X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

5 min bacaan
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

Jangan pernah rasa rendah diri kerana anda lebih berisi. Semua jenis bentuk badan mempunyai keunikan tersendiri!

Sering kita dengar ibu-ibu mengeluh saat selepas melahirkan anak. Bentuk badan yang berubah serta merta, baik di bahagian perut mahupun anggota badan lain yang tampak lebih berisi dari sebelum ini. Malah apabila anak kerap menyusu, badan ibu sentiasa memerlukan tenaga. Lantas selera makan yang bertambah membuatkan si ibu sukar untuk mengurangkan berat badan atau melalui fasa diet. 

Tapi, ingatlah ibu-ibu semua, anda selayaknya perlu bangga dengan badan anda ini kerana badan itulah yang telah mengharungi pelbagai rintangan dari mengandungkannya 9 bulan hinggalah saat kelahiran. Perubahan badan anda merupakan kisah perjalanan anda ke alam keibuan. Jangan pernah rasa rendah diri disebabkan anda kini lebih berisi. 

Kenali bentuk badan anda untuk anda fahami apa yang anda perlukan. Terdapat pelbagai jenis bentuk badan yang menawan dan setiap bentuk badan mempunyai pelbagai cara untuk menyesuaikannya, bukanlah satu saiz muat dengan semua. Anda perlu bijak menggayakan pemakaian anda untuk menyerlahkan siluet badan anda yang menawan.

4 Jenis bentuk badan wanita & tips penggayaan

bentuk badan wanita

#1. Epal 

Ciri-ciri

Berkaki runcing, berdada bidang, lebih berat pada bahagian perut dan bahagian atas badan. Kebanyakan wanita dengan bentuk badan ini mempunyai bahu yang bidang. 

Aset Terbaik

Apabila bahagian atas anda lebih berisi, ia memberi siluet kaki yang lebih seksi! Jadi fokus pada bahagian kaki dengan penggayaan yang serasi. 

bentuk badan wanita

Tip Penggayaan 

Anda mesti mahu menyerlahkan pinggang anda kerana anda membawa lebih banyak berat pada bahagian atas badan. Jean berpotongan slim atau skirt berpotongan pensel akan tampak cantik dipadankan dengan top potongan leher V atau stail oversized untuk memberikan ilusi dada yang lebih kecil dan leher yang panjang. Jika anda inginkan gaya lebih berani, gaun mengikut bentuk badan dan potongan garis A juga memberi siluet kemas.

Kata Penata Gaya Selebriti, Muzammin Muzlan, elakkan penggunaan fringe, labuci atau manik pada bahagian atas badan. Perincian yang sarat hanya akan menampakkan badan anda lebih penuh. Minimalis adalah kunci siluet menawan bentuk badan epal. 

#2. Hourglass

Ciri-ciri

Bentuk badan wanita sebegini adalah pada bahagian atas dan bawah yang berisi, tapi pinggangnya cukup kecil. Selain bentuk badan pir, ini adalah bentuk badan yang paling ramai dimiliki wanita. 

Aset terbaik

Tidak dinafikan pinggang yang kecil secekak menjadi daya tarikan badan jenis ini. Fokus pada bahagian pinggang dapat memberikan siluet badan tampak lebih menarik.

bentuk badan wanita

Tip penggayaan

Retro look menjadi pilihan tepat untuk bentuk badan ini. Gaun ketat diatas dan lebih beralun dibawah dapat menyerupai bentuk badan asli anda. 

Baju peplum juga dapat menyerlahkan lagi bentuk badan hourglass ini. Bahagian pinggang yang terbentuk akan menyerlahkan lagi potongan antara pinggang anda yang kecil dan pinggul anda yang berisi.

Gaun sendat dan top mengikut bentuk badan yang dipadankan dengan jeans high waisted dapat memberi siluet hourglass yang cukup sempurna. 

#3. Pir

Ciri-ciri

Bentuk badan pir ini adalah bentuk badan klasik bagi wanita yang bersaiz besar. Ciri badan ini lebih berisi di bahagian bawah, manakala bahagian atas tampil lebih kecil dan polos. 

Aset terbaik

Sudah tentunya bahagian pinggul yang besar menjadi aset yang terbaik buat anda! Jadi anda mempunyai banyak pilihan untuk padankan penggayaan anda agar pinggul anda tampak serasi dengan keseluruhan badan. 

Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

Tip Penggayaan

Pemakaian jeans untuk bentuk badan ini boleh mengelirukan. Ini kerana pinggang anda akan bersaiz lebih kecil dari pinggul. Jadi sentiasa pilih celana yang bergetah atau fleksibel untuk fit yang lebih selesa.  

Dalam penggayaan, tidak semestinya semua bahagian badan yang besar perlu dikecilkan. Dalam situasi ini anda boleh padankan top yang berstruktur untuk dipadankan dengan pinggul yang besar. Barulah tampak lebih serasi. Baju yang berleher potongan perahu juga boleh memberi tumpuan yang kemas pada bahu anda. 

Anda juga boleh gayakan skirt atau seluar yang bercorak menegak agar dapat memberi siluet yang tampak lebih tinggi. Elakkan corak melintang pada bahagian bawah, namun boleh dicuba pada bahagian atas badan. Corak bunga-bunga besar juga tampak cantik di bahagian atas.

Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

#4. Segi empat tepat 

Ciri-ciri

Bentuk badan ini seperti namanya, ia sejenis badan yang tidak terbentuk kerana bahagian atas, pinggang dan pinggul yang agak sama. 

Aset terbaik

Dimensi badan yang mudah dieksperimentasi. 

Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

Tip Penggayaan 

Untuk memberi lebih dimensi pada badan, gaun shift dapat menghasilkan siluet penuh. Tambahkan dengan aksesori seperti rantai dempak untuk menarik perhatian pada bahagian atas badan. 

Mainan warna dapat memberikan effect positif pada dimensi badan. Padanan top dan bottom berwarna kontra secara tidak langsung menghasilkan definisi pada bahagian pinggang. 

Anda boleh gayakan top yang lebih berstruktur atau oversized dengan skinny jeans. Atau skirt berpotongan lurus dengan top yang lebih ketat atau fitting. 

Bentuk badan yang lebih berisi kini bagaikan satu trend, jadi anda cukup bertuah mempunyai siluet badan yang montok! 

Tampil bergaya dengan Ms. READ!

Ms. READ adalah butik pakaian khusus untuk wanita berisi. Di butik ini tersedianya pelbagai fesyen/stail sesuai untuk digayakan ke pejabat, aktiviti seharian dan majlis-majlis tertentu. Hadir dengan saiz UK12 hingga UK24!

Untuk tampil lebih yakin dengan imej bergaya baru, anda boleh membeli belah di Ms. READ secara atas talian atau di butik mereka. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ms. READ klik di sini!

Eksklusif untuk pengguna the Asian parent

  • 200 pengguna/pembaca the Asian parent yang pertama berbelanja RM250 di atas talian akan menerima sebuah flask edisi terhad Ms. READ bernilai RM75. Gunakan kod TAP20 ketika daftar keluar. 
  • 100 pengguna/pembaca the Asian parent yang pertama berbelanja RM250 di butik Ms. READ yang terpilih di Lembah Klang akan menerima 1x RM20 baucar dan 1x item percuma** sekiranya anda mendaftar untuk keahlian. Hanya paparkan artikel ini di kaunter. 

*Antara butik Ms. READ yang terpilih adalah: IOI City Mall, Alamanda Shopping Centre, AEON Shah Alam, Empire Shopping Gallery, Melawati Mall, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Village 2 and 1 Utama (New Wing).
** Sementara stok masih ada
** Hanya layak untuk pendaftaran keahlian baru sahaja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Kongsikan:
  • Stres Suami Mula Beralih Hati Lepas Berat Badan Naik, Atasinya Dengan Rawatan Kuruskan Badan

    Stres Suami Mula Beralih Hati Lepas Berat Badan Naik, Atasinya Dengan Rawatan Kuruskan Badan

  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Stres Suami Mula Beralih Hati Lepas Berat Badan Naik, Atasinya Dengan Rawatan Kuruskan Badan

    Stres Suami Mula Beralih Hati Lepas Berat Badan Naik, Atasinya Dengan Rawatan Kuruskan Badan

  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.