Ramai ibu lepas bersalin terutama yang caesar perlu menerima suntikan ubat cair darah selepas bersalin. Ada yang takut nak cucuk sendiri dan rela tidak mendapatkannya.
Kenapa sebenarnya suntikan ini diperlukan oleh ibu-ibu lepas bersalin terutama sekali yang bersalin secara pembedahan?
Walaupun waktu mengandung dah puas kena cucuk, lepas bersalin pun tetap kena cucuk juga? Jangan risau ya ibu-ibu, ia demi keselamatan nyawa anda juga. Suntikan ini boleh dicucuk di lengan, peha atau perut.
Suntikan ubat cair darah penting untuk keselamatan ibu lepas bersalin
Kredit: klikdokter
Menurut pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Imelda Balchin, dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh darah beku di dalam saluran darah paru-paru, iaitu pulmonary embolism.
Tujuh dalam sepuluh (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya tiga dalam sepuluh berlaku sebelum bersalin.
Sembilan dalam sepuluh (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas pembedahan Caesarean section, selepas pulang ke rumah.
Kenapa ibu lepas bersalin berisiko berlaku pembekuan darah?
Kredit: sinarharian
Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil? Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah.
Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin.
Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang.
Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat.
Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.
Risiko darah beku jadi lebih tinggi apabila…
Kredit: mrspuex
Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi ia terutama bagi:
- Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
- Berat badan yang obes
- Merokok
- Kehamilan kembar
- Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
- Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
- Kekurangan meminum air (dehydration)
- Tumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin
Tanda ada pembekuan darah
Disebabkan itu pentingnya untuk jururawat klinik kesihatan melakukan lawatan ke rumah ibu yang baru bersalin. Ada yang kata rasa tak selesa kan? Sebenarnya perkara inilah yang penting untuk memastikan kesihatan ibu sentiasa dipantau.
Ia juga bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada ibu lepas bersalin.
- Pernafasan terganggu atau sesak nafas
- Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa
- Suhu badan mungkin naik
- Batuk darah
Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oksigen yang secukupnya ke dalam darah. Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut.
Bagaimana untuk elak pembekuan darah
1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan.
3. Berhenti merokok
4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan
5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section – Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari / 12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang.
7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Imelda Balchin
Kredit foto: fazlina,alodeokter
Baca juga: Pendarahan impantasi sama seperti haid, bagaimana nak bezakannya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!