X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Plasenta Dijangkiti Covid-19, Ibu Hamil Keguguran Selepas Demam Panas & Sakit Tubuh

4 min bacaan
Plasenta Dijangkiti Covid-19, Ibu Hamil Keguguran Selepas Demam Panas & Sakit Tubuh

Serangan Covid-19 masih belum reda sehingga menyebabkan wanita keguguran pada minggu kehamilan trimester kedua. Kisah kehilangan ini cukup menyedihkan!

Perjalanan kehamilan pastinya berhadapan pelbagai onak duri. Namun, setiap yang terjadi mampu memberikan ingatan sepanjang hayat bagi wanita bergelar ibu. Setiap minggu kehamilan ditempuhi dengan penuh rasa sabar demi melahirkan zuriat buat pasangan tercinta.

Walau bagaimanapun, tidak semua kehamilan berakhir dengan kebahagiaan kerana ia berisiko meragut nyawa, komplikasi kelahiran atau bayi pramatang.

Keguguran minggu kehamilan trimester kedua

keguguran minggu kehamilan kerana covid-19

Tidak siapa meminta untuk diduga dengan kehilangan bayi yang dikandung selama berpuluh-puluh minggu kehamilan tapi meninggal dunia sekelip mata.

Menurut beberapa pakar perbidanan Amerika Syarikat ketika wabak Coronavirus melanda negara berkenaan, angka kelahiran bayi berlaku peningkatan.

Akan tetapi, kisah yang dihadapi oleh pesakit positif Covid-19 ini sangat menyentuh jiwa apabila berlakunya jangkitan virus pada plasenta.

Berdasarkan laporan dalam Journal of the American Medical Association, bayi baru lahir berkenaan menerima tekanan janin dan kelahiran mati (stillbirth) selepas berlaku kontraksi akibat jangkitan plasenta oleh Covid-19

“Kes keguguran ini berlaku sejak wanita berkenaan berada trimester kedua kehamilan disahkan positif Covid-19. Kemudiannya, muncul masalah jangkitan plasenta dengan SARS-CoV-2 dan ia disokong oleh penemuan virologi pada plasenta,” kata para penyelidik.

Minggu kehamilan pada trimester kedua wanita berkenaan kemudiannya dibawa untuk rawatan lanjut apabila mengalami simptom seperti demam panas 102.5 darjah Celsius, sakit otot, keletihan, sukar menelan makanan, cirit-birit dan batuk kering.

Keadaan semakin buruk

minggu kehamilan berakhir keguguran

Doktor mendapati dia telah positif Covid-19 dan diberikan ubat bagi menghilangkan rasa sakit. Namun, dua hari kemudian dia telah kembali ke hospital yang sama kerana mengalami sakit kontraksi teruk, demam dan tiada sebarang petanda dirinya semakin pulih.

Setelah 10 jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, dia berjaya mengeluarkan bayi tidak cukup bulan. Walaupun ujian pemeriksaan mendapati dirinya positif Covid-19, darah dan cecair faraj yang diambil ketika bersalin menunjukkan hasil negatif.

Para doktor juga bekerjasama mengumpul sampel cecair dari mulut, ketiak, najis serta darah bayi dalam beberapa minit selepas kelahiran dan hasilnya juga negatif.

Setelah diselidik secara terperinci, dua sapuan dan biopsi yang diperoleh dari permukaan janin plasenta yang dekat dengan tali pusat diuji positif untuk Covid-19.

Penemuan ini menunjukkan bahawa keguguran yang berlaku pesakit Covid-19 ini mungkin disebabkan oleh jangkitan virus plasenta. Para penyelidik menyimpulkan bahawa janin tidak dijangkiti, tetapi ia menyerang ibu dan plasenta. Mereka juga tidak dapat mengenal pasti kemungkinan penyebab keguguran lain.

“Kehadiran virus ini bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan ketika janin dalam proses perkembangan dan hanya memerlukan masa yang singkat untuk menjangkiti tubuh ibu. Sama ada SARS CoV-2 berjaya melintasi penghalang plasenta atau tidak, ia memerlukan siasatan lebih lanjut.” Kata para pengkaji.

Kes keguguran akibat jangkitan virus

keguguran ketika minggu kehamilan trimester kedua

credit to sources

Laporan dari JAMA menyatakan bahawa jangkitan bahagian plasenta yang mengakibatkan keguguran atau gangguan pertumbuhan janin telah berlaku sehingga 40% kes pesakit hamil dengan simptom MERS dan SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk) iaitu kedua-duanya merupakan serangan Coronavirus.

Satu kajian terpisah yang diterbitkan dalam The Lancet menunjukkan bahawa tinjauan terhadap 12 wanita hamil yang dijangkiti SARS selama pandemi 2002 hingga 2003, sebanyak 57% wanita pada trimester pertama sudah mengalami keguguran.

Pada trimester kedua hingga ketiga pula mencatatkan 40% perkembangan janin menjadi terbatas dan 80% menyebabkan kelahiran pramatang.

Menurut ahli lembaga OB-GYN, Dr. Jane van Dis, apabila wabak global terus menjangkiti puluhan ribu orang di seluruh dunia, ibu hamil semakin berisiko. Pakar obstetrik A.S telah menyaksikan peningkatan kadar keguguran dalam angka pesakit.

Kongsi Dr. Van Dis lagi, salah seorang rakannya baru-baru ini telah menyaksikan 18 kes keguguran spontan dalam tiga minggu, sementara seorang lagi pengamal melihat lima keguguran dalam dua minggu.

Beliau mengatakan bahawa para doktor terpaksa berdepan kes kematian janin yang meningkat pada minggu kehamilan memasuki trimester ketiga. Bukan itu sahaja, para penyelidik dan doktor melihat lebih banyak kes pembekuan darah di paru-paru, jantung dan ginjal pesakit koronavirus.

“Plasenta terdiri dari saluran darah. Apa-apa yang menyebabkan pembekuan di plasenta akan mengurangkan oksigen untuk embrio atau janin dan ini yang menjadi punca peningkatan kematian janin,” katanya.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes

Sumber: Cnbc

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Plasenta Dijangkiti Covid-19, Ibu Hamil Keguguran Selepas Demam Panas & Sakit Tubuh

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkehamilan-trimester-kedua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Plasenta Dijangkiti Covid-19, Ibu Hamil Keguguran Selepas Demam Panas & Sakit Tubuh
Kongsikan:
  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

    Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

    Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.