Anda sudah masuk trimester kedua kehamilan? Ini 5 benda penting yang harus anda buat

lead image

Ibu-ibu pasti teruja kan bila sudah masuk trimester kedua kehamilan? Tapi dalam keterujaan itu, jangan lupa buat 5 perkara ini, tau! Jom sama-sama buat.

Tahniah kerana sudah melepasi trimester pertama dan kini sudah masuk ke trimester kedua kehamilan. Tahukah anda yang kini si kecil anda itu sudah membesar sebesar buah avokado?

Trimester kedua kehamilan ialah tempoh yang mengujakan kerana badan anda akan mengalami pelbagai perubahan besar.

Bagi mereka yang mengalami mual atau alahan, selalunya di trimester kedua, ia sudah semakin surut. Namun, ada juga ibu hamil trimester kedua masih mual dan muntah-muntah, ya!

Anda juga akan mulai perasan perut anda semakin jelas dan membesar. Nikmati setiap perubahan indah ini namun jangan lupa 5 perkara penting yang anda harus buat ini. Bagi memudahkan anda, kami telah senaraikan ia untuk rujukan anda.

1. Amal pemakanan sihat ketika trimester kedua kehamilan

trimester kedua kehamilan, kehamilan, trimester, trimester kedua, hamil, ibu hamil, kehamilan, mengandung, amalan masa mengandung, senarai hamil, trimester kedua kandungan, trimester kedua berapa minggu, trimester kedua berapa bulan, trimester kedua mengandung, trimester kedua masih mual muntah, trimester kedua masih mual, trimester kedua ibu hamil

Ramai bakal ibu sudah mempunyai selera makan kembali setelah memasuki trimester kedua kehamilan. Ini kerana alahan mulai hilang dan anda mula teringin untuk makan macam-macam.

Namun untuk pertumbuhan bayi yang sihat, kekalkan pemakanan sihat ya ibu-ibu.

Apa yang anda boleh buat ialah cukupkan bekalan makanan berkhasiat supaya mudah untuk anda capai ketika anda teringin makan. Tidak salah sekiranya sekali sekala anda teringin nak makan ais krim coklat, namun haruslah berpada-pada.

Perbanyakkan makanan seperti bijirin, sayuran, buah-buahan, tenusu dan protein. Hati-hati dengan pengambilan makanan manis.

Ibu yang hamil di trimester kedua digalakkan untuk menambah 340 kalori sehari.

Kurangkan makanan yang diproses serta makanan yang tercemar. Basuh dulu sayur dan buah sebelum makan dengan cuka epal untuk mengurangkan risiko kesan racun perosak. 

2. Kekal aktif

trimester kedua kehamilan, kehamilan, trimester, trimester kedua, hamil, ibu hamil, kehamilan, mengandung, amalan masa mengandung, senarai hamil, trimester kedua kandungan, trimester kedua berapa minggu, trimester kedua berapa bulan, trimester kedua mengandung, trimester kedua masih mual muntah, trimester kedua masih mual, trimester kedua ibu hamil

Selain lebih berselera di trimester kedua kehamilan, ibu hamil juga akan lebih bertenaga berbanding trimester pertama. Jadi jangan biarkan kasut sukan anda berhabuk.

Bersenam dan tambahkan lagi seri hamil anda!

Namun pastikan anda mengambil langkah keselamatan juga. Jangan memaksa badan anda membuat senaman berat hingga memudaratkan. Ambil kira had tubuh badan anda.

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah : 

  • Berjalan
  • Yoga
  • Berenang

3. Ambil tahu tentang hospital anda bakal bersalin

Pilihlah hospital yang jaraknya tidak terlalu jauh dari rumah. Ini agar sekiranya berlakunya kecemasan, mudah untuk anda ke hospital. Dan luangkan masa untuk melawat ke hospital tersebut.

Ambil tahu tentang kemudahan bagi kehamilan yang tinggi risiko. Jika anda mempunyai rancangan untuk bersalin, bincang dengan pihak hospital tentangnya.

Dan semak jika mereka mempunyai penasihat laktasi yang boleh membantu anda dengan penyusuan ibu nanti.

4. Persiapkan bilik/sudut bayi

trimester kedua kehamilan, kehamilan, trimester, trimester kedua, hamil, ibu hamil, kehamilan, mengandung, amalan masa mengandung, senarai hamil, trimester kedua kandungan, trimester kedua berapa minggu, trimester kedua berapa bulan, trimester kedua mengandung, trimester kedua masih mual muntah, trimester kedua masih mual, trimester kedua ibu hamil

Ini antara bahagian yang paling seronok bukan? Menghias bilik bayi. Menyiapkan satu bahagian yang indah untuk menyambut si kecil nanti.

Namun ada beberapa perkara yang anda harus titik beratkan dalam penyediaan ini seperti:

  • Beli barang yang boleh diguna untuk jangka masa panjang.
  • Pastikan ciri keselamatan, contohnya tidak meletakkan selimut, permainan dan bantal dalam katil bayi kerana risiko lemas.
  • Pastikan tempat menyalin lampin mudah akses, senang membuang lampin dan mudah dibersihkan.
  • Dan jika boleh, letak kerusi untuk memudahkan menyusu.

5. Beli pelan insurans materniti

Sekiranya insurans berada dalam bajet anda, belilah pelan insurans materniti sebagai pelan kecemasan. Dapatkan nasihat dari mereka yang pernah membeli.

Buat perbandingan mana yang menepati kehendak anda. Paling utama, jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan berjadual anda. 

Kami di theAsianparent mengucapkan selamat maju jaya untuk ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam trimester kedua kehamilan. Semoga anda lebih peka dengan kesihatan diri anda. Jaga diri dan baby, ya!

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma