Tahniah diucapkan atas kelahiran anak anda! Hati anda pasti penuh dengan rasa sayang dan rumah anda juga dipenuhi dengan ketawa, keriangan, pelukan dan mungkin sedikit rasa keletihan. Anda juga pastinya sedang lebih mengenali bayi anda – dengan menggunakan aplikasi tracker bayi kegemaran anda bagi memastikan anda ingat corak penyusuan, jadual tidur serta kitaran menukar lampin.
Luah sahaja rasa sayang terhadap bayi anda walaupun semua orang kepenatan.
Sama ada anda ibu bapa buat kali pertama atau baru sahaja menyambut anak kedua, anda pasti akan mendapat banyak kelebihan daripada sokongan. Dan kami bukan berbicara hanya tentang sokongan daripada keluarga mahupun teman-teman, namun sokongan daripada satu platform komuniti ibu bapa – iaitu aplikasi theAsianparent.
Dengan hanya satu klik, anda boleh berhubung dengan komuniti ibu bapa dan pakar-pakar yang akan menyokong anda sepanjang perjalanan anda sebagai ibu bapa. Sama seperti sokongan yang anda dapat sepanjang kehamilan dan apabila anda menggunakan tracker kehamilan di theAsianparent.
Aplikasi theAsianparent: Apa Itu Tracker Bayi?
Imej ikhsan: Aplikasi theAsianparent (iOS+Android)
Sebaik sahaja anda beralih daripada kehamilan kepada keibubapaan, anda akan memerlukan satu platform yang dapat membantu anda dengan semua informasi penting yang anda perlukan tentang perkembangan dan kesihatan anak anda.
Sama ada ia perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosial dan emosi, nutrisi, bayi meniarap dan/atau kemahiran motor dan pelbagai lagi. Di sini hadirnya tracker bayi theAsianparent.
Disebut sebagai aplikasi memantau perkembangan bayi kegemaran untuk ibu bapa di seluruh dunia, ia lengkap untuk keperluan anda.
Berikut beberapa ciri utama:
- Melalui tracker perkembangan bayi khusus dalam aplikasi theAsianparent, anda dapat memantau perkembangan anak sehingga dia berusia 6 tahun.
- Sama seperti tracker kehamilan, anda dapat memantau perkembangan dan pertumbuhan anak selain memantau pencapaian penting si manja.
- Aplikasi ini juga akan membantu anda dalam pelbagai aspek perkembangan mereka termasuk perkembangan percakapan, fizikal, kognitif dan sosial mereka.
Sokongan dan ikatan komuniti adalah ciri utama dalam tracker perkembangan bayi theAsianparent. Di sini, anda boleh menemui komuniti ibu bapa berpengalaman dan pakar kesihatan kanak-kanak yang mesra untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada anda.
- Jika anda mempunyai persoalan mahupun mencari tip berguna dalam membesarkan anak anda, anda boleh berinterkasi dengan ibu dan bapa yang lain dalam aplikasi ini. Anda akan diberikan nasihat tentang penjagaan anak serta boleh turut sama berkongsi pengalaman anda sebagai ibu bapa.
Lebih 60,000 ibu bapa menggunakan tracker bayi kami setiap hari. Jadi, apa kata anda sertai kami dan kongsi pencapaian istimewa bayi anda bersama ibu bapa yang lain.
Bagaimana Untuk Menggunakan Tracker Bayi: Panduan Membantu Untuk Ibu Bapa Baru
Imej ikhsan: Aplikasi theAsianparent (iOS+Android)
Cara penggunaan tracker bayi kami mudah sahaja!
Dengan aplikasi theAsianparent, anda sudahpun mempunyai akses kepada tracker yang bermanfaat. Berikut adalah cara untuk anda tetapkan aplikasi tracker bayi kegemaran anda dan profil bayi.
- Pergi ke profil anda. Tekan menu penuh tracker pada skrin dan klik ‘Tambah profil anak’.
- Di sini anda boleh mengisi butiran tentang kelahiran anda dan sesuaikan tracker mengikut usia bayi.
- Selepas anda memuatnaik informasi yang berkaitan, tekan simpan dan siap!
Anda kini boleh memantau perkembangan anak anda setiap hari!
Setelah anda selesai menghasilkan tracker bayi, anda juga boleh memuatnaik siaran dan foto dalam rangkaian peribadi dan selamat seperti pencapaian atau perkembangan anak anda.
Melalui tracker ini, anda dapat mengakses nasihat daripada pakar dan cadangan komuniti. Ayuh kami terangkan kepada anda beberapa ciri utama aplikasi.
5 Ciri Utama Tracker Bayi
Imej ikhsan: Aplikasi theAsianparent (iOS+Android)
- Panduan nutrisi bagi memastikan anak anda sihat dan kuat
- Panduan mengikut usia tentang perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan percakapan anak
- Artikel dengan tip dan nasihat membantu berdasarkan kajian terkini
- Cadangan produk mengikut usia
Mengapa Ibu Bapa Gemar Aplikasi Tracking Bayi theAsianparent Malah Anda Juga Akan Menyukainya!
Sebagai ibu bapa baru, anda mungkin ada beberapa soalan tentang penjagaan anak anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya sama ada mereka membesar atau mengembangkan kemahiran pada usia yang sesuai.
Walaubagaimana pun, anda harus ingat bahawa setiap anak-anak unik dengan cara mereka tersendiri. Namun ada beberapa keadaan yang anda mungkin perlukan pengesahan, yang mana ini sebabnya ramai ibu bapa gemar tracker bayi theAsianparent.
Bukan sahaja anda dapat berinteraksi bersama komuniti yang menyokong anda, dan melihat kembali pengalaman keibubapaan awal anda. Anda juga akan memahami segera apabila perkembangan anak terjejas dan bagaimana mereka dapat mengembangkan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan kemahiran percakapan baru. (Jika anda risau akan perkembangan anak, anda perlu berjumpa dengan doktor).
Anda juga boleh membaca artikel berkaitam dan panduan nutrisi berguna.
Tracker bayi ini adalah platform berguna untuk memandu anda sepanjang perkembangan anak anda dan pada masa yang sama mencatat pencapaian dan kebolehan mereka.
Malah, bukan sahaja anda dapat belajar daripada ibu bapa yang lain, anda juga dapat membantu bakal ibu bapa dengan berkongsi pengalaman sendiri.
Ayuh besarkan anak-anak yang kuat, pintar dan baik hati!
Muat turun aplikasi theAsianparent di sini:
iOS: Klik di sini
Android: Klik di sini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Ally Villar dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca Juga: 10 Sebab Kenapa Aplikasi theAsianparent SATU-SATUNYA Aplikasi Kehamilan & Keibubapaan Yang Anda Perlu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!