TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurang Oksigen Jika Terdedah Pada Asap Rokok, Ini BAHAYANYA

3 min bacaan
Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurang Oksigen Jika Terdedah Pada Asap Rokok, Ini BAHAYANYA

Jaga-jaga ibu, amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat agar janin tidak kurang oksigen. Ada kesan buruknya jika bayi tak dapat oksigen secukupnya!

Setiap manusia memerlukan oksigen. Jadi, bayi dalam kandungan juga tidak terkecuali. Sebab itu, ibu hamil harus tahu cara menjaga kehamilan agar janin dalam kandungan tidak kurang oksigen.

Tapi sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang cara menjaga kehamilan agar bayi tidak kurang oksigen, penting juga untuk ibu hamil tahu bagaimana janin menerima oksigen. 

Janin kurang oksigen: Tapi bagaimana janin menerima oksigen sebenarnya?

kurang oksigen, bayi kurang oksigen, bayi baru lahir kurang oksigen, janin kurang oksigen, bayi kurang oksigen dalam kandungan, bayi meninggal dalam kandungan usia 8 bulan, kekurangan oksigen pada otak, penyebab bayi tidak bergerak dalam kandungan,

Sebenarnya, ketika dalam kandungan ibu, paru-paru janin masih dipenuhi cecair. Jadi, bagaimana mereka menerima oksigen dan bernafas?

Buat pengetahuan anda, janin belum menggunakan paru-parunya untuk membawa oksigen ke tubuh, hinggalah mereka selamat dilahirkan.

Ketika dalam kandungan, janin menerima oksigen melalui plasenta dan tali pusat. Semuanya dibawa oleh ibu mengandung itu sendiri.

Darah yang teroksigenasi (penuh oksigen) dari ibu akan mengalir masuk dan keluar melalui pembuluh darah di tali pusat untuk ke bayi.

Apa yang boleh menyebabkan janin kurang oksigen?

Salah satu sebab utama kenapa janin boleh menerima kurang oksigen ketika dalam kandungan adalah kerana placental abruption, atau satu keadaan di mana plasenta terlepas (sama ada sebahagian atau keseluruhan).

Akibatnya, janin tidak akan dapat menerima oksigen dari si ibu. Satu lagi sebab mengapa janin boleh menerima kurang oksigen adalah kerana pengedaran darah teroksigenasi dari ibu terganggu.

Gaya hidup ibu hamil juga boleh menyebabkan janin dalam kandungan kekurangan oksigen. Antara gaya hidup yang berbahaya seperti terdedah pada asap rokok, merokok, atau menggunakan sebarang dadah.

3 BAHAYA jika janin dalam kandungan kurang oksigen

kurang oksigen, bayi kurang oksigen, bayi baru lahir kurang oksigen, janin kurang oksigen, bayi kurang oksigen dalam kandungan, bayi meninggal dalam kandungan usia 8 bulan, kekurangan oksigen pada otak, penyebab bayi tidak bergerak dalam kandungan,

Janin dalam kandungan yang kekurangan oksigen akan berisiko untuk menghadapi beberapa komplikasi kesihatan dan perkembangan. Antaranya seperti:

1. Celebral Palsy

Cerebral palsy antara akibat yang paling biasa terjadi jika janin kurang oksigen ketika dalam rahim. Cerebral palsy disebabkan oleh kerosakan otak, lalu mempengaruhi penggerakan dan koordinasi tubuh. 

Jika anak menderita penyakit cerebral palsy, mereka akan mengalami masalah dengan perkembangan motor badan, keseimbangan, dan perkembangan yang lambat.

2. Penyakit jantung

Sebuah kajian dari University of Cambridge mendapati, kekurangan oksigen ketika dalam kandungan juga boleh menyebabkan penyakit jantung pada anak kelak.

Dino Giussan, pakar yang memimpin kajian ini meyakinkan yang kadar oksigen mampu mempengaruhi perkembangan jantung dan sistem kardiovaskular bayi.

3. Melahirkan bayi yang sudah maut (stillbirth)

Stillbirth bermaksud kematian janin ketika usia kandungan mencecah 20 minggu ke atas. Menurut March of Dimes, melahirkan bayi yang sudah maut berlaku pada hampir 1 dari 160 kehamilan.

Sekitar satu per empat kelahiran stillbirth terjadi kerana masalah plasenta tidak membekalkan oksigen yang mencukupi untuk janin. 

Cara-cara agar janin tidak kurang oksigen ketika dalam kandungan

kurang oksigen, bayi kurang oksigen, bayi baru lahir kurang oksigen, janin kurang oksigen, bayi kurang oksigen dalam kandungan, bayi meninggal dalam kandungan usia 8 bulan, kekurangan oksigen pada otak, penyebab bayi tidak bergerak dalam kandungan,

Terdedah kepada asap rokok, sama ada secara langsung atau tidak, mampu mempengaruhi pengaliran darah anda ke janin. 

Oleh sebab itu, ibu hamil harus berusaha untuk tidak merokok, malah menjauhi asap-asap rokok ketika hamil. Akibat yang boleh terjadi pada bayi anda akibat kekurangan oksigen boleh jadi kekal seumur hidupnya!

Jadi, ibu hamil diwajibkan untuk menghidari asap rokok, stress, dan mengamalkan pemakanan yang sihat ketika hamil.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda! 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Ibu Hamil WAJIB Tahu 5 Ciri Kandungan Sihat Ini, Jangan Leka

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurang Oksigen Jika Terdedah Pada Asap Rokok, Ini BAHAYANYA
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham