Antara Vaksin Bayi Yang WAJIB & Tambahan, Ibu Bapa Perlu Tahu!

Antara Vaksin Bayi Yang WAJIB & Tambahan, Ibu Bapa Perlu Tahu!

Tidak faham mengapa masih ada keluarga yang memandang enteng mengenai vaksin bayi. Ia adalah perkara paling penting, tanpanya anak anda tidak boleh didaftar sekolah nanti!

Tidak lengkap rawatan bayi anda tanpa mengambil dos vaksin yang telah dijadualkan. Tidak faham mengapa masih ada keluarga yang memandang enteng perkara sebegini. Malah vaksin bayi adalah penting, tanpanya anak anda tidak boleh didaftar sekolah nanti!

Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, banyak langkah-langkah normal baharu yang perlu diamalkan. Secara tidak lagsung vaksin tambahan menjadi salah satu solusi untuk ibu bapa memastikan kesihatan anak lebih terjaga. 

Imunisasi bayi: Jadual vaksinasi yang disarankan KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (measles, mumps, rubella) untuk bayi 9 bulan.

Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan.

Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak. Ini adalah jadual imunisasi bayi dan vaksin untuk bayi dari KKM:

Manakala ini adalah jadual vaksin tambahan yang boleh diberikan untuk anak anda.

vaksin bayi

Vaksin tambahan ini dapat memberikan perlindungan penuh kepada anak anda jika ia disertai dengan vaksin yang disarankan oleh KKM.

Vaksin bayi: Kenapa ibu bapa harus beri imunisasi untuk bayi?

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut ini:

  • Tibi (batuk kering) - Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.Difteria - Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol) - Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.Tetanus - Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) - Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B - Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio - Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak - Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk - Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella - Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus - Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus - Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
  • Virus Human Papilloma - Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

vaksin bayi

Ada tak kesan sampingan vaksin untuk bayi?

Ramai ibu bapa yang takut untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.

Anda perlu tahu yang semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO).

Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut:

Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius
Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi. Jadi, jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda sekarang.

Mitos mengenai vaksin

vaksin bayi
#1. Bayi yang divaksin lebih mudah dijangkiti
Peratusan vaksin yang berkesan adalah setinggi 85-95% dalam mengelak dari dijangkiti penyakit. Ada sesetengah orang yang tidak bertindak balas dengan vaksin. Sebenanrnya kebanyakan orang yang tidak mengambil vaksin menyebabkan imunisasi kita lemah lantas mudah dijangkiti.

#2. Vaksin punca autisma
Pada tahun 1998, ada kajian menunjukkan kenyataan ini berdasarkan 12 kanak-kanak yang menghidap autisma. Malangnya tiada bukti yang menunjukkan ianya benar berdasarkan logik mahupun bukti yang saintifik.

#3. Vaksin mengandungi bahan tidak halal
penghasilan sesetengah vaksin mungkin melibatkan sebahagian enzim 'porcine'. Namun produk vaksin yang terbaru dihasilkan telah melalui proses Polymerase Chain Reaction (PCR) yang mana ia menunjukkan tiada langsung kehadiran bahan porcine ini. Lantas semua vaksin yang dihasilkan di negara ini adalah mengikut syara'.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai tips keibubapaan dalam normal baharu sekarang ini, anda boleh klik our The Secret to My Modern Parenthood guidebook yang dihasilkan oleh Kao Malaysia sempena kempen mereka yang terbaru iaitu Welcome to My Modern Parenthood 2020 campaign. 

Sumber: Kao Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/jenis-vaksin

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner