X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

25 Jul, 2022
Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas BersalinSama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

Dugaan hidup yang besar adalah kehilangan orang yang tercinta. Seperti yang dilalui oleh dua ibu ini, bayi mereka dijemput Ilahi serentak

Setiap manusia pastinya berdepan dengan pelbagai dugaan hidup yang berbeza. Namun paling berat untuk diterima adalah apabila kehilangan orang tersayang sekelip mata.

Sejak dalam kandungan, semua mengharapkan bayi selamat dilahirkan dan mampu membesar dengan sihat. Walau bagaimanapun, kini semakin banyak kes kematian anak beberapa hari selepas bersalin.

Kisah benar dugaan hidup dua orang ibu yang kematian bayi

ujian hidup

Seorang pengguna Tiktok @sulisayumarlianaa menceritakan dugaan hidup yang dilaluinya dan adik ipar.

Dia adalah adik iparku. Dan aku juga sudah menganggap dia seperti adik sendiri. Malah kami seperti kawan yang begitu rapat.

Pada 5 September 2020, aku mengandung. Dan adik iparku juga alhamdulillah naik garis dua.

Aku dan dia mengandung. Cuma beza dua bulan sahaja. Pada 14 April 2021, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang pertama pada usia kandungan 8 bulan.

Dan pada 4 Mei 2021, iparku telah melahirkan anak perempuan pertamanya di usia kandungan 7 bulan.

Tapi sayang, anak lelakiku hanya mampu bertahan 16 jam dan dia telah meninggalkan aku. Di sinilah aku berasa dugaan hidup paling besar.

Cerita pengalaman mengandung yang berakhir dengan kesedihan

tanda tanda mengandung

Dan anak iparku juga tiba-tiba keadaannya menjadi kritikal. Hanya mampu bertahan dua minggu. Tarikh 20 Mei 2021 dia meninggalkan kami.

Kami sama-sama saling menguatkan antara satu sama lain dengan berdepan ujian pengalaman mengandung yang sama berat.

Alhamdulillah selepas 3 bulan kehilangan anak pertama, aku mengandung lagi. Dan adik iparku juga mengandung.

Kami sama-sama hamil lagi. Aku percaya Allah Maha Adil. 

22 Mac 2022, puteri cantikku telah lahir dengan normal, sihat dan selama pada usia kandungan 9 bulan.

Masyallah rasa bahagia yang tidak boleh digambarkan ketika melihat wajahnya yang cantik. Keadaannya yang sihat buat aku sangat bersyukur. Namanya Aeera Cantika Rahayu.

Pada tarik 25 Mei 2022, adik iparku juga telah selamat melahirkan puteri keduanya yang begitu cantik. Namanya Afifah Hilya Nafisah.

tanda awal kehamilan

Kami percaya setelah hujan pasti akan ada pelangi. Setiap kesedihan dan ujian Allah, pasti ada kebahagiaan.

Alzam dan Dira semoga tenang di syurga ya, nak. Semoga kelak kita boleh bertemu di syurga Allah.

Tanda tanda mengandung

Tanda awal kehamilan yang dialami setiap wanita berbeza. Ada yang merasakan loya dan tidak sedap badan, ada juga yang langsung tidak merasai apa-apa perubahan pada diri.

Antara tanda tanda mengandung yang paling umum ialah:

  • Lambat datang haid. Ia adalah tanda yang pasti mengandung paling ramai wanita alami. Biasanya tanda awal kehamilan ini mudah dikesan apabila ibu tidak datang haid lebih 4 hingga 5 hari.
  • Perubahan payudara dan puting. Hal ini kerana peningkatan jumlah hormon progesteron dan estrogen. Ibu cenderung merasakan nyeri, tidak selesa dan sensitif pada payudara. Manakala, warna sekitar puting juga berubah menjadi lebih hitam
  • Kerap buang air kecil. Keadaan ini mula terjadi sekitar enam hingga lapan minggu selepas persenyawaan. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang tinggi menyebabkan aliran darah ke ginjal dan meningkatkan penghasilan air kencing.
  • Perubahan mood. Tanda-tanda ini tidak berlaku pada kebanyakan wanita. Ibu cenderung mudah marah kerana moodnya menjadi tidak stabil dan sering berubah-ubah. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin berasa gelisah tanpa sebab.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Bagi anda yang baru pertama kali melalui pengalaman mengandung, mungkin tertanya-tanya hari ke berapa boleh tahu mengandung, kan?

Sebenarnya ibu-ibu boleh tahu sama ada anda mengandung ataupun tidak pada hari ketujuh selepas terjadinya implantasi pada dinding rahim lagi.

Ia disertai dengan beberapa simptom kehamilan yang lain seperti tidak datang haid. Dalam hal ini, bagi memastikan anda memperoleh jawapan lebih tepat, kami cadangkan agar menggunakan alat ujian kehamilan.

Ujian kehamilan hendaklah dilakukan pada hari ketujuh, iaitu seminggu selepas tarikh haid. Sekiranya anda ingin melakukannya lebih awal, minggu pertama atau kedua selepas melakukan hubungan suami isteri adalah tempoh yang paling sesuai.

Semoga bermanfaat!

Facebook, Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: "Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga," Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin

Baca juga: Sepanjang Hamil Tiada Masalah, Ibu Reda Bayi Kembar Meninggal Serentak Akibat Jangkitan Kuman E-Coli

Stories Rakan Kongsi
Kegembiraan dan Kejayaan: Mencari Keseimbangan Di Antara Bekerja Keras dan Menikmati Hidup
Kegembiraan dan Kejayaan: Mencari Keseimbangan Di Antara Bekerja Keras dan Menikmati Hidup
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly

Baca juga: Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin
Kongsikan:
  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

app info
get app banner
  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.