Walaupun kulit si manja lembut dan halus, ini bukan bererti ia tidak memerlukan perhatian dan penjagaan khusus. Hakikatnya kulit bayi adalah sangat sensitif dan berisiko berdepan pelbagai masalah seperti iritasi, ruam, kemerahan atau ekzema. Ini dia krim ruam bayi terbaik dalam menjamin kulit anak anda bebas dari masalah ekzema.
Tips Memilih Krim Ruam Bayi Terbaik
Buat para ibu, demi menjaga kulit si kecil anda daripada mengalami masalah kering, adalah seeloknya untuk anda memberikan lembapan secukupnya ke atas kulit anak anda dengan menggunakan krim ruam bayi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Tetapi kenapa? Ini kerana, ketika mereka masih berada di dalam rahim anda, bayi diliputi dengan cecair yang dipanggil vernix caseosa. Cecair ini mempunyai fungsi dalam melindungi dan melembapkan kulit bayi. Lapisan perlindungan adalah penting dek kerana kulit bayi adalah 20 ke 30 peratus lebih halus daripada kulit orang dewasa.
Tanpa lapisan pelindung ini, kulit si kecil anda akan mula kering, berkuping dan mengelupas. Sewaktu melalui proses kelahiran, cecair vernix caseosa adalah biasanya akan dilap oleh jururawat selepas dilahirkan ketika mereka membersihkan bayi.
Disebabkan itu, demi memastikan kulit bayi anda tidak kering tanpa segala lapisan pelindung yang penting ini, adalah dengan menggunakan krim bayi. Tetapi sebelum mencari krim ruam bayi, adalah sebaiknya juga anda kenali terlebih dahulu kondisi kulit si comel.
Jadi sebelum membeli mana-mana krim ruam bayi pilihan, cuba lihat beberapa tips di bawah ini:
1. pH Balanced
“pH balanced" biasanya ditulis di atas produk penjagaan kulit bayi. Tambah lagi, skala pH adalah bertujuan untuk mengukur tahap asidik/alkali pada cecair tersebut.
- pH1 – pH6, menunjukkan krim bayi adalah asidik
- pH8 – pH14, menunjukkan krim bayi adalah alkali
- pH neutral atau pH7, menunjukkan yang krim bayi adalah tidak berasid/alkali
Adalah penting untuk para ibu melihat pada tahap PH pada produk penjagaan bayi, kerana permukaan kulit bayi meningkat dari pH neutral – pH5.5.
Mantel asid melindungi kulit bayi dan justeru itu adalah penting untuk memilih krim bayi yang dekat dengan tahap pH kulit bayi.
Banyak produk penjagaan kulit tidak pernah menyatakan tentang tahap pH mereka yang sebenarnya dan hanya menggunakan terma seakan ultra-mild atau mild. Walau bagaimanapun, terma sebegitu tidak menggambarkan tahap pH seimbang/ pH neutral.
2. Fahami Keperluan Bayi
Seorang ibu yang baru atau pertama kali bergelar ibu pastinya mempunyai terlalu banyak persoalan atau perkara yang mereka tidak tahu tentang bayi mereka.
Persoalan yang biasanya timbul pada para ibu yang baru melahirkan adalah adakah kulitnya sihat? Matanya bertukar rona hitam atau coklat? Berapa jam bayi saya patut tidur? Adakah bayi saya akan memberi tindak balas pada pewangi, pewarna atau kandungan di dalam produk bayi?
Jadi, adalah seeloknya untuk anda kenal dan pelajari setiap apa yang bayi anda perlukan dari segi penjagaan kulitnya.
3. Semak Senarai Bahan Kandungan
Sentiasa pelajari dan fahami akan senarai bahan-bahan yang terkandung di dalam produk penjagaan kulit bayi. Kulit bayi adalah amat halus dan memerlukan penjagaan yang lebih ketika memilih krim bayi.
Jangan lupa untuk pastikan krim bayi yang hypoallergenic dan mempunyai tahap pH 5.5 untuk mengelakkan daripada reaksi alergi atau infeksi pada kulit.
8 Krim Ruam Bayi Terbaik Merawat Ekzema Dan Masalah Kulit Lain
Krim Ruam Bayi Terbaik
| Aveeno Baby Eczema Therapy Nighttime Balm Terbaik Mencegah Kulit Kering | | View Details | Beli di Shopee |
| Sebamed Baby Cream Extra Soft Terbaik Ekstra Lembut | | View Details | Beli di Shopee |
| Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream Terbaik Untuk Minor Kulit Rengsa | | View Details | Beli di Shopee |
| BabyOrganix Nature First Aid Cream Terbaik Berasaskan Semula Jadi | | View Details | Beli di Shopee |
| CETAPHIL Baby Eczema Calming Lotion Terbaik Dalam Menjaga Kulit Sensitif | | View Details | Beli di Shopee |
| Dermalex Baby Eczema Treatment Cream Terbaik Untuk Merawat Kondisi Ringan Ke Sederhana | | View Details | Beli di Shopee |
| CeraVe Baby Moisturizing Cream Terbaik Melindung Dan Mengekal Benteng Kulit Mulus Bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| QV Baby Moisturising Cream Lotion Extra Hydration Terbaik Untuk Tingkatkan Pembaikan Kulit | | View Details | Beli di Shopee |
Krim Ruam Bayi Terbaik Mencegah Kulit Kering
Direka dengan Colloidal Oatmeal semula jadi yang menjadi pelindung kulit dengan gabungan ceramide bertujuan untuk membantu menguatkan benteng pelindungan kulit serta mencegah akan terjadinya masalah kulit lebih kering berikutan ekzema.
Apa yang kami suka :
- Bebas dari paraben, pewangi, steroid, phthalates, dan phenoxyethanol
- Ia dihasilkan dengan formula yang disarankan oleh pakar pediatrik
- Dicipta untuk penggunaan pada waktu malam sebelum tidur, dijamin melembap dengan sempurna untuk memberikan kelegaan sepanjang malam buat si kecil
- Cukup lembut untuk kegunaan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif
- Adalah yang pertama dan satu-satunya balsem kulit waktu malam yang diformulasikan dengen Colloidal Oatmeal.
- Balsem terapi ekzema ini telah dianugerahkan dengan National Eczema Association Seal of Approval dan secara efektif melembap dan menyenangkan kulit, sekaligus memberikan tidur malam si comel yang terindah bebas dari masalah rengsa akibat ekzema.
Cara penggunaan:
Sapukan pelembap AVEENO Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream untuk melembap kulit (lebih kurang 3 minit selepas mandi). Oles rata ubatan yang disyorkan doktor terlebih dahulu dan kemudian sapukan pelembap ini sejurusnya.
Krim Ruam Bayi Terbaik Ekstra Lembut
Menawarkan pelindungan intensif untuk kulit bayi yang halus. Ia melindung daripada pengaruh persekitaran yang berbahaya serta membentuk filem pelindung daripada masalah kekeringan dan kerengsaan.
Ia mudah untuk digunakan dan menyerap dengan lebih pantas, mempunyai tahap pH 5.5 buat kulit yang sihat. Malah ia juga telah terbukti secara klinikal untuk mempromosikan pengembangan mantel asid pelindung semula jadi kulit.
Apa yang kami suka :
- Tiada tambahan wanna
- Emulsi air dalam minyak
- Mudah untuk dioles dan serta merta penyerapan ke dalam kulit
- Menyatukan ketahanan kulit halus bayi
- Penjagaan yang lebih lembut dan pelindungan intensif untuk kulit bayi yang halus
- Bebas daripada sebatian nitro-mochas, formaldehyde, nitrosamines, dioxan
- Lindungi kulit daripada pengaruh merbahaya dengan formula 42 peratus lipid
- Kaya dengan pathenol, allantoin dan ekstrak bunga Chamomile, melembap dan pelindungan yang kompleks melembut dan menjana semula kulit rengsa
- Telah diuji secara klinikal dan dermatologi
Cara penggunaan:
Sapu di bahagian kulit bermasalah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jangan sapukan ubat ruam bayi ini terlalu tebal. Hanya gunakan amaun yang secukupnya untuk kulit menyerap sempurna. Gunakan Sebamed Baby Cream Extra Soft lebih kerap jika bayi anda dalam proses merangkak nutuk merawat stress pada kawasan lutut, kaki dan siku.
Krim Ruam Bayi Terbaik Untuk Minor Kulit Rengsa
Krim ruam bayi di muka telah terbukti secara klinikal melegakan masalah minor kulit rengsa, dan kekeringan akibat dari ekzema. Ia sesuai untuk kegunaan di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia 3 bulan dan ke atas.
Empat daripada lima kanak-kanak kekal bebas dari iritasi selama 6 bulan ketika menggunakan Eucerin.
Apa yang kami suka :
- Kaya dengan Colloidal Oatmeal (pelindung kulit), ceramide-3, dan ekstrak akar licorice
- Menjamin hidrasi secukupnya selama 24 jam
- Baik untuk kegunaan harian untuk masalah kulit ekzema yang teruk
- Disarankan oleh pakar pediatrik
- Pelembap kulit OTC
- Jenama yang disyorkan oleh pakar dermatologi
- Bebas pewangi, pewarna dan steroid
- Sesuai untuk masalah ekzema ringan hingga sederhana
Cara penggunaan:
Sapu amaun yang diperlukan atau seperti mana yang dinasihatkan doktor. Untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun: rujuk doktor. Elak dari termasuk ke dalam mata.
Krim Ruam Bayi Terbaik Berasaskan Semula Jadi
Direka untuk membantu dalam merawat dan mengawal hampir semua kondisi berkaitan dengan penyakit dan masalah kulit. Nature First Aid Cream ini dikatakan satu produk semula jadi yang mempunyai deria kata yang paling tepat.
Berpegang pada kepercayaan yang mana khazanah alam semula jadi menjadi penawar, krim ruam panas bayi hanya menggunakan bahan-bahan yang simple, natural dan tinggi kualitinya, menjadikan ia mesra alam dan krim first aid antiseptik yang organik.
Apa yang kami suka :
- Diformulasikan istimewa dengan Organic Calendula Oil
- Produk berasaskan tumbuhan antioksidan yang melindung sel daripada rosak, menyembuh luka dan melegakan kulit, segalanya dalam satu balang
- Ia melega dan memberikan lembapan untuk memberikan keanjalan dan keserian semula jadi kulit
- Inovasi penyembuh istimewa dan krim calendula ini merawat hampir semua jenis kondisi kulit seperti: ekzema, melecur, kulit merekah, luka, dan banyak lagi
- Juga hebat dalam merawat seborrheic dermatitis (ruam di bahagian mahkota kepala bayi), dermatitis, kulit kering, kulit merekah, pelbagai jenis masalah melecur, luka, lebam dan banyak lagi
- Tidak mengandungi steroid dan bahan kimia lain yang berat
Cara penggunaan:
Oles lembut First Aid Cream ke atas kulit bayi untuk mengekalkan lembapan kulit secara menyeluruh
Krim Ruam Bayi Terbaik Dalam Menjaga Kulit Sensitif
Jenama produk penjagaan kulit wajah nombor 1 yang disyorkan pakar dermatologi dan pediatrik, dan boleh dikatakan dipercayai oleh ramai ibu bapa dalam menjaga kulit sensitif anak mereka.
Apa yang kami suka :
- CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion dengan colloidal oatmeal dan shea butter yang melegakan untuk menyuburkan kulit rengsa pada bayi anda.
- Pelembap ini melembut, menghidrat dan membantu mengekalkan kelembapan secukupnya, jadi kulit kekal lembut
- Ia telah terbukti secara klinikal dalam melegakan kulit kering, kerengsaan, gegatal yang berpunca daripada Eczema
- Dicipta hypoallergenic dan mengandungi bahan-bahan yang lembut pada kulit, bebas pewangi, paraben, pewarna dan minyak mineral.
- Telah diuji oleh pakar dermatologi untuk memberikan kulit bayi satu permulaan yang sihat selayaknya dan membuat persediaan untuk sentuhan terbaik sepanjang hayat
- Pelembap bayi dari CETAPHIL ini memastikan kulit kekal sihat dan terlindung sepanjang hari
- Disahkan oleh National Eczema Association sebagai produk pelembap yang lembut untuk kondisi kulit ekzema
Cara penggunaan:
Selepas mandi, sapu lembut satu lapisan krim CETAPHIL Baby Eczema Calming lotion untuk memperbaharui fungsi benteng kulit dan membantu mengekal lembapan kulit bayi.
Krim Ruam Bayi Terbaik Untuk Merawat Kondisi Ringan Ke Sederhana
Krim yang tidak berminyak ini telah terbukti secara klinikal untuk melembap kulit secara menyeluruh sementara mengisi semula tahap lembapan. Ia juga menyokong membaik pulih mekanisme kulit untuk menguat dan mengembalikan pelindung kulit, menjadikannya jauh lebih kuat, lembut dan anjal.
Apa yang kami suka :
- Terbukti secara saintifik dalam merawat simptom Atopic Eczema dari kondisi ringan ke sederhana di kalangan bayi dan kanak-kanak
- Melegakan kulit gatal, kulit kering, tompok merah dan kulit berkuping untuk bayi dan kanak-kanak dari usia 8 minggu
- Bebas steroid
- Sesuai untuk kegunaan jangka panjang
- Selamat digunakan di atas kulit wajah
Cara penggunaan:
Hanya perlukan sapuan sekali lapisan ke atas kulit bermasalah. Ulang aplikasi sebanyak 2 ke 3 kali setiap hari (atau selepas mandi, atau mencuci tangan).
Krim Ruam Bayi Terbaik Melindung Dan Mengekal Benteng Kulit Mulus Bayi
Krim pelembap yang diformulasikan dengan bahan seperti ceramide dan vitamin adalah kunci dalam memastikan kulit sensitif bayi kekal seimbang dan sihat.
Apa yang kami suka :
- Direka oleh pediatik dan dermatologi agar lembut di atas kulit halus bayi
- Membantu mengelakkan kulit kering
- Ubat ruam bayi yang lembut dan kaya ini dicipta dengan Dimethicone untuk melindungi dan membantu melegakan kulit merekah dan Hyaluronic Acid untuk mengekalkan kelembapan semula jadi kulit serta memberikan hidrasi berpanjangan sepanjang hari
- Ceramide ditemui secara semula jadi di dalam kulit dan menambah lebi 50% lipid di dalam benteng kulit.
- Kesemua produk CeraVe diformulasikan dengan tiga ceramide penting (1, 3, 6-II) untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan benteng pelindung semula jadi kulit
- Bebas paraben, phthalates, pewarna dan pewangi
- Diterima oleh National Eczema Association
- Sesuai untuk masalah kulit ekzema pada bayi dan kanak-kanak
- Melembap sehingga 24 jam
Cara penggunaan:
Sapukan CeraVe Baby Moisturing Cream yang diperlukan. Boleh digunakan pada kulit kering, berkuping, atau merekah
Krim Ruam Bayi Terbaik Untuk Tingkatkan Pembaikan Kulit
Krim pelembap ringan yang menenangkan ini untuk kegunaan harian dengan Gliserin untuk menambahkan kelembapan dan meningkatkan pembaikan kulit. Teksturnya yang ringan memudahkan aplikasi pada kulit bayi.
Dibangunkan khas untuk kulit halus bayi, krim ruam bayi ini bebas daripada warna, pewangi dan perengsa biasa.
Formula yang sangat pekat ini membantu melembapkan kulit halus selama 24 jam dengan mengekalkan kelembapan kulit. Ia tidak berminyak dan mudah diserap untuk membantu melegakan kekeringan.
Apa yang kami suka :
- Disyorkan pakar dermatologi,
- Mampu melembapkan kulit bayi.
- Membantu mengunci kelembapan semula jadi dengan bertindak sebagai penghalang pelindung.
- Membantu melindungi daripada kekeringan. pH seimbang, formulasi merengsa rendah, keadaan bebas daripada pewangi, warna, lanolin dan propilena glikol.
- Sesuai untuk digunakan setiap hari dan untuk kulit sensitif dan mengelupas atau kegatalan akibat keadaan kulit kering.
Cara penggunaan:
-
Sapukan krim ruam bayi pada muka dan badan, urut perlahan-lahan dan sapukan pada kawasan yang terjejas sekerap yang diperlukan, terutamanya selepas mencuci, mandi, mandi, terdedah kepada keadaan iklim yang teruk dan pada waktu malam.
Perbandingan Harga Krim Ruam Bayi Terbaik Merawat Ekzema Dan Masalah Kulit Lain
|
Produk |
Isipadu kandungan |
Harga Pasaran (RM) |
Harga/g/ml (RM) |
Aveeno Baby Eczema Therapy Nighttime Balm |
156g |
79.90 |
0.51 |
Sebamed Baby Cream Extra Soft |
50ml |
15.51 |
0.30 |
Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream |
141ml |
79.00 |
0.56 |
BabyOrganix Nature First Aid Cream |
30g |
33.90 |
1.13 |
CETAPHIL Baby Eczema Calming Lotion |
147ml |
75.00 |
0.51 |
Dermalex Baby Eczema Treatment Cream |
30g |
46.00 |
1.53 |
CeraVe Baby Moisturising Cream |
237ml |
56.91 |
0.24 |
QV Baby Moisturising Cream Lotion Extra Hydration |
250g |
55.00 |
0.22 |
Kenali Jenis Kulit Bayi Anda
1. Kulit Kering Normal
Jika kulit bayi anda kelihatan seakan satu permukaan yang kering, kadang kala anda tidak perlu terlalu risau. Permukaan kering paling atas adalah seakan benteng kulit, dan kulit kering bayi yang mengalami sebahagian kecil masalah berkuping adalah lembap dan sihat.
Apa perlu dilakukan: Adalah penting untuk anda memastikan kulit bayi anda kering yang cukup dan kekalkan minyak pada permukaan kulit si kecil untuk mengelakkan proses penyejatan air dari kulit.
2. Kulit Normal
Lembut dan gebu, di mana kulitnya tidak menunjukkan sebarang variasi jelas dalam perbezaan rona atau tekstur.
Apa perlu dilakukan: Perkara penting dalam penjagaan kulit normal adalah dengan mengelakkan kulit daripada menjadi kering dan iritasi. Penggunaan produk berasaskan minyak sewaktu atau selepas mandi, atau ketika menukar lampin dapat membantu mengekalkan lembapan semula jadi ini.
3. Kulit Sensitif
Bayi dengan kondisi kulit sensitif boleh menghasilkan satu variasi simptom.
Terdapat pelbagai jenis masalah kulit iritasi yang berbeza-beza seperti ekzema, iaitu ruam kemerahan yang gatal dan boleh timbul pada kulit wajah bayi, serta ruam lampin, yang mana dermatitis yang menyebabkan kesan kulit merah terang di sekitar kawasan lampin.
Apa perlu dilakukan: Penggunaan krim bayi sensitif dapat membantu mengelakkan simptom ini. Namun, jika masalah ekzema pada kulit bayi menjadi teruk, sebaiknya anda membawanya terus ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor atau pakar.
Bagi mereka yang menjadi ibu bapa buat kali pertama, ia adalah normal sekiranya anda berasa was-was dan keliru dalam memilih rawatan yang sesuai memandangkan banyaknya jenis dan jenama krim ruam bayi dijual secara atas talian mahupun farmasi.
Jenis Ruam Bayi
Kebanyakan jenis ruam bayi boleh hilang tanpa rawatan, tetapi ada juga yang memerlukan rawatan intensif kerana ia mungkin disertai dengan demam dan kegatalan yang memudaratkan.
Terdapat banyak jenis ruam yang boleh menjangkiti bayi dan di bahagian-bahagian badan yang berbeza dan mesti ada ibu tertanya-tanya, adakah ruam itu biasa berlaku atau perlukan rawatan yang spesifik?
Menambahkan pengetahuan tentang jenis-jenis ruam bayi merupakan antara langkah pertama untuk mencegah dan merawatnya, apa kata kita lihat apakah jenis-jenis ruam bayi tersebut, bagaimanakah rupanya, dan apakah cara untuk merawat atau mengurangkannya.
1. Ekzema
Ekzema sebenarnya salah satu jenis ruam bayi dan kanak-kanak yang sangat biasa dan sekiranya ibu ayah sendiri mempunyai kulit sensitif dan sejarah ekzema dalam keluarga, bayi anda akan lebih cenderung untuk mendapat ekzema.
Ekzema boleh terjadi akibat alahan atau alergi terhadap sesetengah makanan, pencuci pakaian, jenis kain yang dipakai oleh bayi, dan juga habuk.
Jika ruam bayi adalah berkaitan dengan ekzema, ibu disarankan untuk kerap membersihkan rumah dan bilik bayi, menentukan sama ada bayi mempunyai alergi dan menyingkirkan punca alergi tersebut, dan berbincang dengan pakar dermatologi pediatrik bayi anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
2. Jerawat bayi
Jerawat bayi boleh berlaku di dahi, pipi, atau hidung bayi disebabkan hormon-hormon tertentu. Sesetengah jerawat bayi mempunyai titik putih ditengah-tengahnya sama seperti jerawat orang dewasa.
Namun demikian, ibu tak perlu terlalu bimbang dengan jenis ruam ini kerana ia biasa berlaku pada bulan pertama kehidupan bayi dan akan hilang dengan sendirinya.
Apa yang ibu boleh lakukan ialah dengan memastikan si manja minum susu dengan mencukupi.
3. Cradle crap
Kerak di kepala bayi, atau lebih dikenali sebagai cradle cap biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Rupanya seakan-akan berkerak dan berbentuk sisik berminyak, kuning, atau coklat di atas kepala bayi.
Dalam beberapa kes, kerak kepala boleh bergerak ke muka dan leher bayi. Cradle cap biasanya berlaku kerana kepala bayi mempunyai tahap sebum yang tinggi di kawasan terjejas.
Sebum adalah bahan berminyak yang terdiri daripada serpihan lemak dan keratin. Cradle cap biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu ke beberapa bulan bergantung kepada tahap keterukannya.
Untuk mempercepatkan proses menghilangkannya, Mummy boleh menyapu minyak zaitun di kawasan terjejas setiap hari sebelum mandikan bayi untuk melembutkan kerak tersebut, dan gosok perlahan-lahan dengan berus rambut bayi yang lembut yang selalunya diperbuat daripada bulu yang halus.
4. Ruam panas
Ruam panas biasanya dijumpai di anggota badan yang ditutupi pakaian seperti leher, ketiak, dan celah-celah tangan dan kaki. Ia sering terjadi disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas.
Di Malaysia, ruam panas merupakan antara jenis ruam bayi yang common kerana negara kita bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun!
Ruam panas memang senang terjadi bila bayi dan kanak-kanak kecil berpeluh. Ia selalunya berbentuk bintik merah kecil pada kulit yang boleh menjadi sangat tidak selesa dan gatal-gatal.
Keadaan bayi yang berpeluh pun menyumbang kepada ketidakselesaan itu. Ruam panas biasanya akan berkurang sendiri dan hilang dalam beberapa hari, melainkan bayi selalu didedahkan di kawasan panas.
Jadi Mummy digalakkan untuk mengelakkan bayi daripada berada di kawasan yang panas dan pastikan kulit bayi sentiasa kering dari kelembapan peluh.
5. Ruam lampin
Tahap keterukan ruam lampin bergantung kepada punca kenaikan ruam, seperti membiarkan lampin yang penuh dengan air kencing atau najis terlalu lama yang boleh membuatkan ia menjangkiti seluruh bahagian pangkal peha bayi.
Saiz lampin yang tidak sesuai juga boleh membuatkan ruam naik di bahagian yang lampinnya sempit. Jenis lampin juga boleh memberi kesan ruam bagi bayi yang sensitif terhadap jenis atau bahan kimia yang terdapat pada lampin tersebut.
Pastikan juga anda kerap menukar lampin bayi, terutamanya bayi yang baru lahir kerana mereka akan kerap membuang air. Selain itu, pastikan juga bahagian bawah bayi kering sepenuhnya selepas dibersihkan, dan Mummy boleh menggunakan salap atau balm untuk melegakan ruam ataupun krim yang sesuai untuk mengelakkan ruam lampin.
6. Milia
Milia adalah ruam yang biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ia kelihatan seperti bintik-bintik putih kecil yang biasanya terbentuk di sekitar hidung bayi.
Milia berlaku hasil daripada pori-pori bayi yang tersumbat oleh sel-sel kulit mati. Bintik-bintik putih tersebut akan muncul pada muka bayi, dan kadang-kadang boleh turun ke bahagian atas badan atau anggota bayi.
Ada juga yang muncul dalam bahagian mulut bayi seperti di gusi dan lelangit, tapi milia selalunya tidak mengakibatkan kegatalan dan tidak menyakitkan. Bintik-bintik putih tersebut selalunya akan hilang dalam masa sebulan selepas kelahiran.
7. Ruam chickenpox
Ruam cacar air, atau lebih dikenali dengan chickenpox, adalah ruam akibat jangkitan virus varicella-zoster (VZV).
Bayi anda mungkin menunjukkan gejala seperti selesema dan demam sebelum timbulnya ruam yang muncul sebagai bintik-bintik merah yang gatal di seluruh tubuh badan.
Bayi mungkin mudah dijangkiti chickenpox kerana tidak boleh mendapat vaksin atau imunisasi sebelum berumur satu tahun, akan tetapi, sejak pengenalan vaksin varicella, ruam cacar air atau chickenpox ini telah menurun sebanyak 90% sejak tahun 1995.
Sebelum mendapatkan vaksin, ibu harus memastikan si manja anda tidak mempunyai interaksi dengan siapa-siapa yang sedang dijangkiti chickenpox.
8. Ruam campak
Juga dikenali sebagai demam campak atau measles, ruam campak adalah jangkitan virus lain yang menyerupai ruam cacar air tetapi ramai yang selalu terkeliru dengan istilah dan dua jenis ruam ini.
Ruam campak bermula sebagai lebam merah kecil dengan titik-titik putih di dalam pipi, diikuti oleh demam.
Jenis ruam bayi ini akan cepat timbul dan merebak ke seluruh tubuh badan. Ia akan kelihatan seperti tompok-tompok merah pada mulanya, kemudian menjadi benjolan yang gatal.
Sama seperti chickenpox, demam campak adalah berjangkit, terutama sekali bagi kanak-kanak yang tidak divaksinasi.
Vaksin untuk ruam campak selalunya diberikan ketika bayi berumur 12-15 bulan.
Tips Penjagaan Bayi Yang Mengalami Ekzema Selain Ubat Ruam Bayi
1. Pastikan bayi dalam persekitaran yang tenang dingin dan tidak panas
Mengekalkan suhu bilik yang dingin sewaktu tidur adalah penting demi memastikan bayi anda tidak berpeluh ketika tidur sekali mengelak dari masalah ekzema menjadi lebih teruk serta sekaligus mengelak tabiat menggaru.
2. Hentikan tabiat menggaru
Bahkan jika tersalah garu juga kulit boleh menjadi semakin gatal, anda perlu memastikan yang kuku si comel sentiasa pendek dan lembut permukaannya. Jika dia menggaru pada waktu malam, pakaikannya sarung tangan atau stokin tangan untuk mengehadkan lebih banyak kecelaan pada kulitnya.
3. Pilih fabrik lembut
Elak menggunakan fabrik renda dan bulu biri, sebaliknya pilih material yang lembut, breathable, seperti kapas.
Jika pakaian juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi anda, mungkin anda juga patut mengendalikan semula rutin cucian anda. Cuba tukar sabun pencuci pakaian, atau kurangkan penggunaan pelembut fabrik.
Buat eksperimen – kerada ada sesetengah bayi yang tidak mempunyai masalah gatal pabila tidak menggunakan pelembut pakaian.
4. Berikan lebih penjagaan dalam rutin penjagaan kulitnya
Pastikan kulit si comel sentiasa dioles dengan pelembap atau krim bayi yang kami sarankan di bawah. Ia penting untuk anda mencari rawatan yang terbaik buatnya.
Melakukan ujian alergi untuk mengenal pasti apa yang menjadi punca ekzemanya muncul juga membantu dalam menyelesaikan masalah kulit ini.
