TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

45 Tahun Kahwin, Isteri Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 70 Tahun, Jadi Ibu Tertua Di Dunia

21 Oct, 2021
45 Tahun Kahwin, Isteri Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 70 Tahun, Jadi Ibu Tertua Di Dunia

Seorang wanita berusia 70 tahun lahirkan anak pertama setelah 45 tahun berkahwin sekaligus menjadinnya sebagai ibu tertua di dunia buat masa ini. 

Seorang wanita berusia 70 tahun lahirkan anak pertama setelah 45 tahun berkahwin sekaligus menjadikannya sebagai ibu tertua di dunia buat masa ini. 

Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari, 75, yang telah mencuba berkali-kali untuk menimang cahaya mata akhirnya berjaya pada usia ke-45 tahun perkahwinan mereka.

Kelahiran bayi lelaki itu adalah hasil daripada rawatan IVF yang dibuat oleh dua-dua pasangan itu. 

Lahirkan anak pertama pada usia 70 tahun, wanita ini ternyata tak pernah putus asa

lahirkan anak pertama

kredit: Jam Press Vid/Rare Shot News

Pasangan dari Kampung Mora, Gujarat, India ini ternyata ikon yang patut dicontohi oleh pasangan di luar sana yang masih cuba mendapatkan zuriat supaya tidak berputus asa walau selama mana pun perkahwinan.

Menurut doktor yang membantu dalam rawatan mereka, ketika kali pertama mereka datang, pihaknya sudah menasihatkan peratus untuk mereka berjaya agak kecil kerana usia yang sudah lanjut, bagaimanapun pasangan ini tetap berkeras.

Hasilnya memang lumayan apabila mereka diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri walaupun pada usia ke-45 perkahwinan dan si isteri juga sudah mencecah umur 70 tahun!

Kaedah rawatan kesuburan 

Ada beberapa kaedah rawatan kesuburan yang boleh dicuba oleh pasangan yang sedang cuba mendapatkan cahaya mata. Ia termasuklah:

#1. Intrauterine Insemination (IUI) 

lahirkan anak pertama

IUI adalah semaian benih dalam rahim atau Intrauterine Insemination (IUI) yang juga dikenali sebagai pemanis beradas manakala IVF adalah persenyawaan in-vitro atau bayi tabung uji.

IUI dibuat dengan cara meletakkan sperma suami yang bergerak pantas ke dalam rahim isteri semasa ovulasi. Ia melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma yang bergerak cepat dari sperma kurang bergerak atau tidak bergerak. Tiub fallopian mestilah normal dan tidak tersumbat untuk IUI.

Kadar kejayaan IUI:

Kadar kejayaan IUI bergantung kepada punca Infertiliti, umur pasangan dan ubat kesuburan yang digunakan untuk merangsang perkembangan telur. Secara umumnya :

  •  wanita <35 tahun : 15-20 %
  • wanita 35-39 tahun : 10%
  • wanita 40-42 tahun : 4.7%
  • wanita 43-44 tahun : 1.2%

#2. Persenyawaan in vitro (IVF)

lahirkan anak pertama

Persenyawaan in vitro atau IVF yang sebenarnya bermaksud ‘persenyawaan di kaca’ adalah sinonim dengan istilah ‘bayi tabung uji’. Semasa proses IVF, telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Embrio tersebut kemudiannya diletakkan di dalam rahim wanita.

Kadar kejayaan IVF:

Kadar kejayaan IVF secara umum:

  • wanita <35 tahun : 29%
  • wanita 35-37 tahun : 23%
  • wanita 38-39 tahun : 15%
  • wanita 40-42 tahun : 9%
  • wanita 43-44 tahun : 3%
  • wanita> 44 tahun : 2%

#3. Suntikan sperma intra-cytoplasmic (ICSI) 

Suntikan sperma Intra-cytoplasmic (ICSI) melibatkan menyuntik satu sperma terus ke dalam telur untuk pensenyawaan. Telur yang tersenyawa itu (embrio) kemudiannya dipindahkan ke rahim wanita. ICSI bukan jaminan bahawa persenyawaan akan berlaku.

ICSI sering digunakan jika:

  • Suami mempunyai jumlah sperma yang rendah
  • Masalah lain dengan sperma seperti rupa bentuk morfologi yang tidak normal (bentuk yang luar biasa) 
  • IVF gagal menghasilkan persenyawaan
  • Suami telah menjalankan vasectomy. Sperma dikeluarkan dari buah zakar atau epididimis (takungan air mani).
  • Suami tidak apa-apa ejakulasi sperma tetapi sperma telah dikumpul daripada buah zakar
  • Suami mempunyai masalah mendapatkan ereksi dan ejakulasi. Ini termasuk orang-orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang, diabetes dan lain-lain.

Pengulangan kaedah rawatan kesuburan

Rawatan IUI boleh diulang sehingga 3 kali (bergantung kepada umur dan faktor infertiliti pasangan). Lazimnya kejayaan berlaku pada 3 cubaan awal IUI.

Kajian klinikal mendapati bahawa kadar kejayaan IUI adalah 16.4 % bagi setiap kitaran untuk tiga percubaan pertama.

Bagaimanapun, pada kitaran 4 hingga 6, kadar kejayaan menurun dengan ketara dan hanya tinggal 5.6 %. Kejatuhan drastik kadar kejayaan selepas tiga percubaan IUI adalah sebab utama rawatan IVF disyorkan.

Tetapi perkara ini juga ada kaitannya dengan punca ketidaksuburan. Jika ia melibatkan dual factor iaitu suami dan isteri mempunyai masalah kesuburan, IVF merupakan opsyen yang lebih baik dengan peratusan kejayaan yang lebih tinggi berbanding IUI.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Jam Press Vid/Rare Shot News

Stories Rakan Kongsi
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin

Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!

Baca juga: Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 45 Tahun Kahwin, Isteri Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 70 Tahun, Jadi Ibu Tertua Di Dunia
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham