X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak-Anak Cerminan Ibu & Ayah, Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya!

5 min bacaan
Anak-Anak Cerminan Ibu & Ayah, Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya!

Ibu dan ayah yang berkelakuan baik dan sentiasa positif pasti akan melahirkan anak yang turut mempunyai kelakuan sama.

Apabila bergelar ibu bapa, tentulah salah satu perkara yang dikehendaki ialah anak-anak yang mempunyai tabiat dan perangai yang boleh dipuji. Oleh sebab itu, Islam menggalakkan kita menamakan anak dengan maksud-maksud yang baik seperti Muhammad yang bermaksud “yang terpuji”, atau Hakim yang bermakna “yang bijaksana” kerana nama anak boleh membentuk peribadinya, sebagaimana anak cerminan ibu dan ayah.

Walau bagaimanapun, menamakan anak dengan nama yang baik-baik sahaja tidak mencukupi. Untuk membentuk anak menjadi lemah lembut, sopan santun, baik dan terpuji, ibu bapa perlu memainkan peranan terlebih dahulu dengan menjadi seperti yang diingini dalam seorang cahaya.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya!

Anak cerminan ibu, berang di kedai runcit 24 jam dan KFC

Anak cerminan ibu

Baru-baru ini tular sebuah video berlatar belakangkan kedai 24 jam, 7-Eleven. Sekiranya anda seorang yang aktif melayari Internet, pasti anda sudah boleh agak apa yang kami ingin kongsikan.

Betul! Tularnya sebuah video seorang ibu yang dikenali sebagai Kak Long, seorang peniaga barangan kosmetik yang berang di 7-Eleven setelah anaknya dituduh mencuri oleh staf di kedai tersebut. Ya lah, ibu mana sahaja yang tidak marah jika anak dituduh sebegitu?

Tetapi, cara Kak Long telah menangani konflik tersebut membuahkan rasa marah dan ketidakselesaan pada para netizen. Tindakan Kak Long yang memilih untuk terus menyerang dan meninggikan suara pada staf 7-Eleven tersebut sudah cukup untuk mencerminkan peribadinya.

Lebih menyedihkan, di dalam video tersebut juga kelihatan anak Kak Long yang dikenali sebagai Adam, mengamuk bersebelahan ibunya. Dalam video tersebut, Adam dapat dilihat mengambil makanan di kaunter 7-Eleven tersebut dan menghempasnya ke lantai, dan sesekali menendang rak makanan yang berada di kaunter tersebut.

Perlakuan Adam dan Kak Long tentulah menjadi buah mulut netizen! Ramai yang menyatakan Kak Long tidak pandai mendidik anak, dan ada juga yang berpendapat bahawa Adam menjadi sebegitu kerana “anak cerminan ibu bapa.”

Setelah tularnya video Kak Long mengamuk di 7-Eleven (yang kemudiannya tular juga video dia meminta maaf pada staf kedai tersebut), tular lagi sebuah video Kak Long mengamuk di KFC pula!

Dalam video tersebut, kedengaran suara anak Kak Long mengugut hendak menyepak staf KFC, manakala ibunya terus-terusnya menyerang staf tersebut. Di manakah si anak belajar berbicara demikian rupa jika tidak dari ibu bapanya?

Anak menjadi lembut melalui gentle parenting

Anak-Anak Cerminan Ibu & Ayah, Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya!

Kredit: iStock

Pernahkah anda mendengar tentang kaedah keibubapaan “gentle parenting” atau keibubapaan yang lembut?

Keibubapaan yang lembut bukanlah bermakna anda bersikap pasif terhadap anak anda dan tidak memarahi anak anda. Tetapi, keibubapaan lembut memerlukan anda untuk memupuk kualiti yang anda inginkan dalam diri anak anda dengan bersikap belas kasihan dan menegakkan sempadan yang konsisten.

Keibubapaan lembut masih mengimplementasi kaedah disiplin, tetapi dengan cara yang berkenaan dengan umur si manja. 

Contohnya, si manja anda yang berusia 3 tahun mungkin akan mengamuk. Jangan marah! Si manja anda juga masih tidak faham sepenuhnya tentang emosi sendiri, jadi sudah menjadi tugas anda untuk memujuknya. 

Ajar si manja untuk mengamalkan latihan pernafasan ketika dia mengamuk supaya dia lebih tenang, dan galakkan komunikasi dua hala supaya si manja selesa untuk bercerita dengan ibu bapanya tentang apa yang dia inginkan pada waktu itu.

Apakah kaedah yang boleh digunakan dalam gentle parenting?

Anak cerminan ibu

Kredit: Pexels

Gentle parenting atau keibubapaan lembut bukanlah sukar untuk di implementasi. Walaupun ia mungkin sedikit mencabar untuk membiasakan keibubapaan lembut dengan bayi atau kanak-kanak kecil, ia bukanlah mustahil.

Sekiranya si kecil anda mula menangis, tentulah reaksi pertama sebagai ibu bapa adalah untuk memujuk mereka. Tetapi, tanpa anda sedari, anda mula mengajar si manja tentang empati sejak dari awal.

Selain itu, terdapat juga beberapa cara lain untuk mula mengamalkan keibubapaan lembut. Antaranya:

  • Memarahi TINDAKAN anak. Si manja anda mungkin akan membuat perkara yang akan membuahkan rasa marah, tetapi janganlah marah si kecil anda. Sebaliknya, tegurlah tindakan yang dilakukannya dan pastikan anda menceritakan mengapa si manja tidak boleh berbuat demikian. Walaupun mereka masih kecil, tetapi mereka juga boleh faham apa yang ibu bapa kongsikan!
  • Menunjukkan tabiat yang baik. Seperti yang sering dikongsikan, anak cerminan ibu bapa. Jadi, sekiranya anda menginginkan si manja yang bersifat lembut dan berkelakuan baik, maka anda perlulah menunjukkan karakter seperti yang anda inginkan!
  • Menggalakkan tindakan positif. Jika si kecil anda menunjukkan tabiat positif seperti mengemas mainan sendiri atau bercakap dengan lembut sesama rakan sebaya, pujilah mereka. Pujian anda akan mendorong si manja untuk terus berperangai positif.

Yang paling utama, ibu bapa si manja, iaitu anda juga perlulah berkelakuan yang sepatutnya. Walaupun anda mendidik anak anda, mereka tetap akan mencerminkan tindakan anda berbanding apa yang diajar oleh ibu dan ayah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

VeryWell Family, Guidepost Montessori

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Sayu Tengok Anak Terpaksa Tidur Atas Tikar Di R&R, Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa

Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Baca juga: Ibu Kecewa Mentua Suap Bayi 3 Hari Makan Solid Food, Dada Jadi Bengkak & Naik Ruam

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak-Anak Cerminan Ibu & Ayah, Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya!
Kongsikan:
  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

    Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

    Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.