X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Waspada Bila Keluar, Ada Golongan Yang Rancak Curi-Curi Ambil Gambar Ibu Mengandung!

30 Nov, 2021
Waspada Bila Keluar, Ada Golongan Yang Rancak Curi-Curi Ambil Gambar Ibu Mengandung!Waspada Bila Keluar, Ada Golongan Yang Rancak Curi-Curi Ambil Gambar Ibu Mengandung!

Gambar perut ibu mengandung sering menjadi 'santapan' kepada golongan lelaki yang bernafsu kotor. Sentiasa waspada walau dimana anda berada

Proses kehamilan sememangnya mengubah fizikal seseorang. Dari hari ke hari, bahagian perut akan kelihatan semakin membesar. Justeru anda disaran untuk berpada-pada dalam berkongsi gambar perut di media sosial kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Meskipun segelintir mengatakan baby bump kelihatan comel, namun ia dikira sebagai aurat yang perlu dijaga.

Cipta group khas untuk berkongsi gambar perut ibu mengandung

Siapa sangka dengan hanya sekeping gambar sahaja, ia sudah mampu meningkatkan keghairahan golongan lelaki yang bernafsu jijik. Baru-baru ini sebuah kumpulan Facebook iaitu Koleksi Mak Buyung telah diwujudkan.

gambar perut mengandung

Ia menjadi tempat perkongsian gambar perut ibu mengandung yang diambil secara diam-diam dari kebanyakan tempat seperti pusat membeli-belah, kedai pakaian atau tempat percutian.

Jika sebelum ini negara dikejutkan dengan adanya golongan pedofilia (iaitu lelaki mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak), kini para ibu hamil dinasihatkan untuk lebih berwaspada terhadap golongan maiesiofilia.

Ia merupakan gangguan psikologi individu dewasa yang memiliki nafsu terhadap wanita mengandung atau erti kata lainnya ialah pregnancy fetishism.

Mereka yang mempunyai masalah ini cenderung melihat gambar perut ibu mengandung dan memiliki fantasi kotor. 

Menurut perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Naa Mia Henna, dia sempat mengambil beberapa tangkap layar yang mendedahkan kewujudan kumpulan Koleksi Mak Buyung Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi beberapa perbualan mereka yang menjijikkan terhadap gambar-gambar curi ibu mengandung yang dimuat naik.

Gambar perut perempuan mengandung bersepah. Hati-hati jela. Takut ada gambar bini korang atau gambar korang masuk dalam group ini. 

Siap cari ‘candid collector’, bukan kaleng-kaleng. Yang duk komen bukan-bukan pun kebanyakan guna fake account. Ini antara screenshot dari group berkenaan:

gambar ibu hamil

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan mengundang kemarahan ramai. Mereka menggesa supaya kumpulan Facebook tersebut dilaporkan agar ia segera dipadam.

Individu dewasa miliki nafsu terhadap ibu hamil

Seorang jururawat, Bel Nawhen, memberi pandangan akan adanya golongan lelaki yang suka melihat ibu-ibu mengenakan dress hamil atau apa-apa pakaian yang jelas menunjukkan baby bump.

Mereka beranggapan wanita dengan perut yang menonjol ke hadapan ini adalah sangat seksi sehingga mampu meningkatkan nafsu syawat.

Meremang rasanya apabila mendapat salinan channel Telegram seperti ini suatu ketika dahulu di mana ia menjadi medium perkongsian video seks bersama ibu mengandung serta paparan gambar yang menjadi objek pemuas nafsu.

Ya. Saya marah dan tersangat marah kepada mereka:

#1. Yang suka mempamerkan baby bump dengan alasan berkongsi kehamilan dengan rakan-rakan terutama yang bila ditegur, tidak boleh terima.

#2. Kepada mereka yang menjadi hamba nafsu serakah sehingga mencari modal sabun di bilik mandi menggunakan gambar entah siapa-siapa.

#3. Kepada mereka yang tidak segan silu mengambil gambar bukan milik sendiri sebagai modal fantasi seksual.

Tidak dinafikan memang ada ramai ibu mengandung mengambil mudah akan hal ini. Ada yang seronok berkongsi gambar perut, mengenakan pakaian ketat untuk tujuan sengaja menunjukkan kecomelan baby bump masing-masing.

Apabila gambar dicuri oleh individu tertentu, barulah rasa menyesal dan trauma.

Golongan maiesiophilia mungkin orang terdekat yang dikenali

Menurut laporan Harian Metro, fantasi fetisy ini adalah perkara biasa tetapi ia dianggap sebagai gangguan sehingga boleh menjejaskan fungsi normal atau menyebabkan kesusahan.

Lebih merisaukan, golongan ini juga mendedahkan identiti mereka dalam gambar sehingga ada antara mereka menjejaki mangsa.

gambar baby bump
Stories Rakan Kongsi
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You

credit to sources

Wanita yang dikenali sebagai Hani, 29 tahun berkongsi dia pernah menjadi mangsa maiesiophilia beberapa tahun lalu semasa berkongsi gambar di Facebook sewaktu mengandung anak pertama.

”Rakan memberitahu gambar saya tersebar dalam kumpulan tersebut. Apabila membaca komen yang diberikan, diri saya terasa seperti ‘diperkosa’ beramai-ramai.”

”Saya cuba selidik pemilik halaman kumpulan itu kerana yakin dia kenal saya. Dia memuat naik kapsyen dan meletakkan lokasi tempat tinggal saya. Dua hari selepas itu, page tersebut telah disekat oleh Facebook. Sehingga ke hari ini saya trauma dan tidak mahu memuat naik gambar di media sosial lagi.” jelasnya.

Sumber: Siakap Keli, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Gambar Orang Mengandung Sering Menjadi Bahan Pemuas Nafsu, Ibu Sila Waspada!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Waspada Bila Keluar, Ada Golongan Yang Rancak Curi-Curi Ambil Gambar Ibu Mengandung!
Kongsikan:
  • Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

    Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

  • Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

    Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

  • Hentikan Trend Hadiah Untuk Orang Kahwin Yang Memalukan, Jagalah Adab Sebagai Tetamu

    Hentikan Trend Hadiah Untuk Orang Kahwin Yang Memalukan, Jagalah Adab Sebagai Tetamu

app info
get app banner
  • Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

    Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

  • Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

    Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

  • Hentikan Trend Hadiah Untuk Orang Kahwin Yang Memalukan, Jagalah Adab Sebagai Tetamu

    Hentikan Trend Hadiah Untuk Orang Kahwin Yang Memalukan, Jagalah Adab Sebagai Tetamu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.