X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jantung Bayi Lemah Disyaki Tertelan Najis, Ibu Pasrah Diuji Kehilangan Selepas 40 Hari

4 Aug, 2022
Jantung Bayi Lemah Disyaki Tertelan Najis, Ibu Pasrah Diuji Kehilangan Selepas 40 Hari

Meninggal dunia ketika bayi baru lahir merupakan suatu kehilangan paling menyedihkan. Seorang ibu kongsikan pengalaman pahit dilaluinya

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan dalam keluarga. Walau bagaimanapun tidak semua kelahiran berakhir dengan gembira kerana ada pasangan diuji bayi baru lahir meninggal dunia.

Seorang ibu, Nurul Iqa berkongsikan kenangan pahit yang dilalui bersama suami apabila anak mereka dimasukkan ke NICU sebaik sahaja dilahirkan.

Bayi baru lahir meninggal dunia disyaki tertelan najis

Pada mulanya dia menceritakan dirinya dimasukkan ke dalam wad pada tarikh 22/6/2022 (Rabu) jam 4 pagi. Keesokan harinya, ikutkan doktor nak bagi discharge. Sebelum itu doktor menyuruh jururawat membuat CTG terlebih dahulu.

bayi baru lahir meninggal

Masa buat CTG, doktor menyedari bahawa jantung bayi sudah lemah dan dia terpaksa melalui pembedahan kecemasan sebab takut bayi akan lemas.

Masa selamat bayi keluar dari perut, Tiqa dengar bayi menangis. Seronok dia Allah sahaja yang tahu. Lepas keluar dari bilik bersalin, doktor beritahu anak Tiqa tertelan najis. Jadi dia kena masuk NICU.

Hari kedua, suami Tiqa tidak habis-habis pesan suruh pergi tengok anak dekat NICU. Sampai sana, doktor beritahu keadaan anak Tiqa kritikal sebab tersedak najis. Bukannya tertelan najis.

Jadi doktor cakap keadaannya sangat teruk sebab najis dah melekat pada paru-paru, jadi adik tidak dapat bernafas sendiri. Mereka kena bagi oksigen paling maksimum untuk menyokong oksigen adik.

Advertisement

Tekanan darah adik pun tidak dapat support ikut bulan adik. Masa tu banyak lagi masalah lain sampai doktor masukkan empat ubat untuk support jantung. Sebab jantung adik lemah.

Doktor minta bersedia terima sebarang kemungkinan

bayi tertelan najis dalam perut

Dalam masa seminggu adik dekat NICU, 3 kali doktor jumpa Tiqa dan suami beritahu keadaan adik sangat-sangat teruk. Mereka suruh bersedia menerima sebarang kemungkinan bayi tidak boleh bertahan lama.

Lepas seminggu, adik tak boleh kencing. Jadi doktor kena masukkan ubat untuk bagi adik kencing. Jika tidak, buah pinggang ada masalah. Esoknya adik kencing, Alhamdulillah.

Hari ke-14, doktor cakap adik ada jangkitan kuman dalam kahak dan kena puasa 4 hari. Lepas puasa, adik tak boleh buang air besar. Mereka cucuk ubat nak bagi adik buang air besar pula.

Nama pun puasa, macam mana adik nak buang air besar kan? Tapi apakan daya itu cara kerja mereka.

Sepanjang duduk NICU, hari-hari ibu tengok adik kena ambil darah, pastu darah kuning dan merah masuk dekat adik dah 7 kali sebab tubuh adik kurang darah. Bila tahap gula rendah, hari-hari mereka check gula dekat tumit kaki adik sampai lebam.

Hari-hari ibu tengok adik kena macam tu sampai badan adik hari-hari bergegar, ibu nampak adik tahan sakit.

Paling sedih bila ibu datang hantar susu dan tengok adik menangis sampai tak tahu macam mana nak tolong, hanya mampu zikir tenangkan adik.

Tahap oksigen bayi makin berkurang dan susah naik

Adik menangis dari jam 2 lebih hinggalah jam 3 lebih pagi, sampai oksigen drop bawah 90. Jadi mesin tu berbunyi sebab oksigen adik dah jadi dalam 80 lebih.

Bermula dari itu, oksigen dia mula drop dan susah naik sebab dia dah penat. Dari hari rabu hingga ke ahad, bila sedut kahak pun keadaannya tetap sama.

Ibu tahu adik dah lama tanggung sakit. Jadi semalam 1/8/2022, hari isnin tepat jam 2.55 petang, adik menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan ibu.

anak meninggal

Sebelum dia pergi, Tiqa dan suami tengok walaupun dia pejam. Dia mengalirkan air mata sebanyak tiga kali sebelum pergi.

Siapa kita hendak melawan takdir. Jika Allah berkehendakkan sedemikian. Sebab menulis ni panjang-panjang kerana dialah penghuni pertama dalam rahim. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia. 

Cukuplah 40 hari dia menderita di sini, damailah adik di negeri abadi dan tunggu ibu di syurga ya sayang.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah akan kehilangan ini. Semoga ibu terus kuat mengharungi hari-hari yang mendatang. Insya-Allah.

Stories Rakan Kongsi
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life

Nurul Iqa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

Baca juga: Tubuh Makin Susut & Muntahkan Semula Susu, Ibu Pasrah Bayi Meninggal Kerana Penyakit Usus

Baca juga:  Suami Tiada Duit Nak Bawa Isteri Ke Hospital, Ibu & Bayi Meninggal Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jantung Bayi Lemah Disyaki Tertelan Najis, Ibu Pasrah Diuji Kehilangan Selepas 40 Hari
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham