9 Gangguan Yang Sering Muncul Ketika Trimester Kedua, Ibu Pernah Alaminya Tak?

9 Gangguan Yang Sering Muncul Ketika Trimester Kedua, Ibu Pernah Alaminya Tak?

Ini beberapa keadaan yang akan berlaku bila ibu hamil masuk ke trimester kedua kehamilan. Apa saja yang bakal terjadi? Jom kita lihat satu persatu dalam artikel ini.

Bila masuk kehamilan trimester kedua, kebanyakan wanita hamil akan rasa lega kerana telah berjaya tempuhi fasa timester pertama yang mungkin memenatkan terutama bagi mereka yang mengalami sakit pagi atau morning sickness. 

Pada kehamilan trimester kedua ini, perjalanan mengandung lebih lancar dan ibu lebih bersedia menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi. 

Lebih menggembirakan, pada usia kehamilan 18 hingga 22 minggu, ibu boleh mengetahui jantina bayi sama ada perempuan atau lelaki dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Namun begitu, masih ada beberapa ketidakselesaan yang mungkin boleh menganggu anda seperti berikut: 

9 Ketidakselesaan Yang Mengganggu Kehamilan Trimester Kedua 

Ketidakselesaan di kehamilan trimester kedua #1. Perubahan payudara dan perut 

Apabila janin semakin berkembang, sudah tentu perut juga kian membesar. Bukan hanya perut saja yang mengalami pembesaran ,tapi payudara juga akan kelihatan lebih besar dari sebelumnya bagi mempersiapkan pemprosesan susu badan.

Bagi mengatasi ketidakselesaan itu, sebaiknya anda mengenakan bra yang berukuran lebih besar dan tali cangkuk yang lebar. 

Ketidakselesaan di kehamilan trimester kedua #2. Gusi berdarah dan bengkak 

kehamilan trimester kedua, mengandung trimester kedua, trimester kedua, trimester ke 2, trimester ke-2, kehamilan trimester ke 2 kali, hamil di fasa trimester kedua, hamil fasa trimester ke-2

Kredit: Parenting Club

Perubahan hormon pada kehamilan trimester kedua ini boleh menyebabkan gusi berdarah dan membengkak. 

Namun, ibu tak perlu risau kerana keadaan ini akan kembali normal setelah melahirkan bayi. Bagi mengatasi masalah ini ibu disarankan menggunakan berus gigi yang lembut dan halus bagi mengurangkan iritasi pada gusi. 

Ada kajian mengatakan masalah gigi ketika mengandung cenderung menyebabkan risiko kelahiran pramatang dan bayi yang lahir dengan berat badan ringan. 

#3. Hidung tersumbat 

Masalah hidung tersumbat sering mengganggu ibu semasa di trimester kedua.

Bagi mengatasinya, ibu boleh memasang alat pelembab udara dalam rumah dan masukkan ubat titis hidung supaya masalah hidung tersumbat dapat dipulihkan. 

Namun, pastikan anda selalu berkonsultasi dengan doktor jika kerap mengalami masalah ini. 

#4. Masalah keputihan miss v 

Masalah keputihan juga sering mengganggu ibu semasa di fasa trimester kedua. Apa yang boleh anda buat adalah pakai pantyliner sekiranya melakukan sebarang aktiviti tertentu. 

Namun, waspada jika keputihan berubah warna hijau atau kekuningan serta gatal-gatal di area vagina kerana ia mungkin adanya infeksi. 

#5. Rambut semakin lebat

Oleh kerana berlakunya perubahan hormon yang ketara semasa hamil maka ibu juga akan mengalami pertambahan rambut dan bulu di sekitar bahagian tubuh seperti muka, punggung, perut dan tangan. 

Apa yang anda boleh buat adalah dengan mencukur dengan lebih kerap supaya badan lebih selesa. 

#6. Kulit kelihatan hitam dan gelap 

Perubahan hormon boleh merangsang penghasilan melanin sehingga menyebabkan keluarnya rona-rona hitam pada tubuh terutama bila sering terdedah dengan sinaran cahaya matahari.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu boleh memakai produk kulit muka yang mengandungi SPF 30 sebelum melakukan aktiviti diluar dan mengenakan pakaian yang lebih selesa. 

Rona hitam ini bukan hanya ganggu di bahagian wajah saja tapi turut menjejaskan bahagian tubuh yang lain seperti payudara, perut, paha dan leher. 

#7. Kontraksi palsu 

Semasa kehamilan trimester kedua juga ibu akan kerap mengalami kontraski palsu yang seakan sama seperti saat melahirkan. 

Keadaan ini lebih rentan berlaku apabila kalian melakukan aktiviti fizikal atau setelah berhubungan kelamin. 

Jika ini berlanjutan, sebaiknya rujuk doktor kerana boleh mengakibatkan kelahiran bayi pramatang. 

#8. Sakit punggung 

kehamilan trimester kedua, mengandung trimester kedua, trimester kedua, trimester ke 2, trimester ke-2, kehamilan trimester ke 2 kali, hamil di fasa trimester kedua, hamil fasa trimester ke-2

Kredit: Bidanku

Apabila hamil, berat ibu semakin bertambah jadi tidak hairanlah anda mengalami sakit punggung dan anggota badan yang lain. 

Bagi menghindari masalah ini, anda mintalah suami tolong urut di bahagian tersebut supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan itu. 

#9. Kaki kram 

Kaki kram ini biasanya bertambah parah di waktu malam semasa anda sedang tidur. Untuk langkah pencegahan, cuba relakskan otot sebelum tidur dan minum banyak air putih setiap hari. 

Selain itu, pilih sepatu yang lebih selesa bagi hindari kaki tersadung atau kram jadi lebih parah. 

Kalau boleh minta suami urut kaki anda sebelum tidur dan letakkan kaki lebih tinggi dari paras dada dengan beberapa tindinan bantal. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

9 Faktor Kenapa Trimester Ke-3 Kehamilan Akan Jadi Saat Paling Sukar, Bertabah Ya Ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner