X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor

3 min bacaan
Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor

Bagaimana kita nak tahu sama ada darah haid kita itu dianggap banyak atau normal? Artikel ini ada memberikan panduan dan sebab mengapa anda tidak patut ambil ringan tentangnya.

Setelah bertahun-tahun mengalami haid, kita sudah pasti dapat tahu tentang kitaran darah haid diri sendiri.

Segala simptom yang berkaitan dengan haid, seperti sakit perut (cramps), teringin makan benda manis, sakit pinggang dan sebagainya, telah kita ketahui.

Tetapi, setiap dari kita mempunyai pengalaman haid yang berbeza. Sehinggakan, sukar untuk kita menyatakan dengan jelas apa yang normal dan apa yang tidak normal.

Di sebalik kekeliruan itu, yang pastinya, ada beberapa isyarat bahaya yang perlu anda ketahui.

Bagaimana rupa darah haid yang berat?

Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor

Kredit: Freepik

Menurut Alyssa Dweck, seorang doktor pakar sakit puan dari New York, simptom berbahaya yang ada pada habit atau kitaran haid kita itu perlu diambil berat dan tidak patut diabaikan.

Satu perkara yang sering ditanya kepada Dr. Dweck adalah apa yang dimaksudkan dengan haid berat?

Yang paling penting, bila sepatutnya kita berjumpa doktor jika kita merasakan yang darah haid kita terlalu banyak?

Ini adalah antara persoalan yang malu untuk ditanya oleh para wanita. Tetapi, jika anda berasa tidak sedap hati melihat kadar darah haid anda, ia sememangnya satu persoalan yang patut dicari jawapannya.

“Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas apakah kuantiti darah yang normal untuk haid.”

Namun, di sini ada satu panduan asas: jika pad atau tampon anda penuh dengan darah dan perlu ditukar setiap satu jam, maka itu adalah kadar pengeluaran darah haid yang patut anda bimbangkan.

Jika hal ini berlaku pada anda, jangan berasa ragu-ragu untuk berbincang dengan doktor.

Apa maksud jika darah haid kita berat?

haid senggugut

Kredit: Thehealthsite.com

Mengeluarkan darah yang begitu banyak, atau dikenali sebagai menorrhagia, mungkin menunjukkan yang anda mempunyai ketidakseimbangan hormon.

Ia akan membuatkan dinding rahim anda terlalu tebal, yang kemudiannya membawa kepada pengeluaran darah haid yang terlampau banyak.

Ia juga menunjukkan pertumbuhan polip atau fibroid dalam uterus, yang turut boleh menyebabkan haid yang banyak dalam tempoh hari yang lama.

Semua penyakit ini ada ubatnya, tetapi anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda.

Menurut Dr. Dweck lagi, ia adalah penting untuk melihat sebarang perubahan pada kitaran haid.

Jangan ambil ringan tentang perubahan kitaran/kadar period

Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor

Jika darah menjadi banyak secara tiba-tiba tanpa anda mengetahui sebabnya, dan ia berlanjutan selama beberapa bulan, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

Apabila ianya adalah berkaitan dengan kesihatan haid anda, kita sebagai wanita perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Pergilah berjumpa doktor jika kitaran haid anda berubah. Ia penting supaya kita dapat mengetahui kemungkinan sebarang penyakit seawal mungkin.

Jadi, jangan pandang ringan tentang hal ini ya! Tidak rugi jika kita membuat pemeriksaan doktor dengan segera.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Sumber: Popsugar.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor
Kongsikan:
  • Tanda Period Berkait Dengan Kesihatan Wanita, Ambil Tahu Makna Warna Darah Haid Anda!

    Tanda Period Berkait Dengan Kesihatan Wanita, Ambil Tahu Makna Warna Darah Haid Anda!

  • Anda Tiba-Tiba Alami Darah Haid Sedikit, Ia Mungkin Bukan Petanda Baik!

    Anda Tiba-Tiba Alami Darah Haid Sedikit, Ia Mungkin Bukan Petanda Baik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.