Bayi Kerap Mengalami Hidung Tersumbat, Ibu Cuba 5 Petua Ini Tanpa Perlu Ke Klinik

Bayi hidung tersumbat sering terjadi kepada anak kecil yang sedang membesar. Meskipun tidak bahaya, keadaan ini membuatkan si manja rimas dan tidak selesa
Masalah bayi hidung tersumbat sering terjadi sehingga menyebabkan rasa tidak selesa si manja untuk bernafas. Keadaan ini turun menganggu bayi untuk tidur dan sukar menyusu dengan baik.
Ia bukan sahaja pengalaman yang memeritkan bagi penghidapnya, malah turut memberikan cabaran kepada ibu ayah menguruskan ragam anak yang kurang sihat.
Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!
Masalah bayi hidung tersumbat, perkara penting ini anda perlu tahu
Menurut anggaran oleh pakar perubatan, anak yang masih kecil cenderung mengalami gejala selesema antara 8 hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.
Ia juga mungkin diselangi dengan masalah bayi hidung tersumbat atau nasal congestion sehingga membuatkan si manja meragam akibat tidak selesa dengan keadaan ini.
Hidung bayi tersumbat boleh berlaku ketika saluran darah serta tisu pada bahagian rongga pernafasan mengandungi terlalu banyak cecair. Antara tanda-tanda si manja menghadapi masalah ini ialah:
- Batuk
- Bernafas terlalu cepat dan berulang kali (sinffling)
- Sukar untuk menyusu kerana tidak dapat bernafas sewaktu menghisap susu ibu
- Mengeluarkan bayi seakan-akan berdengkur ketika tidur
- Perubahan warna hingus
- Lendir/ hingus hidung yang agak tebal
Petua hilangkan masalah bayi hidung tersumbat tanpa menggunakan ubat
Ubat memang kebiasaannya mempunyai rasa yang pahit. Pengalaman memberi anak kecil makan ubat bukanlah begitu mudah, malah sesetengah ibu hilang sabar apabila melihat si manja membuang semula ubat yang masuk dalam mulut.
Namun tahukah anda bahawa bayi berusia bawah 2 tahun tidak digalakkan makan sebarang jenis ubat. Adalah lebih baik anda merawatnya di rumah dengan beberapa tips ini:
#1. Air kunyit

credit to sources
Ramai yang tidak tahu bahawa kunyit merupakan antibiotik semula jadi untuk membantu sistem ketahanan tubuh melawan selesema. Caranya anda hanya perlu menggosokkan bahan ini di permukaan yang kasar bagi mendapatkan airnya.
Kemudian sapu air kunyit ke bahagian batang hidup bayi. Anda juga boleh menumbuk kunyit dan gosok pada bahagian dada dan belakang si manja.
Teknik ini dikatakan mampu memberi kelegaan bayi hidung tersumbat.
#2. Minyak bawang putih
Cara untuk menyediakan minyak bawang putih adalah cukup mudah:
- Bakar bawang tanpa minyak sehingga melepuh
- Kemudian, ketuk manja sehingga ia terbelah sedikit
- Campurkan bawang putih dengan minyak zaitun atau kelapa dara. Lenyekkan bawang putih bersama minyak tersebut
- Sapu pada bahagian dada, tapak kaki dan belakang bayi ketika selesema atau kurang sihat
Pada waktu malam, kami mencadangkan anda untuk sarungkan stoking kepada bayi yang kurang sihat selepas menyapu minyak ini.
#3. Garlic steaming
Cara ini dapat membantu mencairkan kahak dalam paru-paru serta hingus yang tersumbat di bahagian hidung. Kaedahnya adalah letakkan bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses stim dilakukan.

credit to sources
Kemudian halakan muka bayi ke permukaan wap. Lakukan selama 15 minit, sedut cairan hingus dan kahak yang keluar.
#4. Cuci hidung
Bagi merawat masalah bayi hidung tersumbat, ibu juga boleh mencuci hidung dengan air garam yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia khusus untuk nasal irrigation, jika nak gunakan syringe pun boleh.
Baringkan si manja anda ke sisi, kemudian alirkan air melalui sebelah hidung. Hingus akan keluar melalui hidung yang sebelah lagi.
#5. Teknik percussion
Teknik ini selalu dipraktikkan oleh kebanyakan ibu. Ia tidak menggunakan wap air, sekadar tepuk-tepuk sahaja bagi memulihkan sistem pernafasan bayi. Antara langkah-langkahnya ialah:
- Letak bayi dalam posisi meniarap dengan sokongan bantal lembut pada bahagian bawah perutnya
- Pastikan kepala si manja lebih rendah berbanding kaki. Kaki diluruskan.

credit to sources
- Bentuk tangan (cupping) seolah-olah sedang berdoa dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja
- Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakan bayi.
Nota: Pastikan buat sesi ini ketika bayi belum minum susu atau antara setengah jam sehingga sejam selepas sesi menyusu bagi mengelakkan si manja muntah susu.
Kesimpulannya, selesema, batuk, demam adalah masalah biasa dialami kebanyakan anak sepanjang tempoh tumbesarannya. Apabila ibu berjaya berdepan jangkitan selesema serta hidung tersumbat, sudah pasti anda tahu apa yang perlu dibuat pada jangkitan seterusnya.
Sumber: Ayachalo
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Cara urut untuk atasi masalah hidung tersumbat pada bayi (panduan bergambar)
Trik ibu ini bersihkan hidung bayinya yang menangis tanpa henti sungguh menakjubkan!
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!