X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ada Anak Atau Tiada Anak Adalah Ujian Daripada Allah, Tetaplah Bersyukur Seadanya!

4 min bacaan
Ada Anak Atau Tiada Anak Adalah Ujian Daripada Allah, Tetaplah Bersyukur Seadanya!Ada Anak Atau Tiada Anak Adalah Ujian Daripada Allah, Tetaplah Bersyukur Seadanya!

Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki anak. Kehadirannya boleh menjadi penyejuk hati dan ujian buat ibu ayah

Bagi suami isteri yang baru atau sudah lama berkahwin, tentu sahaja anda berasa teruja untuk memiliki cahaya mata. Mana tidaknya anak adalah rezeki dari Allah yang mampu menjadi pelengkap dalam kehidupan berumah tangga.

Walau bagaimanapun tidak semua pasangan bernasib baik dalam mengharungi perjalanan sepanjang menjadi suami isteri. Bagi yang lambat dianugerahkan anak, anda mungkin terpaksa menahan pelbagai soalan ‘panas’ dari orang sekeliling seperti: ‘merancang ke?’ ‘eh, belum mengandung lagi. Yang dah kahwin haritu sudah pregnant kot!’ ‘Tak cuba ke pergi ke check kesuburan?’

Anak adalah rezeki dari allah

anak adalah rezeki dari allah

credit to sources

Meskipun agak berat untuk menerima ketentuan ini, anda dan pasangan terpaksa kuatkan semangat bagi menghadapinya. Percayalah apa yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Sebagai manusia biasa, kita hendaklah berusaha dan sentiasa bersangka baik akan aturan yang sudah ditetapkan. Anak adalah rezeki.

Dalam rezeki yang Allah berikan ini, ibu ayah juga dihadirkan dengan pelbagai ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dianugerahkan rezeki anak juga perlu bersedia dengan segala dugaan dalam membesarkannya menjadi insan berjaya dunia akhirat.

Untuk anda yang masih belum ada anak, mungkin inilah yang terbaik pada waktu ini. Mungkin sahaja anda belum mampu diuji dengan cabaran ada anak. Membesarkan anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi, perhatian dan kasih sayang sebaiknya.

Ujian setiap orang adalah berbeza-beza. Masing-masing akan diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya kerana Allah ingin melihat sejauh mana hati anda dapat menahan sabar serta tabah dalam mengharungi sesuatu ujian yang datang.

Justeru untuk ibu ayah sudah memiliki zuriat, usahlah memandang rendah terhadap pasangan yang masih belum lagi dikurniakan zuriat. Usah mencederakan perasaan mereka dengan menanyakan pelbagai soalan, sindiran atau gurauan yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya berdoalah agar mereka segera dipermudahkan urusan untuk memiliki yang diidamkan. Cepat atau lambat dengan izin Allah pastinya tiada yang mustahil.

Sentiasa bersangka baik dengan takdir hidup

perkahwinan tanpa anak

credit to sources

Ramai yang tidak menyedari bahawa setiap fasa mendidik dan membesarkan anak-anak perlu melalui pelbagai rintangan. Ibu ayah hendaklah sentiasa positif, hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara terbaik buat hambaNya.

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216)

Jadi, tetaplah untuk tenangkan hati dan berfikiran positif. Jika rasa terlalu penat melayan karenah anak-anak di rumah, ambil lah angin luar buat sementara waktu atau tarik nafas dan hembus secara perlahan.

Ingat nilai akhirat adalah jauh lebih besar dari nilai dunia. Ada anak atau tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.

Anak adalah rezeki dari Allah, dia juga anugerah, amanah dan ujian kepada ibu bapa

Kelahiran seseorang anak dianggap sebagai satu anugerah yang tidak terhingga daripada Yang Maha Esa. Ini kerana setiap kehadirannya sudah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah S.W.T seperti firmanNya:

”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah dosa besar.” (Surah al-Isra’ ayat 31)

anak adalah rezeki dari allah

foto: AIA

Bukan itu sahaja, anak juga merupakan ujian buat seluruh ibu bapa termasuklah memiliki anak istimewa. Mereka perlu dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna. Ini kerana persekitaran luar mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak sama ada baik atau buruk. Firman Allah S.W.T:

”Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal ayat 28).

Kesimpulannya, setiap hamba Allah di dunia ini tidak akan terlepas dari sebarang ujian. Apalah sangat ujian tidak dikurniakan zuriat berbanding mereka yang diuji dalam membesarkan anak.

Justeru tidak payah susah hati fikir pasal anak. Ada anak belum tentu mereka besar nanti boleh menjaga kita. Kalau Allah sudah bagi suami, itu pun sudah patut bersyukur sangat!

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Mum Shares A Trick On How She Feeds Her Child Supplements And It Will BLOW Your Mind
Mum Shares A Trick On How She Feeds Her Child Supplements And It Will BLOW Your Mind
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Isteri Kuat Membebel Di Rumah, Suami Kena Tenang Bukannya Sama Naik Beremosi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ada Anak Atau Tiada Anak Adalah Ujian Daripada Allah, Tetaplah Bersyukur Seadanya!
Kongsikan:
  • Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

    Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

  • Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

    Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

    Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

  • Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

    Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.