Meneran bayi adalah tahap kedua proses kelahiran normal. Ia berlaku selepas serviks melintang sepenuhnya dan tidak lagi menutup kepala bayi.
Dalam hal ini, saluran kelahiran akan terbuka bagi membolehkan bayi keluar.
Kebiasaannya, anda mendengar pengalaman orang lain yang mengatakan anda perlu meneran ketika bersalin setelah merasakan sakit perut yang seolah-olah ingin masuk ke tandas.
Proses kelahiran normal
foto: Today’s Parent
Sebaik sahaja doktor memeriksa bukaan serviks telah 10cm atau sepenuhnya, ketika ini anda bersedia untuk menolak bayi keluar.
Anda boleh merasakan tekanan kepala bayi di antara kaki yang memberi anda isyarat untuk menolak keluar. Bukan itu sahaja, anda perlu mengimbangi pernafasan dan kedudukan supaya rahim dapat berfungsi dengan cekap.
Dalam beberapa kes, tempoh meneran bayi keluar menjadi lama dan ia bermula walaupun anda tidak merasakan isyarat tersebut.
Bukaan laluan sebanyak 10cm tidak bermakna anda sudah boleh mula menolak, tetapi anda perlu terlebih dahulu membenarkan bayi bergerak ke bawah dengan sendiri.
Teknik meneran bayi keluar
Terdapat dua teknik yang berbeza untuk mengeluarkan bayi dalam perut. Antaranya:
#1. Menolak secara spontan
Meneran secara spontan adalah disebabkan oleh fisiologi atau keadaan yang mendorong anda untuk meneran.
Ini disyorkan oleh kebanyakan pengamal perubatan dan bidan. Dalam kaedah ini, anda perlu menunggu tubuh memberi isyarat dan menolak apabila anda merasakan dorongan.
WHO dan Kolej Jururawat-Bidan Amerika (ACNM) telah mencadangkan amalan ini kerana ia memberi manfaat kepada ibu dan bayi.
Dalam pendekatan ini, doktor akan meminta anda untuk memahami isyarat yang disampaikan oleh badan dan cuba menolak apabila anda merasakannya. Antaranya:
#1. Apabila kontraksi memberi isyarat untuk menolak, anda perlu mengambil nafas secara dalam, bertenang dan hembus nafas.
#2. Ia dibolehkan membuat sedikit bunyi tetapi elakkan berteriak dengan mulut terbuka.
#3. Teruskan mengambil nafas setiap 5 hingga 6 saat sehingga anda diberitahu untuk berhenti meneran atau anda tidak lagi merasakan dorongan. Anda tidak perlu menahan nafas anda ketika saat ini.
#4. Jika anda merasakan isyarat telah hilang, tarik nafas panjang dan kembali ke posisi berehat sehingga anda mendapat kontraksi yang lain.
#5. Apabila anda merasakan isyarat lagi, anda boleh menolak beberapa saat semasa puncak kontraksi.
#2. Dilatih atau diarahkan untuk meneran
foto: Shutterstock
Ini adalah kaedah yang diamalkan secara meluas di mana anda mula menolak apabila laluan diluaskan sepenuhnya, tannpa mengira anda merasakan petanda bayi bersedia untuk keluar.
Pengamal kesihatan anda atau bidan akan mengarahkan anda untuk menolak.
Walaupun anda telah berlatih meneran bayi keluar sebelum bersalin, namun pakar mengatakan bahawa keadaan boleh menjadi sebaliknya.
Latihan bermula apabila serviks telah diluaskan kepada kira-kira 10cm berterusan sehingga bayi dilahirkan. Peringkat ini memerlukan masa beberapa minit hingga berjam-jam.
#1. Doktor akan meminta anda menarik nafas panjang pada permulaan setiap kontraksi, tahan seketika dan kemudian menolak sambil mengetatkan otot perut dan mengeluarkan tekanan ke bawah dalam kiraan sehingga 10.
#2. Ambil nafas cepat dan tolak semula ketika doktor mengira 10 yang seterusnya. Letakkan target untuk tiga tolakan bagi setiap kontraksi.
#3. Anda akan diminta untuk menahan diri dari menolak ketika kepala bayi muncul di pembukaan faraj.
Cara meneran bayi dengan suntikan Epidural
foto: SiakapKeli
Epidural akan memberi kesan besar kepada anda. Sekiranya tiada rangsangan pelvik, anda mengalami kesukaran untuk merasai isyarat bayi akan keluar.
Bagi anda yang baru pertama kali menjadi seorang ibu, anda tidak dapat seiring dengan kontraksi yang merumitkan proses kelahiran bayi.
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk melihat seluas mana serviks terbuka. Dia juga akan menentukan kedudukan bayi. Dalam sesetengah kes, epidural membuatkan anda keinginan tinggi untuk menolak bayi.
11 tips memudahkan proses meneran:
#1. Teran seperti anda ingin membuang air besar
#2. Letak dagu anda ke arah dada
#3.Tukar posisi sekiranya ia tidak membantu bayi untuk bergerak ke bawah.
#4. Jangan panik semasa menolak dan cuba mengawal diri anda.
#5. Gunakan keseluruhan tenaga untuk menolak bayi keluar
#6. Ambil masa berehat untuk setiap kontraksi bagi memulihkan tenaga bagi langkah bersalin yang seterusnya.
#7. Buat bunyi mengerang dalam nada yang rendah bagi membantu bayi turun ke bawah.
#8. Menyentuh kepala bayi bagi mendapatkan semangat agar tidak terhenti meneran.
#9. Minum air jika anda merasa letih
#10. Pastikan anda buang air kecil terlebih dahulu.
#11. Praktikkan teknik pernafasan pendek bagi memudahkan anda bersalin
Sumber: MomJunction
Kredit foto: Shutterstock, Care.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-nak-bersalin-perut-mengeras
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!