Kehamilan adalah satu perjalanan yang menakjubkan bagi setiap wanita, tetapi ia sering disertai dengan pelbagai cabaran kesihatan, termasuk keputihan dan jangkitan faraj.
Walaupun keputihan adalah perkara biasa semasa kehamilan, ia boleh menjadi menyebabkan ketidakselesaan dan kebimbangan.
Pengalaman Masuk Ubat Keputihan Ketika Hamil
Keputihan ketika hamil adalah perkara biasa disebabkan oleh perubahan hormon dan bakteria semula jadi yang berlaku dalam badan wanita.
Walau bagaimanapun tidak semua keputihan semasa hamil adalah normal. Kadang kala ia boleh menjadi tanda jangkitan seperti jangkitan kulat atau Candidiasis.
Seorang ibu yang hanya ingin dikenali sebagai Nurrene, telah berkongsikan kisah benar dan pengalaman masuk ubat keputihan ketika hamil.
Bila Keputihan Ketika Hamil Terjadi?
Masalah keputihan yang saya alami bermula ketika awal kandungan lagi, iaitu semasa kandungan 5 minggu.
Apakah Gejala Yang Dirasai?
Gejala yang dirasai adalah kegatalan yang melampau pada bahagian kemaluan. Pada awalnya keputihan berwarna putih tapi rasa yang amat gatal sehingga membuatkan rasa pedih.
Kemudian lama-kelamaan keputihan yang dialami berubah warna kekuningan dan kehijauan.
Tindakan Yang Dilakukan
Disebabkan oleh rasa bimbang akan masalah keputihan yang dialami, saya telah berjumpa doktor di klinik swasta bagi melakukan pemeriksaan sebelum buka buku pink lagi. Doktor buat swab sample pada bahagian kemaluan dan hantar ke makmal.
Sementara menunggu hasil keputusan tersebut, saya kerap basuh bahagian kemaluan dengan air suam.
Rawatan Keputihan Ketika Hamil
Keputusan dari makmal mendapati keputihan yang saya alami adalah kerana jangkitan kulat Candidiasis. Doktor telah mempertimbangkan rawatan dengan masuk ubat keputihan ke dalam vagina.
Walau bagaimanapun, ubat insert untuk keputihan tersebut hanya berkesan seminggu dua sahaja untuk saya. Mungkin keberkesannya bergantung pada individu.
Sejak Bila Perlu Masukkan Ubat Keputihan?
Disebabkan oleh saya mengalami keputihan ketika awal kehamilan lagi, setelah buka buku pink saya selalu sangkut air kencing kotor pada trimester pertama.
Jadi sudah beberapa kali kena masuk ubat keputihan tersebut. Pada trimester kedua, saya sekali lagi ulang buat swab dan keputusannya masih sama iaitu jangkitan kulat Candidiasis.
Selain Masukkan Ubat, Ada Rawatan Lain?
Biasanya doktor hanya akan beri ubat insert sahaja kerana tiada pil atau ubat lain yang selamat diambil oleh ibu mengandung.
Pantang Larang Jangkitan Kulat Vagina
Tiada pantang larang cumanya pastikan tangan kita bersih dan juga kemaluan bersih. Cara masukkan ubat insert keputihan tu pula perlulah lebih dalam supaya ia kena pada kuman/kulat yang berada di bahagian kemaluan.
Adakah Masalah Ini Memberi Kesan Pada Kandungan?
Jika jangkitan kulat Candida ini pada tahap normal, biasanya ia tidak memberi kesan pada bayi kerana bayi berada dalam kantung air dan ada perlindungan.
Kecuali jangkitan GBS ketika hamil. Ia boleh memberi kesan semasa bersalin sekiranya ibu tidak menerima rawatan dan mengambil antibiotik sebelum bersalin.
Menurut Dr Zubaidi, terdapat kajian yang menyebut GBS ini adalah kuman jahat yang hidup dalam usus besar dan ia akan membiak menjadi banyak jika kuman-kuman baik tidak dapat mengimbangi kehadiran kuman-kuman jahat ini.
Kuman GBS ini akan merebak dan menjangkiti bayi ketika dilahirkan walaupun sebarang tiada tanda jangkitan pada mereka.
Sekali lagi jika jangkitan itu teruk, ia akan menyebabkan kemudaratan pada bayi itu beberapa jam selepas dilahirkan. Sementara jika tidak berada teruk, mungkin bayi itu akan mengalami kemudaratan beberapa minggu atau bulan setelah dilahirkan.
Ini kerana tubuh bayi masih mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Kuman GBS yang berada dalam tubuh bayi ini akan membiak dan memberikan kemudaratan kepadanya.
Bagaimana Proses Bersalin
Semasa kandungan 36 minggu, sekali lagi saya melakukan swab test. Alangkah terkejutnya saya hasil keputusannya adalah GBS!
Pada hujung-hujung nak bersalin, doktor ada beri pil ubat dan perlu ambil selama seminggu. Namun saya tidak sempat habiskannya kerana telah bersalin.
Proses kelahiran berjalan dengan lancar. Setelah selesai, saya dibawa ke wad dan terus maklumkan pada doktor bahawa saya ada mengalami jangkitan GBS ketika hamil bagi membolehkan mereka pertimbangkan rawatan seterusnya.
Doktor tetapkan untuk ambil antibotik 4 jam sekali. Sebagai pesakit pada ketika itu, saya juga alert untuk cucuk antibiotik setia 4 jam sekali kerana faham tugas doktor dan jururawat bukanlah fokus diri saya seorang dan mungkin boleh terlepas pandang.
Jika kita sudah ambil antibiotik, biasanya kita dah dapat melindungi bayi.
Rawatan Selepas Bersalin
Selepas bersalin, saya tidak meneruskan sebarang rawatan disebabkan oleh masalah keputihan dan kegatalan vagina telah hilang.
Nasihat Untuk Ibu Yang Lain
Jika kita mengalami keputihan ketika hamil, perlu kerap minum air putih. Minum banyak banyak sebab dia akan flush kuman tersebut dan mengelakkan dari dikesan kencing kotor.
Selain itu, perlu kerap cuci kemaluan menggunakan air suam dan garam. Kurangkan minuman dan makanan manis ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan keputihan semakin teruk.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Keputihan Semasa Hamil: Kenali Jenis Keputihan, Punca & Cara Rawatan Yang Berkesan
Baca juga: Benarkah Makan Timun Menyebabkan Keputihan Yang Banyak Pada Wanita?
Baca juga: GBS Ketika Hamil: Kenali Apa Itu GBS, Tanda Tanda GBS & Kesan GBS Pada Bayi Baru Lahir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!