Kadar nadi dan degupan jantung normal menandakan bahawa fungsi jantung anda berada di dalam keadaan yang baik serta tahap kesihatan kardiovaskular yang optimum. Degupan nadi normal bagi dewasa berada di antara lingkungan 60 ke 100 denyutan seminit.
Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa cara yang paling senang untuk memeriksa tahap kesihatan setiap individu adalah dengan menggunakan dua jari. Meskipun kebanyakan individu mengetahui tentang kadar degupan jantung yang normal dan denyutan nadi mereka sepanjang hari, namun tidak semua orang mengetahui tentang kadarnya ketika ‘berehat’.

Tapi persoalannya, untuk bayi dalam kandungan pula bagaimana?
Jangan risau ibu ayah, kami di sini akan menerangkan dan mencurahkan beberapa ilmu tentang degupan jantung bayi yang perlu anda ketahui. Terutamanya untuk bakal ibu yang pertama kali hamil, mungkin masih ‘blur’ dan tidak tahu bagaimana cara untuk cek, bukan?
Tak mengapa, boleh mula belajar dan selepas ini tak perlu bimbang lagi.
Bila Boleh Dengar Degupan Jantung Bayi?
Jantung bayi anda akan mula berdegup 3 minggu selepas persenyawaan. Walau bagaimanapun, degupan jantung normal bayi selalunya hanya boleh dapat dilihat pada minggu ke-6 kehamilan.
- Pada minggu ke 6: 100 -120 denyutan seminit. Kadar denyutan ini seterusnya akan meningkat 2-3 minggu kemudian.
- Pada minggu ke 9 – 10: 170 denyutan seminit. Kadar denyutan ini kemudiannya akan menurun perlahan-lahan pada minggu keseterusnya.
- Pada minggu ke 14: 150 denyutan seminit
- Pada minggu ke 20: 140 denyutan seminit
- Bila bayi cukup bulan: 130 denyutan seminit
Kadang-kala jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 – 160 denyutan seminit ya, ibu ayah. Boleh catit dalam buku nota jika tak mampu untuk mengingati fakta ini. Bukan apa, bolehlah monitor lepas ini sama ada degupan jantung si manja di dalam kandungan normal atau sebaliknya.
Pemantauan kadar denyutan jantung janin atau ‘fetal heart monitoring’ adalah prosedur untuk mengukur degupan jantung dan irama bayi dalam kandungan (janin). Ini membolehkan doktor melihat bagaimana keadaan bayi anda pada saat itu.

Pemantauan itu mungkin dilakukan semasa lewat kehamilan dan ketika prosedur bersalin berlangsung. Untuk pengetahuan umum, denyutan jantung janin secara purata adalah antara 110 dan 160 degupan seminit. Ia boleh berubah-ubah antara 5 hingga 25 denyutan seminit.
Perubahan berlaku ketika bayi bertindak balas terhadap keadaan di dalam rahim para ibu. Sebab itulah jika kadar denyutan janin tidak normal, perkara itu mungkin memberikan bahawa bayi anda tidak mendapat cukup oksigen atau mempunyai masalah lain.
Mengenai Degupan Jantung Janin
Untuk pengetahuan ibu ayah, perkembangan jantung janin adalah berbeza pada setiap tahap. Contohnya pada perkembangan jantung janin tahap satu, pembentukan tabung dan detak jantung terjadi ketika itu.
Pada usia kehamilan sebulan atau 4 minggu setelah terjadinya pembuahan, biasanya detak jantung janin belum dapat terdengar walaupun jantung sudah mula berkembang.
Perlu diketahui, di tahap perkembangan ini, sebuah tabung hati yang menjadi cikal bakal jantung janin akan membelah untuk membentuk dua bahagian, jantung dan katup. Manakala pada minggu ke-5 kehamilan biasanya suara detak jantung janin sudah mula terdengar.
Jika anda belum boleh mendengar jantung, tiada apa-apa dan jangan risau, ini kerana biasanya detak jantung baru akan terdengar dengan lebih jelas setelah memasuki usia kehamilan minggu ke-12. Sementara itu pada minggu ke-6 usia kehamilan, perkembangan jantung janin sampai pada pembentukan 4 rongga jantung iaitu:
- sinus venesus
- atrium primitif
- ventrikel primitif
- bulbus kordis
Kebiasanya jantung janin akan berdetak selama 110 kali/minit.
Pada minggu ke-9 dan 10, jumlah detak jantung janin akan meningkat menjadi 150-170 detak/ minit. Ini hampir dua kali ganda dari detak jantung orang dewasa normal.
Namun selepas minggu 9 dan 10, denyutan jantung janin akan berkisar 110-160 detak/minit. Pada masa inilah doktor akan mula memasang alat ultrasound (USG) genggam yang disebut doppler di perut si ibu untuk memastikan dan mencatat suara dari detak janin.
Ultrasound Pertama: Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu?

Kadang-kadang di antara usia kehamilan 6 hingga 9 minggu, doktor akan melakukan ultrasound pada perut ibu hamil. Hal ini dilakukan sebagai pengesahan kehamilan pada masa trimester pertama ini.
Apabila pertumbuhan dan perkembangan jantung janin berada di dalam keadaan yang baik, ibu hamil akan mendengar detak jantung bayi untuk pertama kali di usia kehamilan 9 minggu. Kelajuan detak jantung janin sekitar 170 detak/minit.
Apa Yang Berlaku Jika Ibu Hamil Tidak Mendengar Degupan Jantung Bayi?
Pemantauan degupan jantung normal janin sangat membantu jika kandungan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi. Kehamilan akan dikategorikan sebagai berisiko jika para ibu adalah seorang yang menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi. Ia juga berisiko tinggi jika bayi tidak berkembang atau membesar sebagaimana yang sepatutnya.
Prosedur pemantauan kadar denyutan jantung janin mungkin digunakan untuk memeriksa bagaimana ubat-ubatan bersalin pramatang mempengaruhi bayi anda. Ubatan tersebut digunakan untuk membantu mengekalkan proses bersalin agar tidak berlaku terlalu awal.
Tapi apa yang berlaku jika para ibu masih tidak mendengar degupan jantung bayi?
Untuk pengetahuan anda, kadar degupan jantung bayi di dalam kandungan yang tidak teratur, merupakan salah satu tanda berkemungkinan tidak lagi berlaku suatu gangguan pada proses kehamilan. Namun, ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- Kelemahan jantung bayi
- Kelainan jantung bayi
- Keterbatasan alat perubatan
- Mahupun tanda-tanda proses keguguran tahap awal
Apa Alat-Alat Yang Digunakan?
Para ibu sebenarnya boleh mendengar degupan jantung bayi semasa lawatan pranatal, atau boleh juga dilakukan di rumah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyelesaian cepat dan mudah yang selamat untuk bayi dan ibu, serta beberapa penyelesaian yang disyorkan oleh doktor untuk anda elakkan.
Berikut adalah ringkasan tentang peranti paling biasa yang boleh anda gunakan untuk cuba mendengar degupan jantung bayi anda semasa kehamilan.
- Stetoskop.
- Fetoskop.
- Tanduk Pinard.
- Penguat.
- Doppler.
- Monitor Janin.
Peranti yang paling mudah dan paling murah ialah stetoskop atau fetoskop. Stetoskop tersedia dengan lebih meluas, tetapi fetoskop direka khas untuk mendengar bayi, menjadikannya lebih mudah untuk mendengar degupan jantung si manja di dalam kandungan.
Adakah Pemantauan Kadar Degupan Jantung Janin Selamat?

Ini adalah salah satu perkara penting yang perlu diketahui oleh bakal parents di luar sana.
Menggunakan stetoskop, fetoskop atau tanduk Pinard tidak menimbulkan risiko fizikal. Manakala, Doppler janin di rumah berpotensi menyebabkan kemudaratan jika digunakan secara berlebihan, dan ia tidak disyorkan oleh FDA. Penggunaan monitor janin biasanya terhad kepada hospital atau tetapan amalan perubatan.
Untuk penggunaan mana-mana alat/peranti ini, terdapat potensi risiko kecederaan emosi atau psikologi. Ini berlaku apabila anda tidak mendengar degupan jantung bayi atau apabila sukar ditemui. Ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan tekanan yang tidak wajar, yang tidak baik untuk anda semasa kehamilan.
Jadi, adalah lebih baik untuk anda ‘refer’ terus kepada pakar sahaja. Jika ada apa-apa yang berlaku atau persoalan tentang degupan jantung normal, bolehlah terus diajukan kepada pakar pada ketika itu.
Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat buat para ibu ayah di luar sana.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Benarkah Jantina Bayi Boleh Dikesan Melalui Degupan Jantung Bayi Semasa Dalam Kandungan?
Baca Juga: Jantung Bayi Berbunyi ‘Murmur’: Ini Punca, Gejala & Rawatan
Baca Juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!