Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, mengalami keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.
Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.
Jangan bertangguh jika anda mengesan sesuatu yang pelik pada keputihan anda. Jadi kali ini, kami akan menerangkan mengenai keputihan semasa hamil yang mungkin anda alami. Jom baca dengan lebih lanjut!
Punca Keputihan Semasa Hamil
Salah satu tanda awal kehamilan adalah perubahan dalam keputihan dan keadaan ini akan berterusan sepanjang kehamilan. Apabila seorang wanita hamil, farajnya sebahagian besar akan mempunyai ‘personaliti’ tersendiri, kata Dr Sheryl Ross, pakar OB-GYN dan kesihatan wanita di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica, California.
Keputihan normal, yang dikenali sebagai leukorea, adalah nipis, jernih atau putih susu, dan berbau lembut. Perubahan dalam keputihan boleh bermula seawal satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, walaupun sebelum anda terlepas haid.
Apabila kehamilan anda meningkat, cecair ini biasanya menjadi lebih ketara, dan ia paling berat pada penghujung kehamilan anda. Anda mungkin mahu memakai pelapik seluar dalam tanpa wangian. Elakkan penggunaan tampon semasa mengandung.
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda juga mungkin perasan bahawa lelehan anda mengandungi jaluran lendir tebal dengan jaluran darah. Ini adalah tanda awal bersalin dan tidak boleh mencemaskan.
Adakah Normal Keputihan Semasa Hamil Banyak?
Adalah perkara biasa untuk ibu hamil mengalami peningkatan dalam keputihan pada bahagian vagina mereka. Sebenarnya, lelehan nipis, bersusu, berbau lembut yang mungkin anda perasan berlaku semasa hamil adalah perkara biasa da ia dikenali sebagai leukorea.
Walau bagaimanapun, pengeluaran lendir apabila anda mempunyai jangkitan yis adalah berbeza. Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda mungkin mengalami gejala berikut:
- Keputihan, berketul-ketul, tidak berbau
- Gatal-gatal dan terbakar di kawasan luar faraj anda (dipanggil vulva)
- Vulva anda mungkin kelihatan merah dan bengkak
- Kencing yang menyakitkan
- Sesetengah wanita juga mengalami ketidakselesaan semasa persetubuhan apabila mereka mempunyai jangkitan yis
Jenis Keputihan Semasa Hamil Tidak Normal
#1. Bacterial vaginosis

Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.
Jangkitan ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral.
Tanda-tanda: jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir . Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.
#2. Trikomoniasis

Ini adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.
Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.
Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berketul, keputihan berwarna kuning saat hamil, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.
#3. Vaginitis monilia
Adalah normal untuk mempunyai sedikit kulat dalam vagina wanita. Tetapi apabila ibu hamil mendapat jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina.
Jangkitan ini tidak disebabkan oleh hubungan seks tetapi lebih kepada akibat stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.
Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.
Langkah Penjagaan Keputihan Semasa Mengandung
Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis monilia kerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.
Oleh kerana keputihan semasa mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.
Jika anda sedang mengalami keputihan semasa mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, juga dengan doktor untuk pengesahan yang tepat.
Ibu hamil boleh mengurangkan peluang berlakunya jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:
- Jagalah kesihatan, makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
- Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
- Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
- Lapkan vagina dari depan ke belakang
- Elak dari menggunakan pantyliner dengan wangian
- Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
- Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.
Makanan Untuk Masalah Keputihan
- Buah-buahan sitrus boleh membantu meneutralkan cecair yang dikeluarkan faraj. Malah ia juga boleh membuatkan bahagian intim anda kurang berbau.
- Elakkan makanan pedas. Sebaiknya ambil makanan yang bersup dan mengandungi bahan yang mampu mencuci dalaman wanita, seperti serai, kunyit. Tambahkan dalam masakan anda!
- Sayuran memang dapat membantu cecair menjadi lebih jernih dan kurang berbau. Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, bendi. Malah sayuran segar seperti taugeh juga bagus!
Cara Mengatasi Keputihan Berlebihan Semasa Hamil
- Banyakkan minum air kosong bagi memastikan badan sentiasa sihat untuk mengawal jangkitan bakteria pada faraj
- Cuci kemaluan dengan air dan sabun yang tidak mempunyai pewangi
- Pastikan faraj sentiasa bersih dan kering selepas membuang air
- Elakkan makanan yang pedas dan bergoreng
- Pakai pakaian yang longgar setiap masa
Bila Perlu Jumpa Doktor

Pastikan anda kunjungi mana-mana klinik untuk dapatkan nasihat daripada doktor jika:
- keputihan anda berwarna kuning, hijau atau coklat
- keputihan anda mengeluarkan bau busuk seperti bau hanyir (BV)
- apabila keputihan anda menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada kulit faraj
- apabila keputihan anda disertai dengan pedih ketika kencing atau melakukan hubungan seks
Anda juga boleh tanyakan doktor kenapa keputihan bau dan apakah bentuk keputihan tanda hamil yang sangat penting untuk anda tahu sepanjang kehamilan bagi memastikan ia bukannya jangkitan dan boleh memudaratkan anda. Jangan risau, doktor anda pasti ada jawapannya!
Semoga artikel ini membawa manfaat untuk anda yang sedang hamil.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!
Baca juga: Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!
Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!