Vaksin: Pentingkah untuk anak saya?

lead image

Kanak – kanak, terutama bayi, tidak mempunyai sistem imun yang kuat seperti mana orang dewasa. Beberapa imunisasi (vaksinasi) diperlukan dalam beberapa tahun pertama kehidupan kanak-kanak bagi melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit serius.

Apakah vaksin?

Prof Dr Zulkifli Ismail, seorang konsultan pediatrik, berpandangan bahawa vaksinasi adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian.

Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan.

Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan.

Pemberian vaksin boleh dilakukan secara suntikan atau secara pemakanan.

Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:

Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Penyakit – penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi

  1. Tibi (Tuberculosis) – akibatkan radang paru – paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
  2. Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
  3. Polio - lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
  4. Difteria- akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.
  5. Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
  6. Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
  7. Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
  8. Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
  9. Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Baca juga : Salah diagnosis - Nyawa anak anda dalam bahaya!

vaksin

Kepentingan vaksin

Vaksin telah membantu menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak.

Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung imunisasi di mana ia dikatakan boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya akan potensi vaksin ini dalam melambatkan atau mengelakkan penyakit.

Ini boleh meletakkan semua anak-anak kita pada risiko – itulah sebabnya ia begitu penting untuk memisahkan fakta daripada auta.

Walaupun begitu, kepentingan dan kebaikan vaksin mengatasi kesan sampingannya. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda:

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif

BERKAIT: Barang-barang bayi yang selamat untuk digunakan dalam rumah anda

Bagi memastikan kesihatan bayi dan kanak-kanak terjamin, kerajaan telah memberikan vaksinasi secara percuma mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Vaksin yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

Screen Shot 2016-08-13 at 11.27.58 PM

Screen Shot 2016-08-13 at 11.28.15 PM

Nota
    • *Tiada Parut – BCG hanya akan diberi kepada kanak-kanak yang tiada parut ketika Tahun 1 persekolahan.
    • B – Dos booster (Tambahan)
    • DT – Diptheria dan Tetanus
    • # Dos ini diberi kepada kepada kanak-kanak di Sabah sahaja.
    • ♀ Imunisasi Rubella diberi kepada kanak-kanak perempuan semasa Tahun 6 persekolahan.
    • Rubella akan diberhentikan setelah kanak-kanak yang mendapat imunisasi MMR dos pertama dan tambahan mencapai Tahun 6.
vaksin
 
Ibu bapa haruslah memastikan anak – anak mendapat vaksin percuma yang lengkap sebagaimana yang telah disediakan oleh kerajaan. Selain itu, pertimbangkanlah pemberian vaksin-vaksin tambahan, walaupun ia melibatkan bayaran.
 
Vaksin tambahan juga boleh mencegah epidemik dan penyebaran wabak penyakit. Ia sama penting seperti imunisasi rutin dalam melindungi anak-anak anda.
 
Bagi vaksin Meningokokal pula akan diberikan ketika kanak-kanak berusia 2 tahun dan keatas.Hanya 1 dos sahaja diperlukan. Perlindungan vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.

Anak-anak anda adalah tanggungjawab anda. Lakukan pilihan yang terbaik dengan mengambil vaksinasi seperti yang disarankan demi menjamin masa depan yang sihat untuk anak anda.

Jauhi kontroversi dan kurangkan andaian teori – rujuklah kepada pakar perubatan anda untuk mendapatkan maklumat vaksinasi dengan lebih lanjut.

Bagi ibu bapa Muslim di Malaysia, kita perlu mengingati firman Allah (dalam Surah Al Anbiya, ayat 7), “Bertanyalah kepada yang mengetahui (ahli dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”.

Artikel ini ditulis oleh Ziana Nasir dan pertama kali diterbitkan di lelaman Pregnant.my 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner