TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Product Guide
  • Becoming a Parent
  • Ages & Stages
  • Parenting
  • Health
  • Breastfeeding & Nutrition
  • Education
  • Money Parenting
  • Lifestyle
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Advertise With Us
  • Community
Login
  • EnglishMalay
    • Articles
  • Becoming a ParentBecoming a Parent
  • Ages & StagesAges & Stages
  • ParentingParenting
  • HealthHealth
  • Breastfeeding & NutritionBreastfeeding & Nutrition
  • EducationEducation
  • Money ParentingMoney Parenting
  • LifestyleLifestyle
  • TAP RecommendsTAP Recommends
  • Press RoomPress Room
  • ProductsProducts
  • Advertise With UsAdvertise With Us
  • CommunityCommunity
    • Community
  • Poll
  • Photos
  • Food
  • Recipes
  • Topics
  • Read Articles
    • Tracker
  • Pregnancy Tracker
  • Baby Tracker
    • Rewards
  • RewardsRewards
  • Contests
  • VIP ParentsVIP Parents
    • More
  • Feedback

Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML

Download our free app

google play store
app store

Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

5 min read
Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

Betapa pentingnya anak mendapat makanan bernutrisi demi perkembangan mereka. Untuk itu, penyerapan nutrisi perlulah baik dan lancar.

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan kepelbagaian demi memastikan tumbesaran mereka pada waktu ini berada pada tahap optimum. Selain dari memberi perhatian dan pendidikan awal dari rumah, ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak supaya fizikal dan minda mereka dapat berkembang dengan sebaiknya.

Perkembangan yang baik untuk anak-anak anda bermula dari pengambilan makanan harian mereka. Seperti yang kita ketahui, makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga makanan ruji rakyat Malaysia seperti nasi mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu kanak-kanak ini untuk mendapat khasiat yang optimum bagi tumbesaran yang berjaya.

Nutrisi-nutrisi dari pengambilan makanan yang seimbang oleh anak-anak anda boleh membantu perkembangan kognitif mereka.

Apakah maksud perkembangan kognitif?

makanan bernutrisi penting untuk perkembangan minda anak

Perkembangan kognitif adalah sesuatu yang perlu diasah dalam diri anak-anak anda. Ianya adalah pengetahun anak-anak anda dalam memahami dunia di persekitaran mereka. Dalam erti kata lain, perkembangan kognitif adalah kemahiran anak-anak anda untuk mempelajari dan memproses maklumat. [1] Oleh itu, nutrisi yang secukupnya amat penting untuk perkembangan kognitif si manja.

Kepentingan nutrisi bagi perkembangan kognitif

Bak kata pepatah, “Badan cergas, minda cerdas”. Sekiranya si manja anda tidak mengambil diet yang berkhasiat dan bersesuaian pada usia mereka, kanak-kanak ini mungkin tidak dapat belajar dan memproses persekitaran mereka dengan efisien dan aktif. [2]

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh Children’s Bureau, usia waktu genting bagi proses perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak bermula sejak dari lahir hingga berusia lima tahun [3]. Perkembangan otak pada tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah sangat kritikal dalam pembentukan sahsiah dan intelek mereka, termasuklah kemahiran sensori dan motor mereka. [4]

Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

Pada tahun-tahun awal ini, lebih daripada 1 juta sambungan saraf terbentuk setiap saat, membina asas bagi fungsi kritikal seperti penglihatan dan pendengaran, kemahiran bahasa awal dan fungsi kognitif tahap tinggi seperti perhatian, perancangan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. [5]

Selain dari mengembangkan kemahiran berfikir secara kritikal, penyerapan nutrisi yang baik pada diri seorang kanak-kanak juga boleh membentuk mereka menjadi seorang manusia yang berempati. Ini kerana mereka akan mulai memahami dunia di sekitar mereka dan juga mulai mengenal mana yang baik dan buruk disebabkan perkembangan kognitif mereka yang berkembang secara pesat.

Nutrien juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan fungsi tahap kognitif yang lebih tinggi termasuk daya ingatan, persepsi dan emosi. [6]

Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

Sekiranya anda ingin si manja menjadi seseorang yang penuh empati, mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi pada usia mereka sedang membesar dan menyerap keadaan dunia sekeliling, maka ketahuilah bahawa nutrisi yang lengkap untuk si manja memainkan peranan penting dalam memastikan tumbesaran mereka.

Bagaimana caranya nutrisi yang lengkap memberi kesan kepada perkembangan kognitif anak?

Seorang kanak-kanak yang mulai memahami persekitaran mereka sudah tentu dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Perkembangan kognitif yang maju adalah disebabkan oleh penyerapan nutrisi yang optimum, menyebabkan mereka akan lebih cenderung untuk membuat pilihan-pilihan yang lebih bijak dan mampu menyelesaikan masalah sendiri.

Di kalangan kanak-kanak, mikronutrien penting seperti asid lemak omega-3, vitamin B12, asid folik, zink, zat besi, dan iodin memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif mereka. [7] Penyerapan nutrien optimum menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak dan membolehkan mereka mencapai potensi optimal masing-masing.

makanan bernutrisi untuk anak

Sebagai contoh, seorang anak manja yang menerima nutrisi yang optimum dari pemakanan mereka mungkin lebih cepat untuk membuat keputusan sekiranya berhadapan dengan masalah. Ini kerana sel-sel otak mereka yang cerdas akan berhubung dan membantu si manja untuk membuat keputusan yang terbaik.

