Perjalanan kehamilan membawa pelbagai perasaan, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman kali pertama anda. Trimester pertama adalah tempoh penting kerana pada ketika inilah ibu mula mengalami banyak perubahan pada diri dan janin sedang berkembang.
Dalam trimester ini, simptom dan gejala kehamilan tidak menentu. Kebanyakan ibu yang mengalami alahan mengandung teruk sehingga hilang selera makan. Justeru dalam artikel ini kami kongsikan panduan lengkap bagi memastikan anda memiliki kehamilan sihat.
Trimester pertama adalah
Trimester pertama kehamilan adalah peringkat awal dan penting kehamilan, yang berlangsung dari hari pertama haid terakhir anda (LMP) hingga akhir minggu ke-12.
Fasa ini dicirikan oleh perubahan dan perkembangan yang ketara apabila telur yang disenyawakan berkembang menjadi embrio dan akhirnya menjadi janin.
Trimester pertama berapa minggu
Trimester pertama kehamilan berlangsung selama kira-kira 12 minggu, atau lebih kurang 3 bulan. Lazimnya, ia bermula pada hari pertama kitaran haid terakhir wanita dan berterusan sehingga sekitar minggu ke-12 kehamilan.
Amalan ibu hamil trimester pertama
First trimester kehamilan adalah tempoh penting untuk memastikan ibu dan janin kekal sihat. Berikut adalah beberapa amalan ibu mengandung bagi membantu anda mendapatkan kehamilan yang sihat:
- Check up kehamilan: Pertama sekali, adalah sangat penting untuk membuat temu janji dengan doktor secepat mungkin selepas mengetahui anda hamil. Buka buku pink dan lawatan pranatal bertujuan untuk memantau perkembangan kehamilan dan memberikan panduan yang sesuai.
- Vitamin ibu mengandung: Ambil vitamin ibu mengandung yang ditetapkan oleh doktor. Ini dapat memastikan anda mendapat semua nutrien penting yang diperlukan semasa kehamilan, termasuk asid folik untuk menyokong perkembangan embrio.
- Pemakanan Seimbang: Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien. Fokus pada pengambilan makanan kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, protein, dan produk tenusu rendah lemak.
- Minum air dengan cukup: Minum banyak air untuk memastikan badan anda terhidrat. Kehamilan boleh meningkatkan keperluan cecair anda.
- Elakkan Makanan Berisiko Tinggi: Jauhi makanan berisiko seperti makanan laut yang tinggi merkuri, daging mentah dan produk tenusu mentah. Pastikan daging, ikan dan telur dimasak dengan sempurna.
- Hadkan Kafein dan Elakkan Alkohol: Hadkan pengambilan kafein dan elakkan alkohol sepenuhnya semasa kehamilan. Kafein yang berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran, dan alkohol boleh merosakkan perkembangan janin.
- Elakkan Merokok dan Asap rokok: Merokok semasa mengandung boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan pada bayi, termasuk kelahiran pramatang dan berat lahir rendah. Elakkan juga asap rokok pasif.
- Dapatkan Rehat yang Cukup: Kehamilan sering disertai dengan keletihan, jadi penting untuk memberi tubuh rehat yang cukup. Tidur yang cukup membantu memulihkan tenaga anda.
- Senaman ketika hamil: Bersenam dengan kerap adalah bahagian penting dalam mengekalkan kesihatan anda semasa kehamilan. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang atau yoga pranatal boleh membantu mengekalkan kecergasan anda.
- Pengambilan Asid Folik: Asid folik sangat penting semasa trimester pertama untuk mengelakkan kecacatan tiub neural pada janin. Rujuk doktor anda untuk cadangan dos asid folik yang sesuai.
- Kurangkan Tekanan: Tekanan boleh menjejaskan kehamilan, jadi cuba teknik relaksasi seperti meditasi atau pernafasan dalam untuk menguruskan tekanan ketika hamil.
Perubahan tubuh dan simptom mengandung trimester 1
First trimester pregnancy boleh disertai dengan pelbagai gejala dan tanda yang berbeza bagi setiap wanita.
Berikut adalah beberapa gejala biasa yang sering dialami semasa trimester pertama kehamilan:
- Mual dan Muntah (Morning Sickness): Ini adalah salah satu tanda tanda hamil paling biasa pada trimester pertama. Mual biasanya muncul pada awal pagi, walaupun ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesetengah wanita mengalami loya tanpa muntah, manakala yang lain mungkin mengalami muntah yang teruk.
- Pembesaran Payudara: Payudara boleh menjadi lebih besar, lebih berat, dan lebih sensitif. Puting payudara juga berubah menjadi lebih gelap.
- Keletihan: Ramai wanita mengalami keletihan yang melampau semasa trimester pertama. Perubahan hormon ibu mengandung dan pertumbuhan janin menjejaskan tahap tenaga.
- Deria menjadi sensitif: Sesetengah wanita mendapati mereka mempunyai deria bau yang lebih sensitif, yang boleh mencetuskan tindak balas kepada pelbagai bau.
- Perubahan Mood: Turun naik hormon boleh menjejaskan mood. Anda mungkin berasa lebih emosi atau mudah marah.
- Kerap kencing: Tekanan pada pundi kencing akibat rahim yang membesar boleh membuatkan anda membuang air kecil dengan lebih kerap.
- Kekejangan perut: Tanda tanda hamil first trimester boleh membuatkan sesetengah wanita mengalami kekejangan perut ringan yang sering disebabkan oleh perubahan rahim.
- Peningkatan suhu badan: Suhu badan basal meningkat adalah salah satu tanda tanda hamil yang boleh diukur dengan termometer.
Keputihan semasa hamil trimester pertama
Keputihan semasa awal kehamilan adalah perkara biasa dan selalunya merupakan tindak balas normal terhadap perubahan hormon dalam badan wanita hamil.
Keputihan semasa hamil boleh berbeza daripada keputihan biasa yang dialami di luar kehamilan.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang keputihan semasa awal trimester kehamilan:
- Perubahan Hormon: Semasa mengandung, badan mengalami turun naik hormon yang ketara, termasuk peningkatan tahap hormon estrogen. Perubahan hormon ini boleh menjejaskan kelenjar mukus dalam serviks, yang menghasilkan lendir serviks. Ini boleh mengakibatkan keputihan lebih banyak daripada biasa.
- Ciri-ciri Keputihan: Keputihan semasa hamil biasanya berwarna putih jernih atau seperti putih susu. Bau keputihan biasa semasa hamil biasanya ringan atau tidak berbau langsung.
Larangan ibu hamil trimester pertama
#1. Makanan mentah atau kurang masak
Mengambil makanan mentah ketika hamil adalah larangan ibu hamil trimester pertama hingga tiga. Hal ini kerana terdapat risiko penyakit bawaan makanan, risiko pencemaran yang lebih tinggi dengan bakteria dan parasit berbahaya.
Berikut adalah beberapa pertimbangan mengenai makanan mentah semasa kehamilan:
- Makanan laut mentah: Makanan laut mentah atau kurang masak seperti tiram, salmon mentah atau sashimi boleh membahayakan janin yang sedang berkembang.
- Sushi: Sushi mentah mengandungi bakteria yang akan melemahkan sistem kekebalan ibu mengandung.
- Telur Mentah: Telur mentah atau kurang masak boleh tercemar dengan Salmonella. Adalah dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang mengandungi telur mentah atau separuh masak, seperti adunan biskut mentah atau mayonis buatan sendiri.
- Tenusu Tidak dipasteur: Produk tenusu yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur, seperti beberapa keju lembut dan susu yang tidak dipasteur, boleh membawa risiko jangkitan Listeria.
#2. Naik turun tangga
Secara umumnya, naik turun tanggga ketika trimester ini tidak berbahaya jika dilakukan dengan berhati-hati.
Namun jika kehamilan anda dalam kategori berisiko tinggi seperti ada sejarah keguguran, pendarahan atau berusia lebih 35 tahun, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan tangga bagi mengurangkan sebarang komplikasi kehamilan.
#3. Elakkan najis kucing
Sentuhan dan pendedahan terhadap najis kucing ketika hamil adalah berbahaya. Hal ini kerana ia mengandungi parasit Toxoplasma gondii.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) , wanita hamil yang dijangkiti parasit Toxoplasma gondi boleh mengalami kesan berikut:
- Kebutaan
- Kecacatan intelek
- Kerosakan otak
- Kerosakan mata
Elakkan sentuhan langsung dengan najis kucing dan basuh tangan anda dengan baik selepas berinteraksi dengan kucing atau membersihkan bekas najisnya.
#4. Pemakaian kasut tumit tinggi
Penggunaan kasut tumit tinggi ketika hamil boleh memberi tekanan tambahan pada kaki dan buku lali. Semasa mengandung, badan anda mengalami perubahan hormon yang boleh menjejaskan keseimbangan otot dan sendi.
Gabungan tekanan dan perubahan fizikal ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada kaki.
#5. Sauna atau berendam dalam tab mandi panas
Larangan ibu hamil trimester pertama yang seterusnya adalah sauna atau berendam dalam tab mandi panas.
Menurut Persatuan Kehamilan Amerika , berendam dalam mandi air panas boleh menyebabkan hipertermia, atau suhu badan yang sangat tinggi, yang boleh menyebabkan keabnormalan kongenital pada janin.
Selain sauna dan berendam dalam tab mandi, aktiviti berikut juga boleh menyebabkan suhu badan ibu mengandung meningkat:
- Yoga panas atau pilates
- Berjemur terlalu lama
- Pendedahan kepada haba melampau
#6. Elakkan aromaterapi
Menghidu aromaterapi adalah salah satu larangan ibu hamil trimester pertama kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada janin.
