Setiap ibu bapa pastinya akan tersenyum tiap kali memandang wajah anak-anak. Sungguh tenang dan mententeramkan jiwa melihat gelak tawanya, senyum manisnya, dan keletah sukanya. Tiada seorang pun yang terlintas di kepala suatu hari nanti dia hanya akan mampu memandang kubur dan batu nisan anak-anak syurga ini. Apatah lagi bayi meninggal dunia di saat yang masih kecil tanpa sempat menjejakkan kaki ke dunia lagi.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bayi meninggal dunia di usia 3 bulan kerana komplikasi usus
- Petanda baju kurung hitam ibu
- Kaki sejuk ingatkan sebab tidak pakai stokin
- Baju raya sudah siap dibeli untuk Afeeya
Bayi meninggal dunia ketika usia 3 bulan kerana komplikasi usus
Bayi meninggal di usia yang masih kecil akan menjadi syafaat untuk ibu bapanya. Kisah pilu ini diceritakan oleh pasangan Nurul Shafina dan Muhd Faizal apabila anak sulungnya meninggal dunia di usia 3 bulan.
“Feeya tak boleh buang air besar sejak dia lahir. Kemudian doktor buat pemeriksaan dan buat ujian makmal. Keputusan mengatakan yang usus kecil dan usus besar bayi kami tiada saraf. Sebab tu ia tak berfungsi.”
Afeeya, bayi kecil ini sudah didiagnos menghidapi beberapa komplikasi usus sejak dia dilahirkan pada 1 Januari lalu. Kehidupannya selama 3 bulan hanya mampu duduk di hospital ditemani ubat dan drip air di badan.
Sehinggalah pada suatu hari, doktor memaklumkan yang rawatan tidak dapat diteruskan seakan-akan tiada jalan lain yang boleh membantu Afeeya lagi. Dia dibawa pulang ke rumah dengan nasihat daripada doktor.
“Doktor kata, Afeeya hanya boleh bertahan tak sampai tujuh hari. Tetapi dengan kuasa Allah, dia mampu bertahan sampai tujuh hari.”
Petanda baju kurung hitam ibu
Hari selasa, 12 April 2022, hari keenam Afeeya di rumah. Terlalu banyak kesihatannya meresot. Dia tidak tidur 3 hingga 4 hari tetapi hanya mampu pejam mata 3 minit lalu terbangun kembali.
Perutnya kempis tetapi tidak mampu diisi dengan apa-apa, matanya semakin layu, tubuhnya susut dan semakin kurus. Bukan itu sahaja, malah badannya turut kekurangan air dan nutrisi tetapi apabila diberikan susu, dia akan muntahkan susu dan cecair hijau melalui tiub di hidung.
Menurut Fina, pagi sebelum bayinya meninggal, bayinya tampak sangat ceria dan sihat. Bagi seorang ibu melihat anak yang dikandung selama ini sakit kembali ceria adalah kebahagiaan dan nikmat sebentar yang dipinjamkan.
Malam selepas berbuka dan solat, entah mengapa tiba-tiba terlintas dalam hati ibu muda ini untuk menggosok baju kurung warna hitam yang tergantung kemas di dalam bilik. Dia hanya meneruskan niatnya untuk menggosok baju itu tanpa berfikir panjang. Rupa-rupanya baju itulah yang dipakai untuk mengebumikan anaknya pada malam tersebut.
Kaki sejuk ingatkan sebab tidak pakai stokin
Selesai menggosok, Fina terus melihat keadaan bayinya, Tiada respon, bayinya hanya diam sahaja dan tidak nangis pun. Tetapi bola matanya memandang tepat ke depan. Sebagai ibu dia sudah merasakan firasat yang tidak baik, namun dia terus berfikiran positif.
Kaki anaknya disentuh dan terasa sungguh sejuk. “Barangkali sebab tidak pakai stokin”, kata-katanya cuba untuk memujuk hati yang sudah terasa sebak.
Baju raya sudah siap dibeli untuk Afeeya
13 April 2022 pukul 12 malam, genap tujuh hari Afeeya di rumah. Dan tarikh itu juga yang membawa Afeeya kembali ke pangkuan Ilahi semula.
“Pergilah duhai anakku, saya reda seandainya itu yang terbaik. Tak sanggup tengok dia terus terseksa.”
Tiada seorang pun ibu bapa yang tidak hancur hatinya apabila anak meninggal dunia. Namun, pasangan ini reda dengan ketentuan Allah dan menggangap mungkin bukan rezekinya kali ini untuk bergelar ibu di hari raya Aidilfitri.
“Baju gaun hari raya untuk dia sudah pun siap dibeli. Tapi Allah lebih menyayanginya.”
Sebelum ini, kisah Fina juga pernah viral suatu ketika dulu pada tahun 2020. Perjuangannya yang menjaga mak yang sedang sedang sakit hingga ke akhir hayat kerana menghidap kanser lidah mendapat liputan masyarakat. Dan sekarang ujian menimpanya lagi dengan kehilangan “bintang syurga” yang dirindukan.
Ingatlah kita pada hadis ini,
“Maka, semua yang dilahirkan pada waktu kecil mati di atas fitrah iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sesungguhnya ujian yang silih berganti yang diberikan kepada seseorang itu akan diganti dengan nikmat rezeki yang lebih baik sekiranya dia tetap bersyukur dan bersabar dengan segala-galanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi meninggal selepas terjatuh dari buaian
Baca juga: Suami Tiada Duit Nak Bawa Isteri Ke Hospital, Ibu & Bayi Meninggal Di Rumah
Baca juga: Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!