Sekiranya si manja anda terdengar iauan anak kucing di dalam longkang, mereka pasti cenderung untuk membantu anak kucing tersebut disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang aktif berserta sifat empati mereka membuatkan si manja memilih untuk menyelamatkan anak kucing tersebut. Jadi, perkembangan kognitif ini juga bukanlah memainkan peranan dalam otak sahaja, tetapi ia lebih sesuai dikatakan seperti, “Dari Minda Turun ke Hati”.

Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

Cara terbaik untuk anak-anak menyerap nutrisi secara optimum

makanan bernutrisi itu penting untuk anak

Badan manusia dicipta untuk menyerap khasiat-khasiat yang baik secara automatik, dan badan si manja anda juga tiada bezanya. Proses di mana badan kita memproses dan menyerap nutrisi dikenali sebagai pencernaan [5]. Namun makanan yang tidak diserap akan menjadi bahan buangan dari badan kita.

Tetapi, bagi anak-anak anda, terdapat satu cara di mana badan mereka boleh menyerap nutrisi pemakanan mereka secara optimum iaitu dengan pengambilan Similac Intelli-Pro.   

makanan bernutrisi dapat diserap dengan baik apabila mengambil Similac Intelli-Pro

Apakah kebaikan Similac Intelli-Pro ini dalam menyokong perkembangan  insan manja yang serba boleh dan berkemahiran berfikir yang tinggi?

  • Mengandungi campuran minyak sayuran yang unik (UVOB – unique vegetable oil blend) yang terdiri daripada minyak bunga matahari yang kaya dengan asid oleik, minyak kacang soya dan minyak kelapa untuk penyerapan nutrisi yang optimum seperti kalsium, DHA dan ARA yang lebih tinggi. Adunan minyak sayuran unik ini juga menggalakkan kandungan dan kepadatan mineral tulang yang lebih tinggi dan pembuangan air besar yang lebih kerap dan najis yang lebih lembut.
  • DHA serta 7 nutrien penting termasuk ARA, Kolina, Asid Folik, Zat Besi, Taurina, Vitamin B12 dan Zink adalah untuk menyokong perkembangan otak dan tahap kognisi yang lebih baik. Penyerapan nutrisi yang optimum boleh menyokong perkembangan otak si manja.
  • Tahap asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang lebih tinggi untuk menyokong perkembangan kognitif.
  • Prebiotik berfungsi sebagai serat makanan dan bertindak membantu persekitaran usus yang baik.

Setiap nutrien yang terdapat dalam pek Similac Intelli-Pro berfungsi untuk memberikan yang terbaik bagi perkembangan dan tumbesaran si manja anda seperti meningkatkan daya pemikiran agar pembelajaran lebih optimum, membina tulang yang lebih kuat agar kesannya lebih positif apabila bermain serta membantu persekitaran usus yang baik.

Similac Intelli-Pro kini berwajah baharu dengan khasiatnya yang tetap sama dan terbaik untuk menyokong perkembangan minda dan fizikal si manja anda.

Kanak-kanak perlu membesar dengan nutrisi yang secukupnya agar mereka dapat membesar dengan baik, berikutan perkembangan kognitif mereka yang memerlukan dorongan. Para ibu bapa boleh ketahui lebih lanjut di sini!

Sumber:

[1] https://cikguafzan96.blogspot.com/2016/10/edup3023-perkembangan-kanak-kanak

[2] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2014/12/15376/kanak-kanak-mendapat-cukup-nutrisi-lebih-cerdas

[3] https://www.all4kids.org/news/blog/why-the-first-5-years-of-child-development-are-so-important/#:~:text=One%20of%20the%20most%20critical,their%20lives%20in%20various%20ways.

[4] https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=U3N0NlFXbVFSOGQ2ajJHalBUc2J6dz09

[5] https://developingchild.harvard.edu/resources/inbrief-science-of-ecd/

[6], [7] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3607807/

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

bojamma

  • Home
  • /
  • Child Development Milestones
  • /
  • Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda
Share:
  • Cara Menyediakan Anak Anda untuk ke Sekolah Rendah
    Partner Stories

    Cara Menyediakan Anak Anda untuk ke Sekolah Rendah

  • Ask The Expert (ATE): Goat’s Milk for Children - Is It Really Easier to Digest?
    Partner Stories

    Ask The Expert (ATE): Goat’s Milk for Children - Is It Really Easier to Digest?

  • Rahsia Ibu Bapa: Cipta Pengalaman Digital Anak yang Menakjubkan!
    Partner Stories

    Rahsia Ibu Bapa: Cipta Pengalaman Digital Anak yang Menakjubkan!

  • Cara Menyediakan Anak Anda untuk ke Sekolah Rendah
    Partner Stories

    Cara Menyediakan Anak Anda untuk ke Sekolah Rendah

  • Ask The Expert (ATE): Goat’s Milk for Children - Is It Really Easier to Digest?
    Partner Stories

    Ask The Expert (ATE): Goat’s Milk for Children - Is It Really Easier to Digest?

  • Rahsia Ibu Bapa: Cipta Pengalaman Digital Anak yang Menakjubkan!
    Partner Stories

    Rahsia Ibu Bapa: Cipta Pengalaman Digital Anak yang Menakjubkan!

Feed

Feed

Get tailored articles about parenting, lifestyle, expert opinions right at your fingertips

Poll

Poll

Participate in interesting polls and see what other parents think!

Photos

Photos

Share the photos of loved ones in a safe, secure manner.

Topics

Topics

Join communities to bond with fellow mums and dads.

Tracker

Tracker

Track your pregnancy as well as baby’s development day-by-day!

theAsianparent

Download our free app

Google PlayApp Store

Mums around the world

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • About Us
  • Privacy Policy
  • Terms of Use
  • Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it