TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ruam Susu Di Muka Bayi: Normal Atau Bahaya? Ini Cara Selamat Hilangkan Ruam Dengan Berkesan

6 min bacaan
Ruam Susu Di Muka Bayi: Normal Atau Bahaya? Ini Cara Selamat Hilangkan Ruam Dengan Berkesan

Ruam susu di muka bayi sering berlaku akibat sisa susu, kulit sensitif, atau alergi. Ketahui punca, rawatan dan cara mencegah ruam susu

Ruam susu di pipi bayi adalah masalah biasa yang dialami oleh si kecil, terutamanya dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran.

Ibu bapa mungkin panik apabila melihat pipi bayi menjadi kemerahan atau berbintik-bintik, tetapi jangan risau! Ruam susu ini sebenarnya tidak berbahaya dan boleh dirawat dengan mudah.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Ruam Susu Bayi?
  • Ciri-Ciri Ruam Susu Pada Bayi
  • Punca Ruam Susu Di Muka Bayi
  • Mengapa Bayi Saya Menyusu Badan Mengalami Ruam? 
  • Cara Merawat Ruam Susu di Pipi Bayi
  • Cara Mencegah Ruam Susu Pada Muka Bayi
  • Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Apa Itu Ruam Susu Bayi?

Ruam susu, atau dikenali sebagai milk rash, adalah sejenis ruam yang biasanya muncul di pipi, dagu, dan sekitar mulut bayi. Ia kelihatan seperti tompok merah kecil, ruam berbintik, atau kadang-kadang disertai dengan kulit kering dan mengelupas.

Walaupun namanya “ruam susu”, ia sebenarnya tidak berpunca daripada susu semata-mata, tetapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain.

Ciri-Ciri Ruam Susu Pada Bayi

Ruam susu atau dikenali sebagai milk rash sering berlaku pada bayi, terutama yang baru lahir. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan pada si kecil. Berikut adalah ciri-ciri ruam susu pada bayi:

1. Kemerahan Pada Kulit

ciri-ciri ruam susu pada bayi adalah kemerahan kulit. Ruam susu muncul sebagai tompok merah pada kulit bayi, terutama di kawasan pipi, dagu, leher, dan kadang-kadang di bahagian badan lain.

2. Bintik Kecil Seperti Jerawat

Kelihatan seperti jerawat kecil yang berwarna merah atau putih kekuningan, mirip ruam panas.

3. Kulit Kering atau Bersisik

Ciri-ciri ruam susu pada bayi adalah kulit kering atau bersisik. Kulit bayi mungkin kelihatan kering, bersisik, atau sedikit mengelupas di kawasan ruam.

4. Gatal dan Tidak Selesa

Bayi mungkin kerap menggosok atau menggaru kawasan yang terkena ruam, menunjukkan ia terasa gatal atau tidak selesa.

5. Berlaku Di Kawasan Lembap

Ruam susu cenderung muncul di kawasan yang mudah lembap seperti sekitar mulut, pipi, dan leher kerana terkena susu, air liur, atau peluh.

6. Boleh Bertambah Teruk Jika Tidak Dirawat

Ciri-ciri ruam susu pada bayi boleh bertambah teruk jika tidak dikawal, terutama jika kulit bayi sering terdedah kepada kelembapan tanpa dibersihkan dengan betul.

Punca Ruam Susu Di Muka Bayi

Beberapa faktor boleh menyebabkan ruam susu bayi terjadi iaitu: 

1. Sisa Susu di Kulit

Selepas menyusu, ada kemungkinan sisa susu atau air liur tertinggal di pipi bayi. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi lembap dan merengsa, sekali gus mencetuskan ruam.

2. Kulit Sensitif

Kulit bayi yang baru lahir sangat sensitif dan mudah terdedah kepada iritasi. Sabun, losyen, atau detergen pakaian yang mengandungi bahan kimia kuat boleh menyebabkan reaksi alergi pada kulit bayi.

3. Alergi Makanan

Kadangkala, ruam susu boleh berpunca daripada alahan makanan, terutamanya jika bayi diberi susu formula atau jika ibu yang menyusukan bayi mengambil makanan yang boleh mencetuskan alahan.

4. Haba dan Peluh

Cuaca panas atau pakaian yang terlalu tebal boleh menyebabkan bayi berpeluh berlebihan, yang akhirnya boleh menyebabkan ruam pada kulit mereka.

5. Jangkitan Kulat atau Bakteria

Ruam susu bayi juga boleh menjadi lebih teruk jika terdapat jangkitan kulat atau bakteria pada kulit si manja, terutamanya jika kebersihan tidak dijaga dengan baik.

Mengapa Bayi Saya Menyusu Badan Mengalami Ruam? 

Sesetengah bayi yang alah kepada protein tertentu dalam makanan ibu mereka mungkin mengalami reaksi kulit seperti ruam, ekzema, kulit kering, atau gatal-gatal (hives).

Dalam kes alahan yang lebih teruk, bayi boleh mengalami kesukaran bernafas, bunyi nafas berbunyi (wheezing), dan batuk. Keadaan ini mungkin tanda kejutan anafilaksis (anaphylactic shock), yang boleh mengancam nyawa.

Cara Merawat Ruam Susu di Pipi Bayi

Jika bayi anda mengalami ruam susu, jangan panik. Terdapat beberapa cara mudah yang boleh dilakukan untuk merawatnya:

1. Pastikan Kulit Bayi Bersih 

Cara mengatasi ruam susu bayi adalah memastikan kulit si manja bersih dan kering.

Lap pipi bayi dengan kain lembut yang dibasahkan dengan air suam selepas menyusu. Keringkan kulit bayi dengan lembut menggunakan tuala bersih.

2. Gunakan Pelembap Semula Jadi

Sapukan minyak kelapa dara atau minyak zaitun yang organik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Elakkan krim yang mengandungi bahan kimia keras atau pewangi.

3. Elakkan Pencetus Alergi

Jika bayi menyusu badan, ibu boleh cuba elakkan makanan yang boleh mencetuskan alahan seperti tenusu, kacang, atau makanan laut. Pastikan susu formula yang digunakan sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.

4. Pilih Sabun dan Detergen Yang Lembut

Cara mengatasi ruam susu bayi adalah menggunakan sabun dan detergen lembut. Pilih sabun mandi bayi yang bebas pewangi dan detergen pakaian bayi yang hipoalergenik.

5. Pastikan Bayi Tidak Menggaru

Potong kuku bayi dengan kerap untuk mengelakkan si manja menggaru dan memburukkan keadaan ruam. Jika perlu, pakaikan sarung tangan bayi untuk mengelakkan luka akibat menggaru.

6. Gunakan Krim Ruam 

Cara mengatasi ruam susu bayi adalah menggunakan krim ruam bayi.

Jika ruam berlarutan, boleh gunakan krim ruam yang mengandungi zinc oxide atau lanolin yang selamat untuk bayi. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang ubat sapu.

Cara Mencegah Ruam Susu Pada Muka Bayi

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan ruam susu daripada berlaku:

1. Lap Muka Bayi Selepas Menyusu

Biasakan untuk mengelap pipi bayi dengan kain bersih selepas setiap kali menyusu supaya tidak ada sisa susu yang tertinggal.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

2. Pilih Pakaian Sesuai

Gunakan pakaian longgar dan berbahan kapas yang boleh menyerap peluh. Elakkan pakaian berbahan sintetik yang boleh menyebabkan iritasi kulit.

3. Jaga Kebersihan Barang-Barang Bayi

Cuci botol susu, puting, dan kain lap bayi dengan kerap. Pastikan tilam, bantal, dan selimut bayi bersih daripada habuk atau kotoran yang boleh mencetuskan alahan.

4. Pastikan Persekitaran Bayi Tidak Terlalu Panas

Gunakan kipas atau penghawa dingin untuk memastikan suhu bilik selesa. Jangan pakaikan bayi dengan pakaian terlalu tebal terutama ketika cuaca panas.

5. Kawal Pemakanan Ibu Menyusu

Jika bayi menyusu badan, ibu perlu mengawal pemakanan untuk mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan reaksi alergi pada bayi.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Kebanyakan kes ruam susu bayi akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa hari atau minggu. Namun, jika ruam semakin teruk atau menunjukkan tanda-tanda berikut, segera dapatkan rawatan doktor:

  • Ruam menjadi bernanah atau melepuh

  • Bayi kelihatan sangat tidak selesa atau kerap menangis

  • Ruam merebak ke bahagian lain badan

  • Bayi mengalami demam atau tanda-tanda jangkitan lain

Kesimpulannya, ruam susu bayi bukanlah sesuatu yang serius jika dirawat dengan betul. Dengan menjaga kebersihan kulit bayi, mengelakkan pencetus ruam, serta menggunakan pelembap semula jadi, ruam susu boleh dicegah dan dirawat dengan mudah. Jika keadaan berlarutan atau menjadi lebih teruk, segera dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.

Essentialy Better, Cussons Baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: 10 Penyebab Ruam Merah Pada Bayi, Rawatan Dan Cara Mengatasi

Baca juga:  25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat, Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid!

Baca juga:  13 Jenis Masalah Kulit Sering Dialami Bayi Baru Lahir & Yang Manakah Paling Bahaya?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ruam Susu Di Muka Bayi: Normal Atau Bahaya? Ini Cara Selamat Hilangkan Ruam Dengan Berkesan
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham