X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat, Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid!

5 min bacaan
25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat, Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid!

Ruam pada bayi boleh berlanjutan selama beberapa bulan sekiranya tidak ditangani dengan baik!

Apakah petua hilangkan ruam bayi?

Ruam susu kerap berlaku pada bayi, khususnya pada bayi dalam tempoh berpantang kerana keadaan persekitaran yang panas dan lembap. Ruam susu selalunya berlaku pada bahagian kulit tertentu si manja seperti di pipi, dagu dan leher anak.

Kenapa Bayi Mengalami Ruam Susu?

ruam susu pada bayi

Ruam panas muncul apabila peluh terperangkap di bawah kulit. Oleh kerana bayi mempunyai kelenjar peluh yang lebih kecil dan kurang mampu mengawal suhu tubuh, mereka lebih mudah terdedah kepada ruam panas daripada orang dewasa.

Pakaian ketat, bedung, dan selimut juga boleh menyebabkan ruam panas. Dalam kebanyakan kes, ruam akan hilang sendiri tanpa rawatan.

Bayi lebih cenderung mendapat ruam panas kerana beberapa sebab:

  • Bayi mempunyai sedikit kawalan ke atas persekitaran mereka dan tidak boleh membuka baju/selimut sekiranya berasa panas.
  • Badan bayi masih tidak boleh dalam mengawal suhu.
  • Bayi cenderung mempunyai lipatan kulit yang lebih banyak, yang boleh memerangkap haba dan peluh.

25 Petua Hilangkan Ruam Bayi

petua hilangkan ruam bayi

Walaupun ruam bayi biasanya akan sembuh sendiri, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh masa yang panjang. Ibu bapa perlu tahu apa yang menyebabkan ruam menjadi berpanjangan dan sukar sembuh, supaya boleh mencari jalan terbaik untuk hilangkan ruam bayi.

Berikut merupakan 25 petua hilangkan ruam bayi yang dikongsikan para ibu dalam aplikasi theAsianparent kami. Jom kita semak satu per satu!

#1 Lap Muka Bayi

Setiap kali selepas penyusuan, sapukan air suam pada kulit bayi dan lap dengan kain lembut. Sisa susu ibu oleh menyebabkan ruam muncul, tambahan lagi apabila si manja kerap menyusu badan.

#2 Gunakan Susu Ibu

Susu ibu merupakan kaedah semula jadi yang berkesan bagi menghilangkan ruam susu. Malah susu ibu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan mengandungi sifat penyembuhan semula jadi!

#3 Tepung Ubi

Tambahkan sedikit air ke tepung ubi dan jadikan seperti bedak sejuk. Ini merupaka petua hilangkan ruam bayi yang mudah untuk disediakan.

#4 Bedak Sejuk

Ini merupakan kaedah yang digunakan sejak turun temurun. Sapukan di kawasan yang beruam dan tunggu kering.

#5 Kelapa Parut

ruam kulit

Letakkan kelapa parut dalam kain dan sapukan di permukaan kulit si manja.

#6 Bunga Melati

Ambil bunga yang segar dari pokok, gosokkan dengan lembut di ruam bayi. Minyak bunga melati bukan hanya boleh merawat ruam malah ia juga boleh melembapkan kulit bayi.

#7 Bunga Raya

Ambil bunga raya dan sapukan getahnya ke pipi bayi yang beruam susu. Lalukan setiap pagi sehingga ruam hilang.

#8 Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara mempunyai khasiat. Sapu minyak ini secara kerap di bahagian kulit yang mempunyai ruam.

#9 Minyak Zaitun

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Minyak zaitun juga bagus untuk kulit yang sihat, malah tidak memberi tindakbalas buruk pada kulit si kecil.

#10  Tanah Liat Kaolin

Tanah liat kaolin atau kaolin clay adalah baik untuk penyembuhan dan bersifat semulajadi.. Ada banyak kaolin clay di pasaran, tapi pastikan anda memilih jenama yang semulajadi dan selamat tanpa bahan kimia merbahaya. 

#11 Kanji Nasi

Ambil bubur nasi dan letakkan dalam kain napkin bayi, ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji tadi disapukan pada ruam susu.

#12 Aloe Vera

Sapukan lendir aloe vera dan biarkan kering di kulit bayi.

#13 Ragi

Ambil sebiji ragi, sagat halus. Campurkan dengan bedak talkum dan sapukan lapisan halus ke bahagian yang terkena ruam susu.

#14 Tomato

ruam susu

Letakkan hirisan tomato atau yang telah dilecek di kulit bayi yang ada ruam.

#15 Madu Asli

Sapu nipis madu asli pada kulit bayi. 

#16 Elakkan Persekitaran Lembap dan Panas

Suhu memainkan peranan dalam pertambahan ruam pada kulit bayi, tambahan lagi apabila disertai kulit yang lembap akibat peluh atau lelehan susu. Sentiasa berada di kawasan yang sejuk dan kering, atau gunakan kipas kecil bagi membuatkan si manja selesa.

#17 Bayi Dalam Keadaan Sejuk

Jangan biarkan bayi dalam keadaan panas dan berpeluh. 

#18 Losyen Kalamin

Losyen kalamin seringkali digunakan bagi mengubat ruam kulit pada bayi. Sapukan di kulit bayi dan elakkan bahagian mata atau yang bayi cenderung untuk masukkan ke dalam mulut.

#19 Jangan Pakai Losyen Tangan Semasa Memegang Bayi

Kalau anda gemar memakai losyen tangan, anda boleh berhenti memakai losyen tangan buat sementara waktu. Ada kemungkinan anak anda mengalami ruam susu akibat tindak balas kepada bahan kimia yang ada dalam losyen anda.

#20 Jangan Pakai Minyak Wangi

Seperti losyen tangan, ada juga kebarangkalian bayi anda terkena ruam susu disebabkan oleh kesan tindak balas terhadap bahan kimia yang ada dalam minyak wangi yang dipakai.

#21 Henti Penggunaan Syampu Atau Sabun

Sesetengah sabun atau syampu yang tidak organik mengandungi bahan yang memberi kesan pada kulit bayi., terutamanya bayi baru lahir.

#22 Tukar Susu Formula

tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, tanda susu formula tak sesuai, susu formula tidak sesuai dengan baby, susu formula, alahan susu formula, kesan penggunaan susu formula, bayi sensitif susu formula, bayi ada alahan susu lembu, susu lembu

Jika anda mengesyaki si manja mempunyai alahan terhadap susu formula, mungkin anda perlu menukar susu formula yang lain. Lakukan trial and error terhadap susu lain bagi mencari susu tepung yang

#23 Elak Mencium Bayi Sekiranya Memakai Mekap

Sesetengah bahan mekap mempunyai kandungan bahan yag tidak sesuai untuk kulit bayi. Ada bayi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif, jadi sebaiknya elakkan dari bahagian yang dimekap bersentuhan dengan si manja.

#24 Jangan Cium Bayi Selepas Merokok

Jika anda atau pasangan merokok, pastikan anda menukar pakaian dan berkumur dahulu sebelum mendekati bayi. Apatah lagi ingin mencium si kecil itu!

#25 Jangan Biar Air Liur Bayi Meleleh Ke Muka

Air liur bayi boleh menyebabkan ruam susu lambat baik pada bayi. Pakaikan bip atau lap air liur yang meleleh bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Semoga bermanfaat!

Ubat apa yang bagus untuk hilangkan ruam bayi ya?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga:

Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat, Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid!
Kongsikan:
  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

    Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

    Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.