X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik

4 min bacaan
Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik

Kesihatan bayi baru lahir perlu dititikberatkan kerana ia melalui banyak proses perubahan persekitaran sejak dari dalam rahim ibu

Kelahiran cahaya mata adalah momen terindah yang pasti semua para ibu bapa ingin merasainya. Tidak lengkap sesebuah rumah tangga tanpa penyeri anak sebagai tanda rasa cinta dan sayang antara pasangan. Khususnya kepada pasangan muda yang masih menunggu hari kelahiran si kecil. Apa yang perlu kita fahami tentang kesihatan bayi baru lahir?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pembentukan otak pada kesihatan bayi baru lahir
  • Kadar oksigen yang mendadak tinggi
  • Perubahan yang berlaku memberikan impak terhadap kesihatan bayi
  • Kelahiran normal vs kelahiran caeser

Kesihatan bayi baru lahir, pembentukan kepala dan otak

kesihatan bayi baru lahir

Bayi yang baru lahir mempunyai bentuk kepala yang unik dan menakjubkan. Ini kerana, organ pertama yang keluar dari rahim ibu semasa proses kelahiran adalah kepala bayi.

Tolakan dan herotan kepala bayi dari saluran faraj ibu dilakukan silih berganti untuk mengeluarkan keseluruhan tubuhnya. 

Dari segi kesihatan bayi baru lahir khusus bagi pembentukan otak, kajian telah dilakukan melalui imbasan MRI sebelum dan semasa bersalin.

Gambar di bawah menunjukkan bentuk otak bayi sebelum proses kelahiran (warna ungu A, C, E) dan peringkat kedua kelahiran (warna jingga B, D, F).

kesihatan bayi baru lahir

Tengkorak bayi sangat fleksibel dan ia boleh berubah mengikut keadaan termasuklah organ otak juga. Berbentuk seakan-akan “sugarloaf”  atau kon memanjang dengan hujung yang bulat membolehkan bayi untuk melalui saluran pelvis dengan mudah. 

Bukan itu sahaja otak mereka akan terus berkembang secara bertahap dalam beberapa tahun setelah dilahirkan. Oleh itu, dalam tempoh tersebut adalah sangat wajar ibu memberikan bayi makanan yang berkhasiat untuk menggalakkan proses perkembangan otak mereka. 

Kadar oksigen yang semakin meningkat

Sebelum proses kelahiran, darah akan menyingkirkan bahan buangannya melalui plasenta. Manakala nutrien dan oksigen yang datangnya dari ibu akan dibekalkan kepada bayi.

Untuk pengetahuan anda, bayi dalam kandungan hanya memerlukan tahap oksigen yang rendah kerana dia membesar dalam persekitaran yang dipenuhi air ketuban. Inilah sebabnya mereka tidak bernafas melalui mulut dan hidung ketika dalam kandungan. 

Bayi yang belum lahir melalui proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan ibu melalui uri dan tali pusat. Seterusnya, darah ibu beredar melalui uri lalu membawa nutrien untuk bayi.

Malah, uri yang bersambung di dinding rahim dan tali pusat juga turut bersambung pada bayi. Jadi secara tidak langsung bayi mendapat oksigen melalui pernafasan ibunya ketika dalam kandungan. 

Hal ini jelas, mengapa bayi yang baru dilahirkan berpotensi untuk terdedah kepada bahaya. Ini kerana, mereka melalui peralihan paras oksigen yang cukup berbeza dari sebelumnya.

Kesan yang biasanya berlaku akibat proses ini adalah seperti kekuningan sementara pada kulit bayi dan gejala  ringan yang lain.

Perubahan yang berlaku memberikan impak terhadap kesihatan bayi

bayi baru lahir

Perubahan demi perubahan yang berlaku sebelum dan selepas proses bersalin memberi impak kepada bayi. Contohnya seperti kelahiran pramatang atau komplikasi lain. Setiap bayi berbeza dalam mengadaptasi dengan keadaan baru di sekelilingnya. 

Oleh itu penjagaan yang rapi perlu dilakukan untuk memastikan risiko boleh diminimumkan dan seterusnya tahap kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik. 

Kelahiran normal vs kelahiran caeser

Sudah tahun 2022, tetapi pasti ramai bakal ibu di luar sana kadang kala dalam dilema untuk memilih untuk bersalin secara normal atau caeser. Apa pun pilihan, anda pastinya mengharapkan ia berjalan dengan lancar dan selamat.

Ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang kehamilan mempunyai peluang yang tinggi untuk bersalin normal. Namun disebabkan oleh beberapa faktor, kelahiran caeser adalah mungkin jalan terbaik untuk ibu dan anak.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Kedua-dua jenis cara bersalin sama ada secara normal atau pembedahan caesarean tetap mempunyai risiko yang tersendiri. Tambahan pula, amat sukar untuk meramalkan apa yang bakal terjadi menjelang hari kelahirannya nanti.

abc.net, sinar harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Petua Untuk Bayi Lahir Dengan Kulit Yang Cerah Dan Bebas Masalah Kulit

Baca juga: Ini Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Selepas Bayi Lahir, No.3 Paling Penting

Baca juga: Bayi Lahir Kecil Sebab Ibu Hamil Tak Cukup Zat, Hb Rendah! Pastikan Anda Ambil Makanan Berkhasiat Ya Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham