TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

4 min bacaan
Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

Anak mata kelabu dengan rambut perang dikatakan amat unik dan comel. Ibu ini kongsikan pengalaman dan amalan ketika mengandung

Pengalaman memiliki anak dengan mata kelabu pastinya sesuatu yang unik dan istimewa. Warna mata yang luar biasa seperti ini sering menarik perhatian kerana jarang ditemui, terutama di kalangan orang Asia.

Perkongsian seorang ibu, Myra Malik dengan beberapa keping gambar anak keduanya yang bermata kelabu membuatkan ramai memuji kecomelannya. Bukan itu sahaja, terdapat juga ibu yang meminta tips dan pengalaman ketika mengandung sehingga mendapat bayi berwarna kelabu.

Isi Kandungan

  • Mata Anak Kelabu
  • Doa Ibu Ayah Ketika Umrah
  • Tidak Ambil Sebarang Suplemen
  • Suami Berkulit Putih
  • Amal Surah Maryam, Yusuf Dan Luqman
  • Sering Menjadi Perhatian Orang
  • Anak Rakan Juga Warna Kelabu Sebab ‘Kenan’

Mata Anak Kelabu

Menurut Myra, anak keduanya sejak lahir matanya sudah berwarna kelabu. Anak sulung mata biasa sahaja, tidak berwarna kelabu.

Semasa bersalin, doktor dan jururawat juga terkejut melihat mata dia. Dengan kulit putih kemerahan, rambut perang, bulu halus di muka dan badan pun perang. Alhamdulillah, selepas pemeriksaan semuanya normal.

anak mata kelabu, bayi mata kelabu, mata kelabu, mata grey, anak bermata kelabu

Ramai yang hairan, tapi ibu lebih hairan. Dari mana asalnya? Sebab dalam keluarga, tiada seorang pun yang memiliki mata seperti ini. Ada yang kata, mata dia hanya berwarna begitu semasa baru lahir, nanti akan kembali hitam.

Apa pun keadaannya, yang penting dia sihat.

Doa Ibu Ayah Ketika Umrah

Menceritakan lebih lanjut, ini adalah anak kedua Myra dengan jarak hampir 7 tahun daripada abang sulungnya. Lama juga untuk mendapatkan anak ini.

Sebenarnya, saya minta tolong mak dan ayah doakan di tanah suci semasa mereka menunaikan umrah. Ketika itu, abang sulung juga selalu meminta adik baru.

Mak dan ayah pergi umrah pada bulan November, dan selepas mereka pulang, saya buat ujian kehamilan pada hujung Disember—ternyata saya hamil.

Kebetulan pula, waktu itu saya mengalami demam, batuk, dan selesema yang teruk, sehingga mengambil ubat bermacam-macam. Syukur, tiada kesan kepada bayi sebab saya sendiri tidak tahu sedang mengandung.

Semasa kehamilan, saya mengalami gestational diabetes mellitus (GDM) dan paras hemoglobin (HB) yang rendah. Namun, saya ini peminat tegar kopi dan nescafe—setiap hari wajib minum. Tidak suka makanan manis, tetapi semasa mengandung, saya tiba-tiba gemar kek coklat sehingga sanggup makan setiap hari walaupun ada GDM.

Tidak Ambil Sebarang Suplemen

Dari segi pemakanan, saya tidak mengambil apa-apa suplemen kerana saya tidak suka ubat, dan susu pun saya jarang minum. Cuma sekali-sekala saya minum pati delima jenama Gulsan.

Saya melahirkan pada usia kandungan 36 minggu 6 hari, secara normal. Anak lahir dengan berat 2.7 kg. Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat.

anak mata kelabu, bayi mata kelabu, mata kelabu, mata grey, anak bermata kelabu

Suami Berkulit Putih

Jika ada yang bertanya tentang amalan semasa mengandung untuk mendapatkan anak yang putih gebu, mungkin ia berkait dengan genetik. Suami saya berkulit putih.

Namun, semasa mengandung, saya memang kerap makan buah-buahan seperti strawberi, anggur, dan jambu. Selepas masuk tujuh bulan kehamilan, saya kerap minum air kelapa.

Amal Surah Maryam, Yusuf Dan Luqman

Pada waktu malam sebelum tidur, saya memang suka membaca atau mendengar Surah Maryam, Yusuf, dan Luqman. Perkara yang sama juga saya lakukan semasa mengandungkan abang dia.

Tak pernah terfikir atau berangan anak akan lahir begini. Ini semua rezeki daripada Allah. Alhamdulillah. Saya tak meminta banyak, hanya berdoa agar anak-anak sihat dan sempurna, serta dijauhkan daripada segala penyakit.

Sering Menjadi Perhatian Orang

Setiap kali keluar, memang ramai yang menegur. Mereka sering bertanya, “Mata dia ini betul ke?”, “Memang warna mata dia begini?”, atau “Anak campuran ke?”. Kadang-kadang orang juga akan bertanya, “Ini anak Puan ke?”, seolah-olah tidak percaya anak saya bermata seperti ini.

Ada juga yang lebih berani mencuit pipi anak saya, tetapi nasib baik dia jenis yang takut orang. Jika ada yang datang dekat, dia akan cepat riau. Saya rasa lega juga sebab itu secara tidak langsung mengurangkan sentuhan orang luar terhadapnya.

anak mata kelabu, bayi mata kelabu, mata kelabu, mata grey, anak bermata kelabu

Anak Rakan Juga Warna Kelabu Sebab ‘Kenan’

Mungkin ada kaitan dengan fenomena ‘kenan’. Pernah seorang rakan di Facebook menghantar gambar anaknya yang baru berusia 3 bulan, juga bermata kelabu. Katanya, dia selalu tengok gambar Adek dan membeli pakaian preloved milik Adek sebelum ini.

anak mata kelabu, bayi mata kelabu, mata kelabu, mata grey, anak bermata kelabu

Orang tua-tua kata, semasa hamil, banyakkan melihat perkara yang indah dan comel. Barangkali, ada kebenarannya dan rezekinya juga.

Baca juga:  Penglihatan Bayi Baru Lahir (0-12 Bulan): Tahap Perkembangan & Cara Merangsang Mata

Baca juga:  Selain Lobak Merah, Ini 10 Jenis Makanan Untuk Mata Yang Sihat Ikut Saranan Pakar

Baca juga: Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Kehamilan
  • /
  • Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung
Kongsikan:
  • Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Stories Rakan Kongsi

    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

  • Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

    Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

  • Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

    Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

  • Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Stories Rakan Kongsi

    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

  • Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

    Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

  • Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

    Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham