X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hampir 11 Tahun Ikhtiar Zuriat, Noh & Mizz Nina Kongsi Kebahagiaan Miliki Anak Angkat

4 min bacaan
Hampir 11 Tahun Ikhtiar Zuriat, Noh & Mizz Nina Kongsi Kebahagiaan Miliki Anak Angkat

Mengambil anak angkat pastinya bukanlah proses yang mudah. Namun setelah hampir setahun untuk bersedia, Mizz Nina dan Noh Salleh miliki Musa

Ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan zuriat setelah selamat menjalani kehidupan dalam hubungan yang halal, tetapi pernahkah mereka terfikir untuk mengambil anak angkat?

Walaupun terdapat beberapa pasangan yang masih belum bersedia atau sudah nekad untuk tidak mempunyai cahaya mata, kebanyakan pasangan menjadikan kewujudan seorang zuriat itu sesuatu yang perlu dalam kehidupan alam perkahwinan.

Mizz Nina & Noh Salleh mengambil anak angkat selepas setahun lebih bersedia

mizz nina ambil anak angkat

Kewujudan seorang cahaya mata dalam kehidupan bukanlah hanya boleh diperoleh melalui hubungan seks sahaja. Malah, terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk memastikan si suami dan si isteri boleh menimang cahaya mata baik dari kaedah IVF (in vitro fertilisation) atau dengan kaedah mengambil anak angkat.

Pada hari Jumaat lepas, bertarikh 4 Mac 2022, bekas selebriti terkenal Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina telah mengumumkan bahawa beliau dan suami tercinta, penyanyi terkenal kumpulan Hujan, Noh Salleh telah berjaya menimang cahaya mata melalui kaedah pengangkatan.

Pasangan bahagia ini telah diijab kabulkan pada 1 Julai 2011, dan telah mencuba untuk membina keluarga setelah bertahun-tahun.

Menurut Mizz Nina pada siaran Instagramnya Jumaat lepas,

“Dengan perjalanan yang terlalu panjang untuk tiba ke tahap ini, dengan berkali-kali cubaan dengan IUI, IVFselama bertahun-tahun, Allah telah menganugerahkan bayi ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.”

Walaupun begitu, bukan mudah untuk Mizz Nina mencapai keputusan untuk mengambil anak angkat.

“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini.”

Mizz Nina dan Noh Salleh telah membuat keputusan menamakan si comel mereka dengan nama Musa. Menurut Mizz Nina, Musa telah berada di dalam jagaan mereka selama 3 bulan dan mereka telah menikmati segala asam garam menjadi sepasang ibu bapa.

mizz nina noh salleh

Kami di TheAsianParent Malaysia hanya ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan bahagia ini dengan keputusan mulia mereka untuk memilih menimang cahaya mata dengan kaedah mengambil anak angkat. Kami juga berharap agar Musa akan membesar menjadi seorang anak yang soleh pada ibu bapanya!

Apakah proses mengambil anak angkat di Malaysia?

Masih ramai pasangan suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata, dan kami faham bahawa ianya tidak semudah itu untuk membina sebuah keluarga. Kami juga faham bahawa topik tentang penimangan anak mungkin adalah suatu isu sensitif bagi sesetengah pihak.

Walaupun begitu, perkongsian kami hari ini diharapkan dapat diterima dengan hati yang terbuka.

Bagi pasangan yang mempunyai niat untuk mengambil anak angkat, anda perlulah tahu proses pengambilan anak angkat di Malaysia terlebih dahulu supaya anda boleh merancang dengan sempurna.

Menurut laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh bakal ibu dan bapa yang ingin mengambil anak angkat.

mizz nina anak angkat

Syarat-syarat permohonan:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Berusia 25 hingga 60 tahun.
  • Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas)
  • Bagi Perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya.
  • Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  • Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara  pemohon dan kanak-kanak mestilah melebihi  21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  • Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  • Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  • Bebas dari rekod jenayah.
  • Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  • Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen yang diperlukan untuk mengambil anak angkat

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat ini, terdapat pula beberapa dokumen yang perlu anda sediakan sebelum mengambil anak angkat di Malaysia.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  • Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  • Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  • Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan.
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  • Lain-lain dokumen sokongan, contah : Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.

Setelah lengkap semua dokumen dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk memohon, permohonan anda boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara & Proses Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia

Baca juga: 7 Artis Populor Yang Ambil Anak Angkat, Ada Yang Ambil Sejak Bujang Lagi!

Baca juga: Perjuangan dan pengorbanan seorang ibu untuk menyusu anak angkatnya

Stories Rakan Kongsi
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Hampir 11 Tahun Ikhtiar Zuriat, Noh & Mizz Nina Kongsi Kebahagiaan Miliki Anak Angkat
Kongsikan:
  • Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

    Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

  • Mood Swing Pada Ibu Hamil: Punca Perubahan Emosi, Kesan & Cara Mengatasi

    Mood Swing Pada Ibu Hamil: Punca Perubahan Emosi, Kesan & Cara Mengatasi

  • Jerawat Ketika Hamil (Pregnancy Acne): Punca Naik Jerawat, Simptom & Cara Hilangkan Jerawat

    Jerawat Ketika Hamil (Pregnancy Acne): Punca Naik Jerawat, Simptom & Cara Hilangkan Jerawat

  • Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

    Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

  • Mood Swing Pada Ibu Hamil: Punca Perubahan Emosi, Kesan & Cara Mengatasi

    Mood Swing Pada Ibu Hamil: Punca Perubahan Emosi, Kesan & Cara Mengatasi

  • Jerawat Ketika Hamil (Pregnancy Acne): Punca Naik Jerawat, Simptom & Cara Hilangkan Jerawat

    Jerawat Ketika Hamil (Pregnancy Acne): Punca Naik Jerawat, Simptom & Cara Hilangkan Jerawat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham