X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

5 min bacaan
12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Anda ragu-ragu dan kurang pasti tentang suntikan vaksin? Ada soalan yang tak terjawab? Cuba semak jawapan dalam 12 soalan penting tentang suntikan vaksin ini.

Untuk 2 tahun pertama, bayi anda akan mendapat suntikan vaksin untuk melindunginya daripada sepuluh jenis penyakit. Terdapat pelbagai kontroversi mengenai pemberian vaksin di mana ada yang beranggapan vaksin adalah racun untuk anak.

Apabila anak perempuan saya dilahirkan 7 tahun lalu, saya telah mengikut jadual suntikan vaksin seperti yang disarankan oleh KK tanpa persoalan. Tapi, apabila anak kedua saya lahir 4 tahun kemudian, lebih ramai ibu bapa telah memutuskan untuk tidak memberi suntikan vaksin kepada anak mereka.

Malah, ada juga selebriti-selebriti yang menyokong perkaitan antara vaksin dan autisme. Ini menyebabkan ramai ibu-ibu rasa keliru tentang imunisasi dan suntikan vaksin.

#1 Adakah suntikan vaksin pertahanan terbaik untuk anak saya?

suntikan vaksin

Kredit: Freepik

Jawapan: Sudah semestinya!

“Melindungi anak dari penyakit berjangkit adalah perkara yang mustahil.” Itu penjelasan Ari Brown, MD, pengarang Baby 411 dan jurucakap untuk American Academy of Pediatrics (AAP).

Ibu bapa tak boleh mengawal siapa yang datang berdekatan dengan anak dan mereka tak dapat menjamin yang anak-anak akan tetap sihat.

Tapi, anak yang telah menerima suntikan vaksin akan menunjukkan gejala yang kurang serius berbanding jika dia tidak divaksin.

#2 Kan penyusuan susu ibu sudah mencukupi?

suntikan vaksin

Kredit: susuibuhebat.wordpress.com

Jawapan: Ada yang menganggap jika ibu menyusukan anak, ibu itu akan memberi imuniti pada anaknya. 

Sebenarnya anak akan menerima antibodi untuk penyakit biasa sahaja, dan antibodi tersebut cuma akan melindungi bayi yang berumur 3 – 6 bulan.

Inilah sebab mengapa bayi akan diberikan beberapa suntikan vaksin selepas fasa tersebut supaya dia dilindungi dengan baik.

#3 Mengapa vaksin sangat penting?

suntikan vaksin

Kredit: networkhealth.com

Jawapan: Penyakit seperti mumps dan campak masih wujud sehingga ke hari ini dan ia boleh jadi sangat serius hingga menyebabkan kematian.

“Mungkin penyakit yang kita vaksinkan jarang berlaku di negara ini, tapi ini tidak bermakna ia jarang berlaku di seluruh dunia,” kata Meg Fisher, MD, pengarah perubatan The Children’s Hospital Di Pusat Perubatan Monmouth, di Long Branch, New Jersey. 

#4 Apa akan jadi jika anak anda tidak divaksin?

suntikan vaksin

Kredit: Parent.com

Jawapan: Walaupun program vaksin melindungi anak dari banyak penyakit, tapi ini cuma akan berjaya jika semua orang mengikut jadual yang ditetapkan. 

Jika 90% komuniti diberi vaksin, anak anda akan dilindungi dari penyakit.

Tapi, jika terdapat beberapa ibu bapa yang enggan memberi anak mereka suntikan vaksin, maka kanak-kanak dalam komuniti itu tidak akan dapat melindungi sesama sendiri. 

Namun, apabila ibu bapa terus memberi vaksin, penyakit boleh dihapuskan pada masa akan datang.

#5 Adakah vaksin betul-betul selamat?

suntikan vaksin
Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Kredit: Freepik

Jawapan: Ya!

Pakar mengatakan vaksin sangat selamat kerana ia telah dikaji dengan meluas. 

Mula-mula, vaksin akan melalui ujian klinikal. Kemudian, FDA akan meninjau penemuan yang diperoleh untuk menentukan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut. 

Setelah diluluskan, FDA akan memantau pengeluaran vaksin itu dengan ujian susulan untuk setiap lot pengeluaran bagi memastikan keselamatan dan kesucian vaksin. 

#6 Adakah suntikan vaksin punca autisme?

Jawapan: Tiada bukti saintifik atau klinikal yang kukuh mampu menyokong penyataan vaksin boleh menyebabkan autisme.

Ibu bapa yang tak memberi vaksin pada anak-anak kerana risau akan autisme akan mendedahkah anak kepada penyakit serius.

#7 Bagaimana pula dengan kandungan merkuri & thimerosol dalam vaksin?

Jawapan: Kebimbangan keselamatan yang lain adalah pengawet thimerosal yang mengandung merkuri.

Tapi, ia telah dikeluarkan dari vaksin, atau sekurang-kurangnya dikurangkan sejak tahun 2001. 

#8 Bolehkah ibu bapa meningkatkan imun anak supaya tak perlu beri suntikan vaksin?

Jawapan: Sesetengah ibu bapa percaya yang anak-anak perlu sakit untuk meningkatkan imun badan. 

Kalau sepupu yang kena penyakit cacar air, mereka akan bawa anak mereka pergi melawat untuk dijangkiti penyakit yang sama.

Ibu bapa jangan lupa, kita tak boleh meramal tindak balas imun badan anak yang tidak diberi vaksin. 

Mereka boleh mengalami gejala penyakit yang teruk atau kesan sampingan yang serius seperti risiko lumpuh, pekak, dan juga kematian.

#9 Bolehkah anak diberi suntikan vaksin apabila demam?

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Jawapan: Boleh, jika anak demam ringan (kurang daripada 38°C).

Ini kerana sistem imun anak anda sudah terbantut untuk melawan demam, jadi badannya mungkin boleh bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap suntikan vaksin.

Tapi jika anak mengalami demam yang tinggi, tunggu sehingga dia baik dulu.

Anda juga mungkin perlu menangguhkan suntikan jika dia mempunyai sistem imun yang lemah atau sedang menjalani rawatan lain. Bincangkan dengan doktor anda.

Jika anda tak pasti bagaimana ingin mengendalikan anak yang demam selepas suntikan vaksin, cuba baca artikel ini.

#10 Bolehkah kanak-kanak dengan alahan diberi vaksin?

Jawapan: Sekiranya anak ada alahan terhadap protein telur, seperti yang digunakan dalam vaksin influenza, dia masih boleh divaksin dengan selamat. 

Doktor boleh menentukan jika risiko alahan terhadap vaksin melebihi perlindungan yang ditawarkan.

#11 Bolehkan suntikan vaksin dijarakkan?

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Kredit: Freepik

Jawapan: Terdapat banyak perbincangan mengenai jadual vaksin alternatif. Ada yang ingin menunda, memisahkan kepada beberapa dos kecil dan ingin menjarakkan suntikan.

Penyokong jadual ini mengatakan jarak suntikan, terutamanya untuk 3 suntikan MMR (campak-mumps-rubella), tak akan membebankan sistem imun kanak-kanak, malah boleh mengurangkan risiko autisme.

Tapi Dr. Fisher berkata, “sistem imun tubuh boleh bertindak balas dengan senang terhadap vaksin yang diberi.

Anak boleh diberikan beberapa vaksin pada hari yang sama dan setakat ini belum ada bukti kukuh mengatakan suntikan vaksin yang dijarak akan menghasilkan kesan sampingan yang lebih kurang.”

#12 Apakah kesan sampingan suntikan vaksin yang ibu bapa perlu prihatin? 

Jawapan: Kesan sampingan seperti kemerahan dan rasa sakit di kawasan suntikan, demam ringan dan ketidakselesaan adalah perkara biasa.

Tetapi AAP menyarankan anda untuk berjumpa doktor jika anak menunjukkan tanda-tanda berikut selepas suntikan:

  • Demam tinggi yang melebihi 38 ° C
  • Sawan
  • Tanda hitam, biru atau gatal-gatal pada badan

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan tentang suntikan vaksin!

Sumber: Parents, Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Apa pandangan Islam tentang vaksin pada kanak-kanak dan hukumnya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

  • halaman rumah
  • /
  • Anak
  • /
  • 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa
Kongsikan:
  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.