X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Waspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko Stillbirth

4 min bacaan
Waspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko StillbirthWaspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko Stillbirth

Jangkitan kuman semasa hamil seperti Group B Streptococcus boleh mendatangkan bahaya terhadap bayi bakal lahir. Ini info penting para ibu perlu tahu!

Jangkitan kuman yang dikenali sebagai Group B Streptococcus atau GBS semasa hamil sememangnya mendatangkan kebimbangan para ibu. Ia mungkin kes yang sangat jarang berlaku, namun adalah penting untuk anda tahu sedikit info mengenainya.

Secara umumnya, Group B Streptococcus atau GBS adalah kuman yang banyak terdapat dalam usus besar. Ia biasanya menjangkiti wanita mengandung tanpa menunjukkan sebarang petanda.

Jangkitan kuman GBS semasa mengandung, adakah ia berbahaya?

jangkitan kuman gbs

Kebanyakan kuman ini akan memasuki rongga faraj melalui lubang dubur. Ia bukan sejenis kuman luar biasa dan bukanlah kuman yang menyebabkan berlakunya penyakit kelamin.

Kajian yang dilakukan mendapati GBS ini merupakan kuman jahat yang hidup dalam usus besar dan berupaya membiak dan menjadi banyak sekiranya kuman-kuman baik tidak mampu mengimbangi serangan kuman ini.

Jika anda mendapat jangkitan GBS semasa hamil, ia tidak bermakna ibu berada dalam keadaan yang tidak bersih. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kedua-duanya berupaya mendapat masalah ini. Manakala, tidak semua ibu hamil yang sihat akan menunjukkan tanda-tanda jangkitan Group B Streptococcus.

Hal yang lebih membimbangkan adalah kuman ini boleh merebak dan menjangkiti bayi ketika dilahirkan tanpa sebarang tanda jangkitan.

Jangkitan kuman GBS ketika hamil- risiko bahaya yang mungkin berlaku

Sekiranya jangkitan tersebut begitu teruk, ia boleh membawa kemudaratan terhadap bayi beberapa jam selepas bersalin. Sementara itu, jika tidak teruk, bayi anda mungkin akan mengalami komplikasi untuk tempoh beberapa minggu atau bulan setelah dilahirkan.

kuman Group B Streptococcus

Hal ini berlaku disebabkan oleh tubuh si manja memiliki sistem daya tahan yang lemah. Kuman GBS yang berada dalam tubuh bayi akan membiak dan membawa kemudaratan kepada kesihatannya.

Di samping itu, terdapat kes melibatkan bayi yang dijangkiti kuman GBS ini mengalami keguguran ketika berada di akhir kehamilan, meninggal dunia dalam rahim (stillbirth) atau meninggal setelah beberapa jam dilahirkan.

Ada kes bayi yang dilahirkan hidup, namun mengalami jatuh sakit teruk beberapa jam selepas dilahirkan akibat jangkitan kuman pada darah (septicaemia), jangkitan paru-paru (pneumonia) dan jangkitan kuman pada selaput otak (meningitis).

Ada juga bayi yang selamat setelah menerima rawatan di hospital, tetapi berdepan masalah seperti kecacatan mental, masalah pendengaran, kebutaan dan celebral palsy.

Cara untuk mengesan ibu hamil yang dijangkiti kuman GBS

Cara yang terbaik bagi menentukan ibu mengandung telah dijangkiti kuman Group B Streptococcus adalah dengan melalui pemeriksaan saringan. 

Sekiranya anda dijangkiti GBS, ia akan menunjukkan keputusan positif pada ujian saringan tersebut dan diberikan rawatan susulan sekiranya jangkitan terlalu teruk.

Bagi kes wanita yang berstatus GBS positif (telah dijangkiti kuman GBS) dan tidak menunjukkan sebarang tanda. Mereka ini dikenali sebagai GBS positif atau pembawa GBS. Anda juga mungkin tidak menyedari bahawa diri telah dijangkiti, jadi tidak mendapatkan rawatan.

gbs semasa hamil

Selain itu, anda mungkin hanya menyangka mengalami jangkitan kuman atau kulat biasa pada rongga faraj. Biasanya ia menyebabkan rasa gatal, pedih, keluar lendiran luar biasa dan diberikan ubat antifungal.

Rawatan ini sudah tentu tidak berkesan. Jika anda mendapati berlaku jangkitan pada bahagian intim ini, hendaklah mendapatkan pemeriksaan doktor terutamanya ketika sedang mengandung.

Wanita hamil akan diminta untuk melalui ujian saringan kuman GBS dan bukannya sekadar ujian celup 'dipstick' biasa dilakukan ketika pemeriksaan sepanjang kehamilan.

Bagi mereka yang positif GBS, ujian dan saringan tidak dilakukan secara berulang dan terus diberikan ubat antibiotik apabila proses kehamilan bermula atau selaput ketuban telah pecah.

Antara individu yang dianggap sebagai wanita berisiko tinggi sekiranya disahkan GBS positif ialah:

  • Mengalami demam sepanjang proses melahirkan anak
  • Pernah mengalami jangkitan saluran kencing semasa mengandung dan disahkan akibat jangkitan kuman GBS
  • Pernah melahirkan anak atau selaput ketuban telah pecah sebelum 37 minggu kehamilan
  • Selaput ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan pada tarikh jangkaan bersalin
  • Pernah melahirkan anak yang dijangkiti GBS pada kehamilan sebelumnya

Sumber: Dr zubaidi

Kredit foto: freepik

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Komplikasi Kehamilan Boleh Meragut Nyawa Ibu & Bayi, No.5 Antara Yang Paling Bahaya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Waspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko Stillbirth
Kongsikan:
  • Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa

    Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa

  • Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

    Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

  • Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

    Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa

    Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa

  • Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

    Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

  • Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

    Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.