Bukan itu sahaja sesetengah minyak pati tertentu boleh menjadi toksik kepada janin.
Buah yang bagus untuk ibu hamil trimester pertama
Berikut beberapa jenis buah yang bagus untuk ibu hamil trimester pertama yang boleh anda ambil di rumah:
- Pisang: Pisang mengandungi kalium yang baik untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit dan mencegah kekejangan otot. Ia juga mengandungi vitamin B6 yang penting untuk perkembangan janin.
- Oren: Oren dan limau gedang kaya dengan vitamin C yang boleh membantu penyerapan zat besi daripada makanan, yang penting untuk mencegah anemia semasa kehamilan.
- Epal: Epal mengandungi serat, vitamin C, dan beberapa nutrien penting lain. Mereka juga boleh membantu masalah penghadaman yang biasa berlaku semasa kehamilan.
- Avocado: Avokado kaya dengan asid lemak yang sihat, seperti asid lemak omega-3, serta folat, vitamin K, dan vitamin E. Ia baik untuk perkembangan otak janin.
- Strawberi: Strawberi kaya dengan vitamin C dan serat. Mereka juga rendah kalori, menjadikannya sesuai sebagai snek yang sihat.
- Betik (secara sederhana): Betik mengandungi vitamin C dan folat. Namun ingat, betik muda tidak digalakkan untuk dimakan semasa hamil kerana ia boleh mengandungi enzim papain yang boleh merangsang pengecutan rahim. Sebaiknya makan dalam kuantiti sederhana dan pastikan betik masak.
Check up kehamilan
Semasa trimester pertama kehamilan, lawatan pranatal adalah penting untuk memantau perkembangan kehamilan dan memastikan kesihatan ibu dan janin.
Berikut adalah beberapa perkara yang biasanya berlaku semasa lawatan pemeriksaan kehamilan pada trimester pertama:
- Pengesahan Kehamilan: Pada lawatan pertama, doktor akan mengesahkan kehamilan anda melalui ujian kehamilan dan sejarah perubatan anda.
- Soal dan jawab: Anda akan ditanya tentang sejarah perubatan anda, sejarah kehamilan terdahulu (jika ada), dan sebarang gejala semasa atau masalah kesihatan.
- Pemeriksaan Fizikal: Ini mungkin termasuk mengukur berat badan anda, tekanan darah dan pemeriksaan fizikal am untuk memastikan kesihatan anda.
- Ujian Darah dan Urin: Anda mungkin menjalani ujian darah untuk memeriksa kumpulan darah anda, faktor Rh, dan tahap hormon hCG. Ujian air kencing juga boleh dilakukan untuk mengesan protein dan gula.
- Pemeriksaan Kesihatan Reproduktif: Doktor boleh melakukan pemeriksaan ginekologi untuk memeriksa organ pembiakan dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik.
- Ultrasound: Dalam sesetengah kes, ultrasound transvaginal mungkin dilakukan untuk memeriksa perkembangan janin, mengesahkan umur kehamilan dan mengesan degupan jantung janin.
- Jadualkan Lawatan Seterusnya: Biasanya, anda akan menjadualkan lawatan berikutnya semasa trimester pertama dan sepanjang kehamilan.
Seks ketika awal kehamilan
Bagi suami isteri yang berdepan pengalaman pertama kali bakal menimang cahaya mata, anda mungkin berasa risau dan tertanya-tanya adakah selamat pancut dalam ketika trimester pertama.
Jawapannya adalah hubungan suami isteri dan pancut dalam ketika trimester pertama dianggap selamat.
Kehamilan normal biasanya dilindungi oleh serviks yang tertutup rapat, lendir serviks yang tebal, dan rahim yang kuat dan mengecut.
Ia memainkan peranan dalam melindungi janin daripada jangkitan dan pendedahan kepada persekitaran luaran, termasuk sperma.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu, mengalami pendarahan atau gejala luar biasa selepas pancut dalam, segera berjumpa doktor kerana ia mungkin komplikasi kehamilan yang lain.
Kesimpulannya, fasa awal kehamilan amat penting bagi perkembangan janin. Justeru ibu hamil perlu sentiasa memastikan persekitaran yang sihat dan selamat bagi menyokong pertumbuhannya.
Sentiasa berunding dengan doktor sekiranya ibu mempunyai sebarang soalan mahupun kebimbangan bagi mendapatkan perjalanan kehamilan sihat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kalkulator Jantina Bayi Menggunakan Kalendar Kehamilan Cina: Bayi Boy Ke Girl?
Baca juga: Cuci Rambut Ketika Hamil: Kekerapan, Manfaat & Cara Cuci Rambut Yang Betul
Baca juga: Perut Mengeras Ketika Hamil Mengikut Trimester: Punca, Tanda & Cara Mengatasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!