”

bayi meninggal ketika menyusu

”Ketika itu suami tidak bersama kami, dia di kedai kopi sambil duduk berbual dengan kawan-kawan yang juga pemandu teksi online,” kata nenek mangsa, Lando.

“Saya kemudian menyusukan bayi sehingga saya tertidur. Lebih kurang jam 11 pagi, suami kejutkan saya dan suruh periksa bayi.”

“Apabila saya melihat bayi yang masih berada di sebelah saya, keadaan tubuhnya begitu pucat, kukunya pula berwarna biru dan matanya tertutup,” kata Lando meniru kata-kata Dewi.

Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian bayi berusia 2 bulan yang dipercayai tertindih oleh ibu ketika sedang menyusu.

“Kami sedang menyediakan laporan polis model A untuk menyiasat punca kematian,” kata Ketua Polis Panakkukang, Kompol Abdul Azis.

Azis menegaskan beliau tidak boleh membuat kesimpulan awal mengenai punca kematian bayi tanpa bukti dan proses bedah siasat. Jadi, Azis akan segera meminta keterangan daripada ibu bapanya.

Bahaya menyusu bayi ketika baring

bahaya menyusu ketika berbaring

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada seramai 2,000 wanita bergelar ibu mendapati sebanyak 72 peratus daripada mereka menyusu bayi cenderung untuk tertidur. Manakala 44 peratus daripada akan tertidur selepas menyusu di atas sofa atau kerusi malas.

Perkara ini adalah sangat membahayakan kerana risiko bayi meninggal tertindih atau lemas tanpa ibu atau ayah menyedarinya.

Kajian mendapati kebanyakan ibu ayah yang baru menimang bayi biasanya berdepan dengan masalah kurang rehat dan tidur. Maka mereka berasa letih sehingga kurang perhatian kepada bayi terutamanya ketika menyusu.

Selain itu menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Malinee Thambyayah,  ibu tidak digalakkan menyusu bayi dengan keadaan kedua-duanya berbaring dan tidur kerana membahayakan dan boleh menyebabkan anak tercekik atau sesak nafas.

“Lebih-lebih lagi jika bayi sedang selesema menambahkan lagi risiko bayi tidak boleh bernafas sekiranya mereka menyusu dalam keadaan berbaring. Sebab itu, teknik penyusuan bayi amat penting untuk ibu ketahui bagi mengelakkan kejadian seumpama ini,” jelasnya. 

Kumparan, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: ”Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,”- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

Baca juga: Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

Baca juga: Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

Stories Rakan Kongsi
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham