Apabila hamil, badan akan mengalami banyak perubahan seperti masalah hormon, pertambahan berat badan dan mood yang tak menentu. Lebih-lebih lagi bila sudah masuk ke trimester ketiga. Akan ada pelbagai cabaran hebat!
Dalam minggu terakhir ini, jantung anda akan berdegup laju terutama apabila melihat due date yang sudah hampir menjelang tiba. Selain itu, anda juga rasa tidak sabar untuk melahirkan cahaya mata yang ditunggu sekian lama.
Berikut antara 9 faktor lain yang membuat trimester ketiga itu menjadi sukar dan menakutkan buat sesetengah ibu hamil:
9 faktor yang menyebabkan trimester ketiga jadi fasa paling sukar
#1. Was-was dengan due date

Sebenarnya due date yang diberikan oleh doktor adalah anggaran kasar tentang tarikh bersalin. Sebaiknya, jika terdapat tanda-tanda bersalin, segera ke hospital.
Jika tiada sebarang tanda yang dapat dilihat walaupun sudah mencecah 40 minggu kehamilan, anda perlu juga ke hospital supaya doktor boleh membuat keputusan sama ada anda memerlukan suntikan induce atau memberi tambahan tempoh hingga ke usia janin 42 minggu untuk bersalin.
#2. Berat badan
Pada trimester ketiga ini, perut anda semakin membesar sekaligus menyebabkan keinginan terhadap makanan juga turut terbatas.
Malah pergerakan juga tidak lagi laju apabila sampai ke tempoh ini.
#3. Tahap kesabaran yang menipis
Walaupun anda cuba menahan rasa sabar, tapi bila masuk ke trimester ketiga tahap kesabaran itu semakin menipis. Ada saja perkara yang membuatkan anda hilang sabar walaupun berkaitan dengan hal remeh.
#4. Buasir dan ketidakselesaan perineum
Apabila masuk fasa terakhir ini, sesetengah ibu hamil akan mengalami sembelit hingga menyebabkan ketidakselesaan yang ketara di perineum.
#5. Kegelisahan tentang anggota tubuh
Kredit : Mamapride
Buasir dan berat badan bukan satu-satunya ketidakselesaan fizikal yang mengganggu kehamilan. Tapi ada masalah lain juga seperti kejang otot, kaki bengkak, masalah pencernaan dan braxton hicks yang menambahkan kegelisahan anda di trimester akhir ini.
#6. Pertanyaan yang berterusan
Walaupun anda berasa cemas dengan tarikh bersalin, namun anda juga akan berasa takut dan pelbagai persoalan akan muncul seperti cara menyusukan bayi, tips penjagaan bayi baru lahir, kaedah tidurkan bayi dan sebagainya. Sekaligus membuatkan fikiran sedikit terganggu.
#7. Insomnia
Tidur malam juga selalu terganggu kerana ketidakselesaan akibat perut yang semakin membesar dan si kecil yang selalu menendang dari dalam perut.
#8. Kerap ke tandas
Perjalanan anda ke tandas juga tidak berkesudahan kerana bayi sudah menekan ke bahagian pundi kencing lalu menyebabkan anda rasa tidak sabar untuk cepat bersalin.
#9. Bosan menunggu
Kredit : Parents Magazine
Apabila sudah cukup sembilan bulan atau 40 minggu tentunya ada akan rasa bosan menunggu tarikh melahirkan juga perasaan yang tak sabar untuk menimang cahaya mata.
Walaubagaimanapun, tunggu hingga tanda-tanda bersalin muncul supaya dapat mempercepatkan kelahiran bayi dengan sempurna.
Ya, kehamilan dalam fasa terakhir ini memang sedikit memenatkan namun tiada kaedah lain yang boleh mempercepatkannya selain menanti simptom persalinan mulai muncul.
Oleh demikian, nikmati beberapa hari terakhir ini dengan penuh rasa bersyukur dan gembira.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!