Jadi, bagi memudahkan anda membuat pilihan tepat, kami kongsikan beberapa krim untuk bayi yang sering menjadi hot selling dan pilihan ramai ibu di Malaysia.
Semak sahaja di sini, nanti tidaklah anda perlu keluar rumah atau menghabiskan banyak waktu untuk ‘jelajah’ setiap farmasi bagi membuat perbandingan harga!
Pantang Larang Ekzema
Ibu-bapa yang anaknya menghidap ekzema perlu sentiasa berhati-hati memilih makanan untuk mereka kerana ada kandungan makanan yang ibu bapa terlepas pandang yang sebenarnya boleh menyebabkan radang ekzema tersebut makin menjadi-jadi.
Di bawah adalah 5 bahan makanan yang patut dihindari oleh penghidap ekzema khususnya anak kecil.
1. Nitrate
Nitrate adalah bahan yang diguna untuk mengawet daging seperti sosej, ham dan bacon. Menurut kajian dari Loblay, 43 peratus penghidap ekzema alah dengan nitrate. Nitrate juga perlu dielak oleh semua orang kerana ia menjadi punca penyebab kanser dan kerosakan hati. Jadi ibu ayah elakkan beri anak makan sosej, burger dan nugget ya?
2. Pewarna makanan
Tatrazine di dalam makanan menyebabkan ekzema makin teruk. Bukan itu sahaja pewarna makanan mengikut kajian boleh menyebabkan anak ada masalah kelakuan dan rendah IQ.
Ibu ayah kerapkan membaca label pada makanan kerana ada pewarna diletakkan juga dalam bijirin, mentega, yogurt, jejari ikan dan sebagainya. Walaupun warnanya kelihatan semula jadi ibu ayah perlu juga berhati-hati dengan membaca label terlebih dahulu.
3. Sulfites
Sulfites merupakan bahan yang digunakan untuk mengawet daging, buah kering dan sayuran kering. Walaupun buah kering di pasaran dikira sebagai snek sihat tetapi ia menganduing sulfites dan boleh trigger ekzema dan terukkan lagi ekzema sedia ada. Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran kering yang diawet dengan sulfites.
4. MSG
35 peratus penghidap eksema alah dengan MSG sama ada secara semula jadi (tomato) atau tiruan. MSG jugak menyebabkan penuaan kerana boleh mengurangkan kandungan glutathione dalam badan. Jadi seisi keluarga perlu elak MSG ya?
5. Salicylates
Salicylates merupakan bahan yang sering ada dalam buah, sayuran, kekacang, herba. Biasanya alahan pada salicylates bersifat sementara disebabkan ketidakupayaan hati untuk menyaktoksin salicylates keluar dari badan.
Jika anda alah pada salicylates kurangkan makanan yang mengandungi salicylates dan pada masa yang sama tingkatkankesihatan hati dengan mengambil makanan yang mengandungi glycine, vitamin B6 dan magnesium.
Petua Hilangkan Alahan Kulit Selain Krim Ruam Bayi
Selain mengguna krim yang diberikan oleh doktor, anda juga boleh gunakan bahan-bahan berikut untuk mengurangkan rasa gatal dengan hanya menggunakan bahan yang boleh dijumpai di dapur anda.
- Soda penaik – Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.
- Oatmeal – Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal. Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.
- Ais – Balut ais dan lalukan pada bahagian yang gatal. Jika tiada ais, basahkan tuala dan tekap.
- Lemon – Basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan dua kali sekali.
- Cuka epal – Sama seperti jus lemon, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal.
- Aloe vera – Sapu gel aloe vera pada bahagian yang gatal dan biarkan sehingga kering.
- Daun basil – Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza. Tumbuk sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. Lakukan sekerap mungkin.
- Daun tyme – Rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.
- Minyak peppermint – Tambahkan dua titis minyak ini pada minyak kelapa atau minyak zaitun dan sapu tempat yang gatal. Urut perlahan-lahan agar ia dapat menyerap ke dalam kulit.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya
Baca juga: 4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut
Baca juga: 6 Petua Atasi Ruam Susu Yang Berkesan Untuk Kulit Bayi Selembut Sutera