X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya

4 min bacaan
Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini JawapannyaBersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya

Melakukan hubungan seks atau bersama selepas bersalin menyakitkan? Patutkah anda tunggu dulu sebelum melakukannya? Jika ya, berapa lama?

Sakit bersalin selepas pembedahan caesarean masih belum hilang. Tapi, suami seakan memberi “tanda-tanda” ingin bersama. Adakah bersama selepas bersalin menyakitkan?

Ada esetengah wanita yang bersalin secara pembedahan terus melakukan hubungan seks secepat mungkin selepas mereka pulih berpantang.

Jadi jawapan kepada persoalan ini adalah subjektif, ada wanita yang tidak berasa sakit apabila selepas bersama, ada juga wanita yang berasa sakit atau tidak selesa. 

Ia juga bergantung kepada berapa lama badan anda mengambil masa untuk pulih. Menurut pakar seeloknya hubungan intim dilakukan selepas 2 bulan anda bersalin. 

seks selepas bersalin

Tapi, jangan panik jika anda tak mahu melakukan hubungan intim ini lagi. Ramai wanita menangguh sesi melakukan hubungan seks selepas bersalin atas beberapa faktor.

Dan faktor yang paling utama adalah kerana rasa sakit.

Melakukan hubungan seks selepas bersalin, terutamanya bila anda bersalin secara pembedahan caesarean mungkin menyebabkan ketidakselesaan sekiranya terlalu cepat.

Walaubagaimanapun, kami di sini ingin berkongsi beberapa panduan untuk anda, sepertimana yang telah kami terima daripada Mother How!

Bila anda boleh kembali bersama selepas bersalin secara pembedahan?

Doktor pakar akan menasihatkan anda untuk tunggu sehingga 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan, sebelum anda boleh melakukan hubungan seks semula.

Hal ini bagi menanti badan anda “kembali” normal dan sihat seperti sediakala.

Proses untuk sembuh daripada pembedahan biasanya mengambil masa lebih lama kerana “bahagian bawah” itu ingin pulih!

Apa yang pasti, anda perlu tunggu hingga pendarahan selepas bersalin (nifas) anda berhenti, dan badan anda kembali pulih – sebelum anda dan pasangan boleh bermesra semula!

seks selepas bersalin

Kredit: New Health Advisor

Adakah seks selepas bersalin secara pembedahan berbahaya?

Ya! Jika badan anda masih tidak pulih sepenuhnya!

Terdapat risiko tinggi untuk jangkitan kuman dan penyakit akibat pendarahan selepas bersalin. Ada beberapa kes melaporkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk kerana melakukan hubungan seks terlalu awal! 

Semuanya kerana selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan daripada rahim. Pengeluaran ini menghasilkan luka yang menyebabkan pendarahan selepas bersalin.

Rahim anda juga akan mengecut sebelum servik tertutup semula. Maka, perbuatan melakukan hubungan seks terlalu awal boleh memberi jangkitan pada luka yang belum sembuh. 

Jika anda mahu kurangkan risiko terkena jangkitan, tunggu sehingga pendarahan selepas bersalin anda berakhir. Ia keputusan yang lebih bijak!

Ketidakselesaan itu normal

Perumpaaan mengatakan, perbuatan melakukan hubungan seks selepas bersalin secara pembedahan seperti kembali menjadi anak dara.

Anda akan mengalami kesakitan, dan akan teragak-agak untuk meneruskan hubungan jika pertama kali mencubanya.

Tapi semua itu normal. Jangan risau. Perlahan-lahan, okay?

Mengapa kesakitan ini terjadi? Ia kerana perubahan hormon yang terjadi dalam badan anda selepas bersalin.

Biasanya, dinding faraj akan mengering. Tisu perantaraan, otot dan ligamen dalam badan anda perlu merenggang, baru kehidupan intim anda akan kembali seperti sediakala.

Jika anda ingin mengurangkan “kesakitan” ini, cuba guna pelincir atau buat foreplay lebih lama. 

Foreplay, urutan erotik dan cumbuan akan membantu wanita bertenang dan memberi tubuh mereka masa yang cukup untuk merembeskan pelincir semulajadi.

Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya

Terangkan pada pasangan. Moga mereka faham yang pada peringkat awal untuk kembali bersama ini, anda perlu lebih perhatian!

Kadangkala, kesakitan untuk bersama selepas bersalin secara pembedahan berlanjutan hingga minggu ke-12. Jumpa dan berbincang dengan doktor.

Stories Rakan Kongsi
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall

Dengar apa kata badan anda, dan lakukan hubungan seks dalam posisi yang paling anda selesa. Jangan pandang enteng kesakitan itu!

Lakukan semuanya secara perlahan-lahan dan penuh cermat. Semuanya akan kembali seperti sediakala, percayalah!

jangan malu

Bila bercakap tentang bersama selepas bersalin, wanita pasti akan mengalami beberapa perubahan dalam bentuk psikologi dan emosi.

Contohnya, wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean — mereka akan berasa malu dengan parut di perut mereka. Benda yang tak sepatutnya mereka malu, pun!

Pertama – sebab ia bukti anda telah berjaya melahirkan anak.

Kedua – ada banyak rawatan yang boleh anda cuba untuk merawat parut.

Ketiga – sebab kelebihan pembedahan itu sendiri! Faraj anda masih ketat, tak terkoyak dan terbelah!

Jadi, mengapa anda nak malu? 

Tahniah kerana telah menjadi seorang ibu kepada cahaya mata yang istimewa itu. Jangan terburu-buru untuk melakukan hubungan seks, okay? Beri badan anda masa!

Sumber rujukan: Mother How dan Healthline

Baca juga: Posisi Seks Yang Selamat Dilakukan Selepas Bersalin Normal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya
Kongsikan:
  • Takut Untuk Bersama Suami Selepas Habis Pantang? Usah Risau, Ini Ada Tips Mudah!

    Takut Untuk Bersama Suami Selepas Habis Pantang? Usah Risau, Ini Ada Tips Mudah!

  • 72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

    72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Takut Untuk Bersama Suami Selepas Habis Pantang? Usah Risau, Ini Ada Tips Mudah!

    Takut Untuk Bersama Suami Selepas Habis Pantang? Usah Risau, Ini Ada Tips Mudah!

  • 72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

    72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin - Adakah Anda Juga?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.