Ramai yang tunggu hari saja untuk bersalin. Jadi anda mesti sedang mencari tips bersalin tanpa koyak, jahit dan bukaan cepat untuk memudahkan perjalanan bersalin anda.
Memang banyak pengalaman yang dikongsikan di blog dan sebagainya, tetapi mungkin ada daripada anda yang ingin tahu daripada pengalaman ibu-ibu sendiri yang baru melahirkan.
Membaca pengalaman sendiri daripada ibu-ibu mungkin lebih menyakinkan anda untuk menghadapi saat bersalin nanti. Jadi ikuti perkongsian daripada ibu-ibu sendiri yang memberikan tips mereka.
Tips bersalin tanpa koyak, bukaan pun cepat!
Topik ini mungkin biasa anda baca, tetapi jika ia daripada pengalaman sendiri ibu-ibu ia mungkin lebih membuatkan anda bersedia kerana ibu-ibu itu sendiri yang berkongsi pengalaman mereka.
Antara tips yang diberikan termasuklah:
#1. Set minda terima rasa contraction
Anda dinasihatkan set minda untuk terima rasa contraction. Bila kesakitan datang, jangan keraskan badan. Apabila sampai waktu meneran, akan merasai contraction yang panang iaitu lebih 50 saat bukan 30 saat. Teran apabila contraction yang panjang itu berlaku.
Ketika meneran, tekan punggung di katil. Elakkan meronta kerana hanya akan buat anda penat dan babyi 'keluar masuk'.
Hairol Nadia : Mula2 kena set minda diri boleh trima rasa contraction.. Bila sakit dtg jgn lawan, jgn keraskn bdan.. Layan bca doa Nabi yunus mintak diringankn sakit, DiPermudahkn smua.. Minta ampun ngan Allah..bila dah sampai masa mneran..dia akn rsa contraction yg pnjg.. 50second like that la lbih kurg.. Bukn yg 30 second.. Bg sya la.. Baru teran.. Sambil teran sambil tekan punggung di katil.. Bila mai sakit ni kdg x bolh n fikir dah ngan waras.. Kdg tindakan dri kita di luar kawalan mcm mnjerit2 meronta2 tu hnya akn buat dri penat, stress baby kluar masuk.. Fokus teran follow arahan.. Jgn kan bby 1st no 3 4 pun Klu x bolh ikut arahan x leh kontrol atau lma Sgt mmg dorg gunting nk mudah cpt proses.
#2. Perbanyakkan baca surah Al - Fiil
Irmayati Busrion: Perbanyakkan bc surah al fiil,jd membuka semua lubang laluan,saat teran,bersolawat bnyk bnyk,dn zikir lah dlm hati,jgn hembus napas keluar atau menjerit..bila terasa sangat sakit, sentiasa bergantung kn harapan dn kekuatan kpd Allah,in Shaa Allah..semua baik baik sj dn tdk akan pernah di gunting dn jahit!
#3. 10 cm baru teran, teran ketika ada contraction, jangan keluarkan suara
Anis Amer: Apa yg sy praktikkan, 10cm baru teran Teran masa ada contraction Ikut arahan Dr perlu teran ka curi nafas ka Penting utk curi nafas Penting jgn keluar suara Kepala angkat dagu di dada Tgn pegang buku lali/betis Jgn angkat bontot
#4. Kerap bersama suami dengan posisi doggy

sye bru lepas bersalin 6/10. bersalin 39w 4d. bby 3.5kg. normal tak koyak, sye bagi tips, sis kne selalu bersama dngn suami di posisi doggy maaf agak lucah tapi ni real, bgi sye minum air kelapa muda sehari 2 atau 3 kali rajin kan berjalan buat workout insyaallah allah akan permudahkan lepas tu selawat ayat dlm gmba ni amal kan insyaallah senang jalan nak semoga bermanfaat utk smua aamiin
#5. Makan sayur bendi

Siti Fatimah: Kerapkn mkn sayur bendi..lendir bendi memudahkan tuk bersalin..buatlah singgang bendi ke
#6. Banyakkan berjalan, turun naik tangga

C'Lynn Jeswel: Banyakkan berjalan sis..sy pun dh slamat bersalin 38 week 4 days tanpa koyak 12/10
#7. Jangan angkat punggung waktu meneran
Ini memang biasa kita dengar dan baca. Paling senang minta midwive ingatkan anda jangan angkat punggung sebab dalam keadaan sakit kadang kala anda tak perasan sama ada anda angkat punggung atau sebaliknya.
Zara Rania: Jgn angkat punggung wktu meneran...
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu
Baca juga: Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?
Baca juga: Elak Buat Persediaan Bersalin Pada Last Minute, Ini 3 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Tahu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!