TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

6 min bacaan
Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis

Pengalaman bersalin overdue boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi kerana ia meningkatkan risiko pelbagai komplikasi semasa proses kelahiran

Setiap ibu pastinya melalui pengalaman bersalin yang berbeza, tidak kiralah ia adalah anak pertama ataupun kedua. Ada yang direzekikan dengan perjalanan yang mudah, dan ada juga diuji dengan kesukaran melahirkan bayi seperti pengalaman bersalin overdue. Apapun, itulah pengorbanan terbesar menjadi seorang ibu.

Kehamilan overdue adalah kehamilan yang melebihi tarikh jangkaan bersalin yang dianggarkan oleh doktor. Biasanya, ia berlangsung lebih 40 minggu. Keadaan ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan kerana risiko komplikasi meningkat dan memerlukan pemantauan teliti.

Pengalaman Bersalin Overdue Dan Bayi Tertelan Najis Dalam Kandungan

Seorang ibu yang dikenali sebagai Hakimah Najwa, menceritakan pengalaman bersalin beberapa tahun lalu yang dianggap sebagai ‘pengalaman pahit’ kerana dia dan suami hampir kehilangan anak pertamanya, Ayeesha, akibat pelbagai komplikasi bersalin.

Adakah Ibu Mengalami Sebarang Masalah Kesihatan Ketika Hamil?

Sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan yang teruk. Loya dan muntah hanya berlaku jarang-jarang. Cuma pada awal kandungan saya diuji positif Covid dan pada hari ketiga, saya mengalami pendarahan yang agak banyak.

Saya terus ke HRPZ dan terpaksa bermalam di wad selama tiga hari. Pada ketika itu, doktor syak kandungan di luar rahim. Tetapi belum pastikan lagi. Dan pada masa yang sama, doktor kesan ada cyst sebesar 5cm.

Doktor beri tarikh temu janji repeat scan untuk kepastian sama ada kandungan luar rahim ataupun tidak. Alhamdulillah minggu ke-12, doktor sahkan kandungan selamat. Cuma cyst masih ada. Jadi saya perlu ke HUSM setiap bulan untuk repeat scan bagi melihat saiz cyst semakin membesar atau mengecil.

Alhamdulillah juga setiap kali temu janji saiz cyst semakin mengecil dan pada kandungan 5 bulan, doktor sahkan cyst hilang.

Bilakah Mula Merasai Perubahan Pada Kandungan?

Saya mula rasa lain ketika memasuki penghujung kehamilan, iaitu sekitar 39 minggu ke atas. Bayi dalam kandungan kurang aktif bergerak dan saya kena kejutkannya setiap masa barulah merasai pergerakan bayi.

Bagaimana Proses Bersalin

Tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor adalah 7/11. Namun disebabkan oleh saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika hamil, doktor berikan masa sehingga 13/11.

Pada tarikh 13/11, saya telah serah diri di Hospital Kuala Krai. Doktor telah melakukan imbasan dan mengatakan bayi dalam kandungan berat 3.75kg, namun saya boleh bersalin secara normal.

Pada malam tersebut, saya mula merasai sakit kontraksi dan jalan telah terbuka tanpa induce. Doktor telah memberikan cadangan untuk mengambil suntikan epidural.

Pada 14/11 jam 9pagi, saya telah masuk ke labour room. Sepanjang tempoh itu, saya merasai kesakitan yang teramat kerana epidural tidak berkesan.

Setelah berjam-jam menaha sakit, akhiranya jalan terbuka 10cm. Namun keadaan saya pada ketika itu sudah kehabisan tenaga sehinggakan bayi lemas dalam kandungan. Seorang doktor lelaki datang membantu proses kelahiran menggunakan forcep (sepanjang dalam labour room, doktor perempuan yang pantau sejak dari awal).

Akhirnya bayi selamat dikeluarkan secara normal dengan berat 4.1kg. Doktor dan nurse semua terkejut dengan saiz bayi sebab sekiranya saiz bayi besar dapat dikesan awal, ibu tidak digalakkan bersalin normal kerana amat berisiko tinggi.

Selepas selamat bersalin, naluri saya sebagai ibu juga lain kerana bayi saya tidak menangis langsung sepanjang berada dalam labour room.

Selepas Bersalin, Bagaimana Keadaan Ibu Dan Bayi?

Selepas bersalin, saya mengalami komplikasi dan kehilangan darah yang banyak. Sepanjang malam saya berada dibawah pemantauan doktor, dipakaikan wayar oksigen dan melalui proses tambah darah sebanyak dua beg.

Pada ketika itu juga saya tidak diberitahu tentang keadaan anak saya. Rupa-rupanya pada malam selepas dilahirkan, bayi saya dalam keadaan kritikal (50/50).

Selepas keadaan saya mula stabil dan dimasukkan ke dalam wad biasa, barulah saya dimaklumkan tentang keadaan sebenar bayi. Saya dan suami diminta melawat anak dengan segera memandangkan keadaannya sudah terlalu kritikal.

pengalaman bersalin overdue, pengalaman bayi tertelan najis, pengalaman bersalin bayi besar,pengalaman bayi di icu

Rawatan Dan Prosedur Terhadap Bayi

Pada hari pertama sehingga hari ketiga, bayi ditidurkan sepenuhnya (intubated). Doktor memaklumkan anak saya telah tertelan najis yang banyak sehingga menyebabkan paru-paru dipenuhi najis sehingga menganggu saluran pernafasan (keadaan jadi tambah teruk sebab baby lemas semasa proses kelahiran).

Pada hari ketiga, keadaan bayi saya semakin membaik apabila sudah tidak perlukan ubat tidur. Walau bagaimanapun sekali lagi kami diuji apabila bayi tiba-tiba demam panas dan doktor mengatakan dia terkena jangkitan kuman.

Untuk mendapatkan kepastian jenis kuman dan tahap jangkitan kuman sama ada sudah sampai ke bahagian otak ataupun belum, doktor pakar meminta saya dan suami bersetuju menjalani prosedur ambil air tulang belakang bayi.

Hasil keputusan mendapati anak kami telah terkena jangkitan kuman GBS.

Tindakan Ibu Ayah

Perasaan kami pada masa itu teramat sedih dan terkejut apabila pertama kali melihat keadaan bayi yang dipenuhi wayar satu badan.

keadaan menjadi semakin sayu bila melihat anak kami satu-satunya bayi yang paling kritikal di wad pada ketika itu. Tiub oksigen di mulut dan dia langsung tidak bergerak kerana ditidurkan.

Namun , kami terpaksa bangkit dan kuat semangat untuk si kecil kami. Siang malam berdoa agar Allah angkat segala kesakitannya.

Setiap hari kami akan meluangkan masa melawat anak dan memberi kata-kata semangat buatnya (walaupun saya dalam pantang bersalin, hari-hari usahakan melawat baby)

Berapa Lama Bayi Kena Tahan Wad

Ayeesha ditahan di wad selama 16 hari. Sepanjang tempoh ini juga, pelbagai jenis antibiotik diberikan padanya. Alhamdulillah semakin hari, keadaannya semakin positif dan membaik.

Dia adalah anak yang kuat semangat, walaupun pada awalnya doktor tidak bagi kami untuk berharap.

pengalaman bersalin overdue, pengalaman bayi tertelan najis, pengalaman bersalin bayi besar,pengalaman bayi di icu

Keadaan Bayi Selepas Keluar Wad

Selepas keluar wad, Ayeesha menjadi sangat sensitif. Kalau dia menangis lama sikit, muka dan seluruh badannya akan menjadi membiru.

Dan tangisannya tidak keluar suara, seakan-akan tidak cukup oksigen untuk bernafas. Bukan itu sahaja, dia juga kerap mengalami masalah perut sensitif sehingga saya terpaksa mencuba pelbagai susu formula yang serasi dengannya.

Selain itu, Ayeesha juga kerap muntah memancut melalui hidung dan mulut selama beberapa bulan. 

Rawatan susulan selepas keluar wad adalah kami perlu mengikuti temujanji dengan pakar pediatrik untuk melihat perkembangan anak.

Ayeesha perlu berada di bawah pemantauan pediatrik sehingga berusia 2 tahun memandangkan dia ada sejarah “baby intubated”.

Bagaimana Keadaan Ayeesha Sekarang?

Alhamdulillah, keadaan ayesha semakin sihat dan perkembangannya normal seperti kanak-kanak yang lain. Doktor juga discaj Ayeesha dari pakar pediatrik sebelum usianya 2 tahun.

Cuma dia perlu menjalani pemeriksaan jantung sekali dalam setahun memandangkan ada lubang kecil yang belum tertutup.

Nasihat Dan Tips Buat Ibu-Ibu Lain

Nasihat saya kepada ibu-ibu yang sedang hamil, jagalah pemakanan anda. Kurangkan makanan manis untuk elakkan bayi besar yang boleh menyukarkan proses bersalin normal serta komplikasi lain.

Selain itu, jika anda mengalami keputihan ketika hamil, meskipun sedikit sahaja, segera maklumkan pada doktor dan minta untuk buat ujian. Sekurang-kurangnya jika ada masalah GBS, anda boleh kesan awal bagi mencegahnya terkena pada bayi baru lahir.

Antara rawatan GBS bagi mengelakkan kuman terkena pada bayi adalah dengan pemberian antibiotik kepada ibu sebelum proses bersalin.

Sekiranya anda diuji dengan bayi mengalami komplikasi selepas bersalin, jangan sesekali berputus asa dan teruskan berdoa pada Allah. Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja. Ibu ayah kena kuat semangat, pertimbangkan rawatan yang doktor cadangkan kerana mereka lebih tahu yang terbaik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

Baca juga: Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Baca juga:  Kisah Benar: Bayi Selalu Dipuji Orang Sekeliling, Kepala Jadi Bernanah Disebabkan Penyakit Ain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Kehamilan
  • /
  • Bersalin Overdue & Lahir Bayi Besar 4.1Kg Secara Normal, Ibu Kongsi Kisah Bayi Kritikal Tertelan Najis
Kongsikan:
  • Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Stories Rakan Kongsi

    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

  • Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

    Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

  • Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

    Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

  • Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Stories Rakan Kongsi

    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

  • Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

    Anak Jadi Perhatian Sebab Mata Kelabu & Rambut Perang, Ibu Kongsi Amalan Ketika Mengandung

  • Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

    Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham