TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Awas Ibu! Kanak-Kanak Ini Maut Akibat Difteria Kerana TAK Divaksin!

3 min bacaan
Awas Ibu! Kanak-Kanak Ini Maut Akibat Difteria Kerana TAK Divaksin!

Ibu bapa perlu sedar kepentingan memberi anak vaksin supaya mereka dilindungi dari penyakit difteria kanak-kanak. Salah satu cara mencegah penyakit ini hanyalah dari vaksin!

Isu penyakit difteria kanak-kanak tidak sewajarnya diambil ringan. Gempar sebelum ini apabila seorang budak berusia 2 tahun 1 bulan maut di Johor kerana tidak divaksin. 

Sebelum ini, seorang budak lelaki telah meninggal dunia di Hospital Miri, Sarawak, akibat penyakit difteria kanak-kanak juga.

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun itu terjangkit penyakit difteria kerana tidak diberi vaksin sejak lahir, atas sebab-sebab agama. 

Sebelum meninggal budak lelaki itu telah demam, batuk-batuk, selesema dan menghadapi masalah pernafasan.

Sebanyak 32 kes penyakit difteria kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia sejak tahun 2017. 7 kes dari jumlah itu telah berakhir dengan kematian kerana kebanyakan mereka tidak diberi vaksin.  

Apa Penyebab Penyakit Difteria Kanak-Kanak?

gambar penyakit difteria, tanda-tanda difteria, punca difteria, difteria kkm, beza tonsil dan difteria, difteria vaksin, vaksin difteria, penyakit difteria kanak-kanak, difteria kanak-kanak

Sumber gambar: Laman FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Difteria adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”.

Bakteria ini mengeluarkan toksin difteria yang boleh membawa maut kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan.

Penyakit difteria kanak-kanak selalu menjangkiti tekak, iaitu bahagian tonsil, farinks, larinks dan hidung). Rupanya seperti lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam saluran pernafasan atas.

Penyakit ini senang tersebar melalui titisan cecair (batuk/bersin) dan sentuhan fizikal. Tempoh penahanan di rumah ialah selama 2-5 hari ataupun lebih lama.

Kanak-kanak yang senang terjangkit adalah mereka yang dibawah usia 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

Tanda-tanda Penyakit Difteria 

gambar penyakit difteria, tanda-tanda difteria, punca difteria, difteria kkm, beza tonsil dan difteria, difteria vaksin, vaksin difteria, penyakit difteria kanak-kanak, difteria kanak-kanak

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong
  • Sakit ketika menelan atau bengkak bahagian leher
  • Masalah pernafasan

Tapi, kadang-kadang doktor pun boleh terlepas pandang penyakit difteria kanak-kanak apabila pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda demam atau sakit tekak biasa yang tidak serius. 

Penyakit difteria kanak-kanak hanya dapat dikenalpasti pada peringkat awal dengan mengambil sampel kuman dari pesakit dan diuji di makmal.

Namun, doktor akan mulakan rawatan awal pada pesakit yang disyaki kerana penyakit difteria boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Rawatan Untuk Anak Yang Ada Penyakit Ini

gambar penyakit difteria, tanda-tanda difteria, punca difteria, difteria kkm, beza tonsil dan difteria, difteria vaksin, vaksin difteria, penyakit difteria kanak-kanak, difteria kanak-kanak

  • Antitoksin untuk mengawal penularan toksin difteria di dalam darah(diberikan serta-merta selepas sampel diambil tanpa menunggu keputusan tetapi tidak semua pusat perubatan mempunyai antitoksin ini).
  • Eritromisin dan Penisilin untuk mengawal bakteria.
  • Pesakit akan memerlukan pemantauan dan dikuarantinkan untuk mengelak penyakit ini dari tersebar.

Tapi malangnya antitoksin ini tidak akan memusnahkan semua toksin yang sudah ada di dalam badan, maka penyakit ini boleh berulang.

Oleh itu langkah pencegahan yang paling berkesan ialah untuk mendapatkan vaksin difteria yang diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus untuk bayi pada berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (semuanya 3 dos) dan dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Jangan bimbang jika anak sudah besar tetapi masih belum mendapat vaksin difteria kerana vaksin ini boleh di beri kepada remaja mahupun orang dewasa.

Bincanglah dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anak anda boleh diberi vaksin untuk penyakit difteria kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan peringatan dan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Gambar diambil dari kpkesihatan.com

Baca juga: Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Vaksinasi
  • /
  • Awas Ibu! Kanak-Kanak Ini Maut Akibat Difteria Kerana TAK Divaksin!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham