Ramai wanita hanya tahu mereka hamil selepas lewat haid atau bila buat ujian kehamilan. Tapi sebenarnya, tubuh dah mula beri “hint” awal lagi. Namun bagi ibu kali pertama, anda mungkin mengalami tanda awal mengandung yang tidak disadari.
Jadi, kalau anda sedang cuba untuk hamil, atau sekadar ingin peka dengan perubahan badan, jom kita kenali tanda-tanda awal mengandung yang ramai tak perasan.
Tanda Awal Mengandung Yang Tidak Disadari
1. Rasa Penat Yang Luar Biasa
Kalau tiba-tiba anda rasa lesu sangat walaupun tak buat kerja berat pun, itu mungkin petanda. Pada awal kehamilan, hormon progesteron meningkat dengan mendadak.
Ini boleh buat badan cepat penat. Kadang-kadang, baru lepas mandi pun dah rasa macam nak baring semula. Kalau selalu letih walaupun tidur cukup, itu mungkin isyarat tubuh sedang bersiap untuk menyokong kehamilan.
2. Payudara Jadi Lebih Sensitif atau Bengkak
Antara tanda awal mengandung paling ketara ialah perubahan pada payudara. Ia mungkin terasa lebih lembut, sakit bila disentuh, atau nampak lebih penuh dan tegang.
Puting juga boleh menjadi lebih gelap. Perubahan ini berlaku sebab badan tengah bersedia untuk menyusukan bayi nanti. Tapi sebab simptom ni hampir sama dengan tanda-tanda sebelum datang haid, ramai anggap ia biasa saja.
3. Rasa Nak Muntah atau Mual – Tapi Bukan Pagi Saja!
Morning sickness bukan semata-mata berlaku waktu pagi ya! Ada ibu yang mula rasa mual petang, malam, atau sepanjang hari. Biasanya bermula sekitar minggu ke-4 hingga ke-6, tapi ada juga yang mula lebih awal.
Kadang, hanya rasa loya tanpa muntah pun sudah cukup buat anda tak selesa. Dan peliknya, makanan kegemaran pun tiba-tiba rasa tak sedap.
4. Perubahan Emosi Yang Tiba-Tiba
Tanda awal mengandung yang tidak disadari seterusnya adalah perubahan emosi yang mendadak.
Pernah tiba-tiba rasa nak menangis tanpa sebab? Atau marah suami sebab pinggan tak basuh? Ya, hormon boleh menyebabkan perubahan emosi yang mendadak. Kalau anda rasa cepat tersentuh, mudah marah, atau naik turun emosi macam roller coaster – boleh jadi itu tanda awal kehamilan!
5. Sering Buang Air Kecil
Tiba-tiba jadi asyik ulang-alik ke tandas? Ini bukan tanda jangkitan, tapi mungkin sebab badan anda dah mula hasilkan lebih banyak darah dan cecair. Buah pinggang akan proses lebihan ini dan dihantar ke pundi kencing – sebab itu rasa nak kencing lebih kerap.
6. Rasa Kembung dan Tidak Selesa di Perut
Perut rasa senak, baju jadi ketat sikit walaupun makan biasa saja? Hormon progesteron yang meningkat boleh memperlahankan sistem penghadaman. Ini menyebabkan gas terkumpul dan perut kembung. Macam rasa nak datang haid, tapi tak datang-datang.
7. Spotting atau Keluar Sedikit Darah
Ramai ingat dah datang haid, tapi sebenarnya itu pendarahan implantasi. Ia berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim. Biasanya keluar sedikit saja – mungkin warna coklat muda atau merah jambu – dan tak lama. Kalau anda nampak tompokan darah sekitar seminggu sebelum tarikh haid, itu mungkin petanda awal anda hamil.
8. Sembelit atau Sukar Buang Air Besar
Hormon kehamilan boleh buat sistem penghadaman jadi perlahan. Jadi, najis pun ambil masa lebih lama untuk keluar. Akibatnya, sembelit mudah berlaku. Kalau tiba-tiba anda rasa sukar buang air besar padahal makan seperti biasa, boleh jadi ini salah satu tanda awal kehamilan.
9. Deria Bau Jadi Terlalu Tajam
Tiba-tiba bau sabun, nasi, atau perfume yang dulu anda suka jadi menyakitkan hidung? Ini mungkin sebab hormon menyebabkan deria bau jadi lebih sensitif. Kadang, bau yang ringan pun boleh buat anda rasa loya atau nak muntah.
Deria bau yang terlalu tajam juga antara salah satu tanda awal mengandung tidak disadari.
10. Rasa Logam Dalam Mulut
Tanda awal mengandung yang tidak disadari adalah rasa logam dalam mulut.
Sesetengah wanita mengadu rasa seperti besi atau logam dalam mulut mereka. Rasa ini sukar dijelaskan, tapi cukup mengganggu. Istilah perubatannya ialah disgeusia – dan ia boleh berlaku seawal minggu pertama kehamilan.
11. Suhu Badan Sedikit Meningkat
Kalau anda rajin catat suhu badan basal (BBT), anda mungkin perasan suhu badan anda kekal tinggi selama lebih 14 hari selepas ovulasi. Ini petanda baik! Suhu ini naik sebab progesteron meningkat. Tapi ramai tak perasan sebab tak semua orang buat catatan suhu secara konsisten.
12. Hidung Tersumbat atau Mudah Berdarah
Pelik tapi benar – ada wanita alami hidung tersumbat atau mimisan awal kehamilan. Ini berlaku sebab saluran darah dalam hidung jadi lebih sensitif dan mudah membengkak akibat perubahan hormon dan peningkatan pengaliran darah.
13. Perubahan Selera Makan
Tiba-tiba teringin makan benda pelik? Atau langsung hilang selera makan? Ini sangat biasa pada awal kehamilan. Anda mungkin suka makan pedas padahal dulu tak boleh tahan langsung. Atau benci makanan tertentu yang sebelum ini kegemaran anda.
14. Sakit Kepala Ringan
Sakit kepala ringan dan kerap mungkin terjadi disebabkan perubahan hormon, kekurangan air dalam badan, atau tekanan darah rendah. Tapi ramai wanita anggap ia sebagai tekanan biasa – padahal boleh jadi salah satu tanda awal mengandung.
15. Nafas Pendek atau Mudah Penat
Walaupun tidak melakukan aktiviti berat, ada wanita hamil akan rasa semput atau cepat tercungap-cungap. Ini kerana tubuh mula memerlukan lebih banyak oksigen untuk menyokong pertumbuhan bayi.
16. Gusi Mudah Berdarah
Tengah gosok gigi tiba-tiba keluar darah? Jangan risau – ia mungkin disebabkan peningkatan aliran darah ke bahagian gusi. Hormon juga buat gusi jadi lebih sensitif. Tapi kalau berterusan, sebaiknya rujuk doktor gigi juga ya.
17. Kulit Muka Berubah
Tanda awal mengandung yang tidak disadari yang lain adalah kulit muka berubah.
Sesetengah wanita dapat ‘glow’ kehamilan – kulit nampak berseri dan cantik. Tapi ada juga yang alami jerawat atau kulit berminyak. Ini semua kesan hormon juga. Jadi kalau tiba-tiba kulit berubah, mungkin itu petanda awal!
Bila Perlu Buat Ujian Kehamilan?
Walaupun anda alami satu atau beberapa tanda di atas, ujian kehamilan masih cara paling pasti untuk sahkan sama ada anda benar-benar hamil atau tidak. Ujian air kencing biasanya paling berkesan dilakukan selepas seminggu lewat haid.
Kadang-kadang, tubuh kita cuba beri petunjuk – tapi kita terlalu sibuk atau anggap ia perkara biasa. Tanda-tanda awal mengandung ni memang halus, tapi kalau anda lebih peka, anda mungkin boleh tahu lebih awal daripada jangkaan!
Setiap wanita berbeza. Ada yang langsung tak rasa apa-apa, ada yang alami kesemua tanda. Paling penting, jaga kesihatan, cukup rehat, dan amalkan gaya hidup sihat, terutama jika anda sedang mencuba untuk hamil.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: 19 Tanda Mengandung Selain Haid Lambat, Ibu Mungkin Rasa Pening, Loya & Cepat Penat
Baca juga: Bila Waktu Sesuai Umum Kehamilan Selepas Merasai Tanda2 Hamil? Ibu Ayah Baru Jangan Terburu-Buru Ya!
Baca juga: 11 Perkara PENTING Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Mengandung Kena Ikut & Elak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!